Sekali lagi tahun ini kita semua meriakan sambutan hari raya di rumah. Tidak dapat ke masjid untuk mengejarkan solat sunat Aidilfitri bersama keluarga.
Justeru ramai yang mengejarkan solat sunat ini di rumah. Begitu juga dengan keluarga ini. Namun menariknya, khutbah raya isi kandungannya menjurus kepada tazkirah buat anak-anak.
Ikuti selanjutnya perkongsian menarik ini.
TAZKIRAH BUAT ANAK
Pagi tadi, aku imamkan solat sunat Aidilfitri. Aku dengan anak-anak, maknya bendera Jepun. Dia snapkan ni tadi. Lepas habis solat, kami bertakbir kejap. Hikmah raya kat rumah je.
Aku tak bagi khutbah, aku bagi tazkirah.
Sesuai aku rasa untuk anak.
” Korang, untung. Raya, tetap ada benda nak makan, sedap pulak tu ibu masak. Ada baju baru ayah belikan. Duit raya banyak korang dapat.”
Ads
” Ayah dulu, tak merasa macam korang rasa. Ayah tak ada baju baru, tak dapat duit raya banyak macam mana korang dapat. Kisah raya ayah masa kecik, menyedihkan. Sebab tu ayah tak nak korang rasa macam ayah rasa dulu.”
” Jadi jangan lawan cakap ayah dengan ibu. Syukur sebab korang ada lagi ayah dengan ibu. Kalau ayah dah tak ada nanti, korang takkan dapat raya seronok macam sekarang. Bayangkan kalau ibu meninggal dulu, siapa nak masak untuk kita bila raya?”
Anak semua terdiam. Senyap tunduk.
” Ayah tak nak korang jadi anak yang pemalas. Bangun lambat, rezeki tak masuk tau. Hidup ni kena rajin. Kalau tak pandai takpe tapi jangan pemalas. Pemalas tu kalah lembu tau tak.”
HIDUP SEMENTARA
Ads
Aku panjangkan lagi tazkirah.
” Hidup ini sementara. Kita takkan boleh seronok je sepanjang masa. Bila tiba tuhan duga kita, kita terpaksa terima. Tengok anak-anak yatim yang tak ada mak ayah tu. Mana diaorang duduk. Mana diaorang nak beli baju raya kalau mak ayah dah tak ada. Nasib baiklah ada orang yang sudi tolong belikan.”
” Hidup ni bukan nak makan sedap manjang. Bukan nak pakai cantik je selalu. Bukan nak kelakar je tiap waktu. Ada masa, kita kena menangis sebab rindukan hidup masa gembira. Ada masa kita kena serius cari apa yang sepatutnya. Ada masa kita kena faham, hidup ni tak boleh kita jangka sebenarnya.”
” Ada orang kaya tapi tak bahagia. Ada orang miskin tapi bahagia. Tiap kita kena faham, hidup ni, kita kena usaha bahagiakan diri. Bukan harap orang lain saja. Usaha, nanti Allah makbulkan apa saja kita nak. InshaAllah.”
” Ayah tak nak bila ayah tak ada, korang macam anak ayam bertempiaran. Kena dari sekarang fahamkan, hidup ni kena sentiasa siap sedia. kalau ayah dah tak ada, jaga ibu baik-baik. Jangan tinggalkan ibu sorang-sorang.”
Ads
Saat ni, anak dah ada yang cebek.
Pada aku, benda ni kena diingatkan selalu. Anak yang tak pernah diingatkan pasal benda ni, dia payah nak sesuaikan diri bila keadaan memerlukan. Dia takkan boleh terima hakikat.
Cukuplah aku pernah susah dulu, aku tak dapat sediakan persiapan raya sebaiknya. Tuhan je tahu betapa rasa bersalahnya. Bila tengok muka anak, aku rasa nak menangis.
Menangis sebab tu memang salah aku. Ayah yang gagal berikan apa yang terbaik untuk anak. Hak anak, dapatkan yang terbaik.
Bila aku tengok ada bapa yang biarkan anak, aku jadi marah. Tambah lagi jenis buat anak pandai tapi bab jaga hapah tak reti. Rasa nak tempeleng je sedas sorang.
Hidup ini sementara. Indahkanlah dengan kenangan yang bakal jadi momen terindah.
Sumber: Pe Chey
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jangan buat main mengenai kebersihan rumah. Jika dibiarkan akan mengudang pelbagai penyakit terutama kepada anak-anak. Oleh itu, walaupun penat, ibu ayah kena luangkan masa untuk memastikan rumah dalam persekitaran yang bersih. Perkongsian Mohd Fhais mengenai bahaya lipas kepada keluarga bukan biasa-biasa aje. Jom ikuti perkongsiannya
Hati-Hati Dengan Lipas !
Jangan geli hati sangat kalau nampak isteri atau anak perempuan kita geli bila nampak lipas. Sebab lipas bukan sahaja kotor tapi binatang kecil ini adalah pembawa penyakit serius.
Sekali lipas datang ke rumah kita, ia bawa sekali ribuan kuman yang berbahaya pada tubuh manusia. Nampak sahaja badan kecil tapi kuman dia boleh buat kita kena cirit-birit, hepatitis, disenteri, penyakit taun, kudis malah mata boleh bengkak.
Lipas la punca kalau bangun tidur mata kita tiba-tiba bengkak !
Kesan dia lebih teruk kalau kena pada anak-anak yang masih kecil. Boleh kena keracunan makanan yang serius tau.
Bagaimana Lipas Boleh Jadi Pembawa Kuman Berbahaya?
Lipas sebenarnya ada satu tabiat buruk semasa makan. Ketika makan lipas akan melakukan “regurgitasi” iaitu memuntahkan balik apa yang sedang di makan.
Maka jika lipas makan di tempat sampah, maka di situ juga dia akan “beregurgitasi”. Sampah yang dah memang penuh dengan kuman, di tambah pula dengan najis lipas, kuman-kuman bahaya ini akan melekat pada kaki lipas.
Bahkan terdapat satu kajian bahawa lipas membiakkan bakteria “Pseudomonas Aeruginosa” di ususnya. Bakteria ini boleh sebabkan jangkitan pada salur kencing, masalah pencernaan dan keradangan pada badan.
Lipas juga punca alahan pada kanak-kanak. Air liur dan badan lipas ada beratus-ratus alergen yang boleh menyebabkan alahan seperti ruam, kegatalan, bersin dan mata berair.
Jadi kalau tersentuh atau lipas lalu di kulit kena cepat-cepat basuh. Bukan sebab kotor tapi bahaya !
Jika kita terpegang anak dengan kuman lipas di tangan kita boleh sebabkan mata anak jadi bengkak atau gatal.
Antibodi anak kecil belum berupaya melawan kuman dari luar. Jadi ini serius !
Bukan lipas sahaja, malah semua serangga perosak itu bahaya. Seperti lipan berbisa, semut merosakkan dan tikus lagi banyak kuman.
Oleh itu, saya nasihatkan kalau nak bersihkan rumah atau mencuci lantai jangan fokus pada cantik, wangi dan berkilat sahaja, pastikan juga ada bahan-bahan anti bakteria dan anti serangga perosak.
Memikul amanah sebagai seorang lelaki pastinya tanggungjawab yang digalas bukanlah mudah untuk dilunaskan.
Ini dijelaskan lagi melalui perkongsian daripada saudara Firdaus Shakirin ini.
Selagi namanya lelaki, selagi itulah takkan boleh lari daripada kena bertanggungjawab…
Ketika menjadi anak, tanggungjawab terhadap ibubapa…
Ketika menjadi suami, tanggungjawab terhadap isteri…
Ketika menjadi ayah, tanggungjawab terhadap anak2…
Kalau tak boleh bertanggungjawab ke atas mereka yang menjadi kewajipan kita, yang berada dibawah tanggungan kita, maka apa yang kita perlu jadi?
Jangan hidup sekadar untuk hidup kerana monyet di hutan juga hidup…
Fitrah kejadian lelaki itu adalah untuk menjadi ketua, menjadi pemimpin dan pembimbing kerana Allah s.w.t menciptakan kaum adam dengan kelebihan yang tidak ada pada kaum hawa…
Ibubapa, isteri dan anak2 ini amanah Allah s.w.t…
Bagi mereka yang beriman, mereka akan sedar akan apa yg Allah s.w.t amanahkan kepadanya…dia akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan sebaiknya kerana dia takut dengan balasan dari Allah s.w.t jika dia gagal menyempurnakan amanah yang diberikan…
Tidak akan sempurna iman kita selagi mana kita tidak menyempurnakan hak2 ke atas mereka yang menjadi tanggungjawab kita…
Setiap kali raya, anak-anak kitalah yang paling gembira mengumpul duit raya.
Duit disimpan dengan kemas dan dikira setiap masa. Itulah gelagat anak-anak kita sepanjang musim raya ni.
Ibu ayah kenalah lebih prihatin dan bertanggungjawab memastikan duit raya anak disimpan untuk tabungan masa depan. Bagaimana nak menyimpan? Ini tip yang patut mak ayah buat.
TIPS SIMPANAN ANAK
1) Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan.
2) Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak i.e RM30 sebulan (RM1 sehari)
3) Buat direct debit lebih memudahkan urusan.
4) Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.
5) Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10k:
Nilai prinsipal: RM6220
Nilai dividen: RM4706
Jumlah simpanan: RM10926
6) Ini tidak masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.
7) Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati.
Ingatlah simpanan hari ini memudahkan hidup anak di kemudian hari.
kredit : Nursha Salleh
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di