Hidup Bukan Untuk Pujian! Tak Panggil Media Buat Liputan, Foto Tuan Nik Ezanee Beri Bantuan Tetap Tular.

Share

Masih ingat lagi dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal?

Pada awal Januari tahun ini tular kisah ibu ditangkap mencuri di pasar raya demi anak atas desakan hidup. Namun atas dasar perikemanusiaan beliau membantu keluarga itu dengan menyediakan bekalanan makanan dan ubatan. Kisah menyentuh hati ini mendapat liputan meluas media.

Kini dalam suasana yang berbeza, beliau tampil sekali lagi membantu golongan yang terkesan akibat pandemik sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),dilaksanakan sejak Jun hingga kini. 

Tuan Nik Ezanee dan kakitangan bergegas menghulurkan bantuan makanan di kawasan sekitar. Tidak perlu media untuk berbakti kepada masyarakat, tindakan murni beliau mendapat pujian hingga ada yang berkongsi gambar menerusi grup whatsapp. 

Dalam pada itu, beberapa foto kelihatan telah tular di media sosial. Nyata sikap rendah diri dan prihatian menjadi jati diri buat dirinya untuk kekal membantu biarpun kini menyandang jawatan tinggi. 

Sebagaimana yang dikongsi oleh seorang lelaki Syahril A. Kadir menerusi perkongsian facebook miliknya.

Tanpa liputan media, beri bantuan 

Lama tak dengar cerita Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee kita. Tup tup tadi muncul di kawasan perumahan saya bagi bantuan barangan asas pada penduduk yang tidak berkemampuan.

Media seorang pun tak dipanggil. Ni pun penduduk letak dalam grup Whatsapp kejiranan kami.

Jarang Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (OCCI) yang pangkat keris bersilang bagai atas bahu, boleh buat benda-benda macam ni. Luar biasa.

Kini Trending: Rupanya Bukan Calang-Calang Yang Mulakan Kempen Bendera Putih Ini, Rupanya Aktivis Masyarakat Yang Prihatin. 

Kata motivasi Nik Ezanee

Tidak pernah mengharapkan liputan meluas media, jauh di sudut hati beliau menabur bakti tanpa mengharapkan balasan dengan harapan dapat mengurangkan beban yang ditanggung buat yang terkesan. 

Lebih teruja, apabila perkongsian itu mendapat maklum balas Nik Ezanee yang melontarkan katas-kata motivasi di ruangan komen.

“Terima kasih sahabat. Setiap hari kita mempunyai pilihan. Samada nak marah atau sayang, nak bersatu atau bergaduh sesama sendiri, nak frust atau jadi sumber inspirasi, nak pentingkan diri atau memberi, nak berpeluk tubuh atau bangun dan buat sesuatu.”

“Kadang-kadang susah nak pilih. Dunia ni kompleks. Pilihlah kebaikan.. In shaa Allah, akan dipermudahkan.”

Dalam pada itu, sikap rendah diri dan prihatin beliau mendapat pujian, malah ada mendoakan agar bergelar ketua polis negara.

Beberapa keping foto turut tular di media sosial

Sumber: Syahril A. Kadir

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN