Hikmah PKP, Ibu Ini Luah Syukur Anak Dah Lancar Baca Al-Quran.

Share

Setelah memasuki fasa ketiga PKP, saban hari kita lihat banyak warganet berkongsi hikmah disebalik pelaksaaan PKP ini.

Begitu juga dengan perkongsian seorang ibu ini. Beliau melahirkan rasa syukur apabila anaknya telah lancar membaca Al-Quran dan cara hidup keluarganya berubah apabila setiap pagi masing-masing akan bersiang untuk membaca surah.

Ikuti perkongsian ini.

Gambar hiasan

PKP ni suami jadi guru mengaji. Si Cinta dah masuk Al Quran.

Saya nampak perbezaan anak yang sekolah KAFA/Agama Rakyat dengan tidak bersekolah. Si yayang dan si inte cepat dapat bila mengaji dan laju menulis jawi. Mungkin setiap hari buat latihan di sekolah.

Antara kesilapan besar saya, anggap sekolah kafa tak penting. Waktu itu saya rasa cukuplah kelas agama di sekolah kebangsaan dan tuisyen. Salah… tak sama.. jauh bezanya.
Akhlak mereka tak sama.
Ketaatan mereka tak sama.
Kefahaman mereka tentang islam tak sama.

Jangan ulang kesilapan saya. Usahalah macam mana sekali pun. Hantar anak sekolah KAFA/Agama Rakyat. Pantau dari kecil. Bila dah besar sangat susah kita nak betulkan semula kesilapan.

HIKMAH PKP…. kami ada masa berlatih lancarkan bacaan Al Quran.

Berlumba-lumba berlatih dari subuh sampai pukul 8.00 pagi. Kalau lulus tiada sangkut baru boleh sarapan pagi.

Moga Allah ampunkan saya dan suami.
Saya lalai…

Sumber: Ija Syariza

IKLAN