Merancang untuk keluarga bercuti itu biasa kita dengar, namun lain kisahnya dengan keluarga besar Ummu Naufal ini bila mana bab makanan juga turut diberi tumpuan khusus.

Bagi ibu kepada enam orang anak ini, untuk pastikan keluarganya tetap dapat menikmati hidangan yang dimasak dari air tangannya sendiri itu satu kepuasan buatnya, walau di mana mereka bercuti sekali pun.

Bahkan bukan itu sahaja, perancangan rapi juga dibuat untuk pastikan sekembalinya daripada bercuti, anak tetap dapat menikmati masakan yang dimasak olehnya.

Nak tahu bagaimana yang dilakukan oleh ibu ini, jom semak perkongsian menarik daripadanya.


Tempoh percutian sememangnya mengasyikkan. Namun persiapan bukan sekadar menyiapkan wang, pakaian, penginapan dan pengangkutan semata-mata. Pengurusan makanan keluarga sama pentingnya. Maka, sangat penting untuk kita, para ibu terutamanya, mengatur strategi “out of the box” agar ia memudah dan melancarkan percutian dari awal hingga bila pulang dari bercuti.

Hampir setiap tahun kami sekeluarga akan pergi bercuti di luar Saudi. Bercuti bersama 6 orang anak, yang sulung kelainan upaya, banyak cabaran di sebalik keseronokkan. Maka, sebagaimana pentingnya kami merancang awal percutian, begitulah juga kami perlu merancang awal selepas kembali dari percutian. InshaAllah.

Hebat Sungguh Perancangan Ibu Ni,  Buat Stok Makanan Sebelum & Selepas Bercuti. Memang Terinspirasi Sangat!

Kisah-kisah kembara kami ke beberapa buah negara ada dikongsikan di dalam buku travelog ‘Balqis-Di Mata Kami, Di SisiNya’. Namun, urusan perancangan makanan tidak dimasukkan dalam travelog. Lalu, saya kongsikan di sini InshaAllah.

Ramai telah meminta panduan ini. Maaf kerana kelewatan. Semoga perkongsian sedikit ini bermanfaat dan boleh dijadikan panduan untuk percutian keluarga puan di masa hadapan. InshaAllah.

 Tips: Panduan Pengurusan Makanan Dalam Percutian Keluarga Besar Kami 

Stok Bekalan Makanan Untuk Dibawa

1. Jika percutian lebih dari seminggu, kami akan mencari apartment yang berdapur. Masak sendiri untuk keluarga besar jauh lebih menjimatkan. InshaAllah.

IKLAN

2. Mental Menu Planning (Merancang Menu secara Mental) …agar mudah merancang bahan bekalan yang mahu dibawa dari rumah.

3. Kami akan sentiasa pastikan setiap beg yang boleh dibawa kurang dari yang ditetapkan.
1 beg akan dikhaskan untuk stok bekalan kering sahaja. (Beg ini akan kosong bila stok bekalan telah digunakan nanti…bolehlah isi pula dengan barang belian dari percutian pula )

Hebat Sungguh Perancangan Ibu Ni,  Buat Stok Makanan Sebelum & Selepas Bercuti. Memang Terinspirasi Sangat!

4. Yang dibawa biasanya;
?rempah: kurma, sup, kari
?beras untuk anggaran sahaja (sehari sekali masak untuk keluarga)
?peket budu….sebagai penaik selera ganti sambal belacan. Nanti beli sahaja bawang dan cili, patahkan dan makan dengan nasi panas dan lauk utama.
?sambal bilis kering…boleh dimakan dengan nasi atau roti ketika dalam perjalanan / “on the go”.
?snek yang ada di rumah, dibawakan sahaja untuk kudapan dalam perjalanan.
?rice cooker @ 1 periuk sederhana dan 1 senduk (jika apartment tidak menyediakan perkakas atau kami ke negara bukan Islam)

5. Isikan bekalan stok makanan dalam ziplock bags agar tidak memberatkan beg. Bawa extra ziplock bags bersama…banyak kegunaannya nanti inshaAllah. Boleh didapati di IKEA, di sana ada pelbagai saiz.

Hebat Sungguh Perancangan Ibu Ni,  Buat Stok Makanan Sebelum & Selepas Bercuti. Memang Terinspirasi Sangat!

6. Kadang kala saya bawa span kecil (dipotong dua) dan sabun basuh sedikit (pastikan ia diletakkan dalam bekas yang tidak meleleh keluar) supaya jika dapur apartment tidak menyediakan, kami tidak perlu membelinya ketika percutian. Ringan sahaja span dan sedikit pencuci pinggan. Span boleh dibuang sebelum pulang dari percutian. Menjimatkan perbelanjaan tanpa perlu beli span dan sabun basuh pinggan yang agak besar untuk dipakai cuma seminggu dua sahaja. InshaAllah.

IKLAN

Hebat Sungguh Perancangan Ibu Ni,  Buat Stok Makanan Sebelum & Selepas Bercuti. Memang Terinspirasi Sangat!

7. Jika ada buah-buahan yang masih belum dimakan, masukkan dalam ziplock bag dan bekukan. Supaya tidak membazir. Bila pulang nanti boleh dibuat smoothies. InshaAllah.

Stok Makanan Beku Selepas Pulang dari Percutian

1. Biasanya selepas pulang dari percutian, badan mula rasa penat, ada yang kurang sihat, barangan dari beg-beg perlu dikemaskan, pakaian kotor perlu dibasuh, lapar dan sebagainya. Maka, persiapan makanan beku untuk kegunaan selepas pulang dari percutian sangat penting pada saya.

Hebat Sungguh Perancangan Ibu Ni,  Buat Stok Makanan Sebelum & Selepas Bercuti. Memang Terinspirasi Sangat!

2. Jadi, seminggu atau 2 sebelum percutian, saya akan memasak lauk harian lebih kuantitinya dari biasa. Separuh akan diketepikan lebih awal untuk dibekukan. Ini akan menjadi stok makanan beku selepas pulang dari percutian. Tinggal masak nasi sahaja. Jadi, bolehlah fokus pada urusan mengemas dan juga berehat, disamping masih dapat menjamu keluarga dengan ‘homemade food’ yang mengikut selera kita.

3. Boleh juga menyediakan ‘casserole dishes’ seperti chicken and mushroom casserole. Jika ia dibekukan, saya akan tuliskan ‘arahan memanaskan’ di atas aluminium foil yang digunakan untuk menutupinya. Ini supaya, suami mahupun anak-anak remaja boleh bantu menyediakannya bila mahu memakannya.

IKLAN

Hebat Sungguh Perancangan Ibu Ni,  Buat Stok Makanan Sebelum & Selepas Bercuti. Memang Terinspirasi Sangat!

4. Jika tarikh pulang beberapa hari sahaja sebelum anak-anak mula persekolahan, saya akan bekukan bekalan bento mereka seperti;
? waffles
? karipap
? mini chicken mushroom casserole
? pre cooked bolognese sauce
? garlic baguettes
? mini chicken pie
? banana muffins
? apple strudels
? mini lasagna

Hebat Sungguh Perancangan Ibu Ni,  Buat Stok Makanan Sebelum & Selepas Bercuti. Memang Terinspirasi Sangat!

Juga disedia dan disiapkan seminggu dua sebelum pergi bercuti.

5. Bekalan bento yang dibekukan dipastikan yang memerlukan pengendalian minimum bila mahu digunakan. Biasanya yang perlu dipanaskan di dalam oven sahaja atau di atas dapur pada pagi hari persekolahan.

6. Setiap makanan yang dibekukan ditandakan nama makanan (dan bagus juga diletakkan tarikh ia disediakan terutama jika bercuti lama). Ini supaya memudahkan mengambil makanan mengikut tarikh yang lebih awal ia disediakan.

7. Pastikan pengendalian makanan untuk dibekukan dilakukan dengan baik agar makanan yang dibekukan tidak rosak.

InshaAllah ini sekadar panduan sahaja. Lain keluarga lain keperluan dan keadaannya. Ubahsuai mengikut selera dan keadaan keluarga kita inshaAllah.

Ucapkanlah MasyaAllah Tabarakallah. Semua kebaikan, ilham dan kekuatan adalah dariNya semata-mata. Semoga bermanfaat buat semua.

sumber : Ummu Naufal

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI