Anak malas, tak mahu buat bantu kerja apatah lagi bersihkan rumah bukan salah mereka. Sebagai mak ayah, kitalah yang patut memberi arahan malah mengajar anak jadi ‘pembersih’ sejak kecil lagi.
Lepas makan terus basuh pinggan. Plastik makanan terus masuk dalam plastik sampah. Semua ini harus diingatkan anak-anak. Bila tidak dipesan atau dididik sejak kecil, semestinya anak tidak tahu.
Gambar tular yang dikongsikan di facebook, Ameera ini benar-benar belaka. Jangan asyik salahkan anak bila keadaan tidak baik dan kotor seperti yang dikongsikan. Kitalah perlu jadi pembimbing, biar anak jadi pembersih.
Ini bukan sebab ada anak ramai, tapi ni sejenis penyakit “pemalas”.
Berhentilah guna alasan anak nak tutup kesalahan sendiri, rumah bersepah guna alasan anak, dinding rumah conteng guna alasan anak, kereta macam tongkang pecah guna alasan anak. Kesian anak asyik dipersalahkan.
Ads
Tu sebab kena jadi ‘garang’ supaya anak-anak semua tahu menjaga kebersihan dirumah.
Kelima-lima anak aku semua tahu buat kerja rumah. Dorang tahu dah tanggungjawab masing-masing didalam rumah mahupun di dalam kereta. Dari kecil aku dah melaung, melaung untuk jadi manusia bukan jadi monyet.
Lepas guna kereta ajar anak-anak susun kasut elok-elok, kutip semua plastik jajan ke plastik air ke, buang masuk ke dalam tong sampah, bukan biarkan mereka meninggalkan kereta dan kita pula kena buat semua. Jangan sesekali.
Ads
Bila kita gunakan ayat “masih kecil” dalam tak sedar kita manjakan anak-anak menjadi raja dirumah.
Elakkan kalau boleh. Kecil tak kecil. Perempuan ke lelaki ke, sama je.
Aku cukup pantang kalau dah guna kereta biar jadi macam ni. Lepas dah guna cuci, lepas dah guna simpan, lepas dah guna bersihkan semula, jangan ternanti-nanti.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
kehilangan insan tersayang ibarat separuh nyawa di bawa pergi, apatah lagi insan tersebut sudah berada di sisi bertahun-tahun lamanya. Segala suka duka dan jerit perih dalam rumahtangga dilalui bersama. Namun kini semuanya tinggal kenangan.
Demikian lah situasi yang dialami seorang warga emas ini yang kehilangan isteri buat selama-lamanya akibat sakit tua.
Selepas 70 tahun melayari alam rumah tangga bersama, kini tinggal dia keseorang, sepi tanpa ada lagi kedengaran gelak tawa dan rajuk manja isteri tersayang.
Perkongsian video yang dimuat naik Inneke Santoso di tiktok menjentik emosi ramai bila mana melihat kesedihan pada wajah datuknya itu yang banyak menghabiskan masa dengan termenung.
Mungkin kerana mengenangkan arwah isterinya.Bahkan Inneke turut memberitahu, itulah pertama kali dia melihat datuknya menangis hiba.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai yang rata-rata melahirkan rasa sayu dan sedih dengan situasi yang berlaku pada warga emas tersebut. Apatah lagi, warga emas itu dilihat enggan meninggalkan pusara isteri kesayangannya itu.
Doa ibu senjata utama kepada kehidupan anak-anak. Jadi jangan lupa selitkan doa ini setiap hari dan setiap masa agar anak kita sentiasa dilindungi dan berjaya dalam hidupnya.
Doa bagaimana yang menjadi pilihan kita? Senarai perkongsian ini boleh anda jadikan panduan untuk mendoakan anak setiap hari. Jangan terlepas.
Ruginya kalau sebagai ibu, kalian tak gunakan kelebihan ni untuk sentiasa mendoakan anak-anak. Doa ibu itu tiada hijabnya.
Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambil peluang berdoa untuk anak-anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hayat kita.
1. Doakan anak suka solat dan baca al-Quran.
2. Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab.
3. Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor.
4. Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya.
5. Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah.
6. Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata.
7. Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari.
8. Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya.
9. Doakan anak kita akan saling memaafkan dan saling berdamai antara adik beradik bila berlaku salah silap.
10. Doakan anak kita sentiasa mendoakan kita dalam setiap solatnya setiap hari.
Ulang dan ulang doa anda setiap hari tanpa rasa jemu. Ingat, ada orang yang berjaya luar biasa pada hari ini, bukanlah disebabkan usaha atau amalannya semata tetapi mereka berjaya disebabkan doa ibunya (dengan izin Allah).
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua ibu di luar sana.
Asyik makan kat rumah je berbuka, bosan juga kan? Sesekali ada juga plan hujung minggu nak bawa anak-anak satu rumah pergi buka puasa kat luar. Sambil berbuka, boleh la nak cuci mata ‘window shopping’ gitu!
Bila dah keluar, masing-masing ada keinginan dan citarasa kegemaran sendiri untuk juadah berbuka. Haaa nak senang all in one ada macam-macam makanan, boleh lah cuba iftar di Pavilion Bukit Jalil!
Pilihan Makanan Citarasa Keluarga
Yang mana plan nak berbuka satu keluarga dengan hidangan ala klasik Malaysia yang ikonik, bolehlah berbuka puasa di Grandmama’s yang menampilkan set Nasi Dulang Bukhari yang diserikan dengan pilihan unik antaranya set daging kambing yang direneh, set ayam panggang kunyit, set makanan laut berempah dan set daging lembu yang direneh. Dengan suasana yang kontemporari serta mempunyai persekitaran yang mesra keluarga, restoran ini merupakan lokasi sepadan untuk berbuka puasa. Bagi mereka yang inginkan snek kegemaran tempatan, singgah sebentar ke Sedap by Grandmama’s untuk nikmatinya.
Bagi mereka yang mencari selera kampung, anda boleh lawati Seniman dan mencuba set nasi dulang mereka, sesuai untuk hidangan makan kongsi.
Mungkin ada yang tak berselera untuk berbuka dengan menu yang berat, boleh kunjungi D’Laksa untuk merasai asam laksa, asam bebola udang kara dan kesukaan rakyat Malaysia – rojak buah.
Nak lagi ringan? boleh cuba Two Cents Hot Wings, juadah wajib cuba bagi mereka gemarkan cabaran kepedasan. Menghidangkan kepak ayam pelbagai rasa dari golden teriyaki sehingga ghost pepper, kepak ayam ini secocok bagi mereka yang mencari hidangan segera atau menyahut cabaran bersama kawan dan famili di bulan puasa ini.
Beraroma dan padat dengan keenakkan rasanya, Mee Hiris China Muslim menyediakan masakan halal dari Kawasan Cina Utara terus ke meja hidangan seisi keluarga. Terkenal dengan mi hirisan tangan dengan teknik traditional, daging yang diperisakan sempurna bersama ladu yang dilimpahi kuah berempah, diserikan dengan keindahan dekorasi kedainya bermotifkan kawasan pedalamannya pastinya menjadi pengalaman berbuka puasa menarik bersama yang tersayang.
Jika anda ingin merasai sajian alternatif seperti santapan vegetarian, anda dialu-alukan ke Simple Life! Padanan hidangan bebas daging ini pastinya bakal menyegarkan deria rasa anda dan pastinya akan rasa kenyang kerana bahan masakannya berasaskan bahan organik seperti beras pelbagai bijirin dan mi beras perang.
Hilangkan Rasa Dahaga!
Bila puasa ni, lapar tu tak sangat tau sebenarnya. Lebih kepada rasa dahaga! Setuju tak?
Berbuka puasa dengan pilihan yang menyegarkan di Go Coconuts. Penuh dengan zat elektrolit dan kalium, kelapa adalah pilihan tepat untuk penghidratan semula. Di Go Coconuts, anda boleh nikmati air kelapa sebagai shake, dicampurkan bersama kopi, diserasikan dengan buah-buahan lain mahupun disajikan bersama puding. Menyegarkan, mencerdaskan dan padat dengan mineral, pilihan sempurna untuk hilangkan dahaga.
Inginkan variasi pilihan jus buah-buahan? Juicy menyajikan pelbagai ramuan antaranya manga manis, avocado berkrim, tembikai susu segar dan banyak lagi. Bekerjasama dengan pengedar tempatan, jenama jus popular ini memastikan jus anda sentiasa segar, penuh dengan vitamin dan sudah pastinya berjus!
Bagi yang menginginkan hidangan cepat dan ringkas, Bo The Avocado adalah lokasi wajib kunjungi untuk segelas smoothie avocado yang sedap dan berkhasiat. Kaya dengan serat, folat, kalium, vitamin E dan magnesium, smoothie keluarannya boleh disertakan dengan tenusu alternatif seperti susu oat, susu macadamia dan susu badam yang pastinya menjadi pusat sehenti terbaik kepada pelanggan yang peka akan kesihatan mereka.
Psst! Paling recommend menu Avocado Toast dan Avo Lime Cheesecake!
Jangan lupa pencuci mulut!
Jenis orang kita ni, dah habis makan pun mesti nak lagi sesuatu yang boleh dibuat pemanis atau pencuci mulut. Betul tak?
Bagi mereka yang mengidamkan sesuatu yang manis, singgah ke Rollney’s dan dapatkan kek kon lazat yang boleh dimakan begitu sahaja ataupun padankan dengan aiskrim coklat ataupun vanila.
Anda juga boleh mencuba minuman yogurt buah-buahan rendah gula di Yogurt Cow yang semestinya akan memberi nikmat kemanisan buah-buahan berkalori rendah.
Atau masih lagi nak sesuatu yang sejuk? Boleh ke Kwong Wah Ice Kacang untuk semangkuk ais kacang dan cendol terbaik! Nikmati parutan ais yang disaluti pati gula melaka dan dipadukan dengan santan kelapa serta hiasan kegemaran anda setelah seharian mengidamkan sesuatu yang dingin dan manis. (Nota foodie: Wajib cuba Asam Laksa dan Chee Chong Fun mereka!)
Secara jujurnya, semua orang mengidam susu kocak bila-bila masa sahaja walaupun bukan pada waktu puasa. Di Perfect Ice anda boleh tunaikan idaman tersebut. Disajikan dengan pelbagai perisa menarik, dari pisang sehingga perisa klasik vanila dan cokelat cip pudina! (Kena cuba: makanan ringan dan snek korea seperti Tteokbokki dan Kepak Goreng Korea.)
Siap sedia dengan bekalan masakan untuk Ramadan dan Raya!
Jangan lupa untuk beli barang keperluan memasak juadah berbuka puasa anda ketika berada di sini. Dengan kemudahan, kualiti dan kepelbagaian pilihan keperluan memasak bertaraf antarabangsa di bulan Ramadan ini, The Food Merchant membantu anda dalam penyediaan juadah berbuka puasa terbaik. Anda juga boleh mendapatkan variasi kurma berbeza rasa dan tekstur. Jika anda masih mencari sesuatu yang lebih manis, kami sarankan kepada anda untuk mencuba pelbagai jenis baklava dan juadah Turki yang mewah dengan rasanya dan pasti menjadi kegemeran para tetamu anda. Masih ada ruang untuk makan walaupun selesai buka puasa? Jom akhiri dengan sedikit snek makanan ringan dan rangup dari myEureka Snack!
Sesudahnya Ramadan, bakal tibanya Hari Raya dan ini merupakan peringatan mesra kepada anda untuk berbelanja awal. Bagi anda yang ingin mendapatkan perabot minimalis dan penuh estetik, diilhamkan dari Denmark, jemputlah ke HOOGA bagi menyerikan dekorasi rumah anda di musim perayaan ini.
Bagi ingin meraikan dengan gaya tempatan, kunjungilah duluKINI! di mana ia mempamerkan barangan unik berkisarkan kisah budaya moden dan klasik Malaysia. Dari barangan buatan rotan, pelbagai jenis pakaian traditional disediakan dari rekaan anda sendiri sehinggalah beg tangan berbentuk ketupat yang comel, duluKINI! menyediakan aneka keperluan perayaan di Malaysia yang anda perlukan.
Tingkatkan penampilan diri anda musim raya ini dengan rangkaian minimalis dan elegen busana sedia pakai oleh dUCk. Sepadankan dengan perhiasan diri yang berkilau dari Habib Jewel dan wangikan diri anda dengan aroma serta bauan dari Arabian Oud. Pastinya anda sudah bersedia untuk musim perayaan ini!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di