Setelah memasuki fasa ketiga PKP, saban hari kita lihat banyak warganet berkongsi hikmah disebalik pelaksaaan PKP ini.
Begitu juga dengan perkongsian seorang ibu ini. Beliau melahirkan rasa syukur apabila anaknya telah lancar membaca Al-Quran dan cara hidup keluarganya berubah apabila setiap pagi masing-masing akan bersiang untuk membaca surah.
Ikuti perkongsian ini.
Gambar hiasan
PKP ni suami jadi guru mengaji. Si Cinta dah masuk Al Quran.
Ads
Saya nampak perbezaan anak yang sekolah KAFA/Agama Rakyat dengan tidak bersekolah. Si yayang dan si inte cepat dapat bila mengaji dan laju menulis jawi. Mungkin setiap hari buat latihan di sekolah.
Antara kesilapan besar saya, anggap sekolah kafa tak penting. Waktu itu saya rasa cukuplah kelas agama di sekolah kebangsaan dan tuisyen. Salah… tak sama.. jauh bezanya.
Akhlak mereka tak sama.
Ketaatan mereka tak sama.
Kefahaman mereka tentang islam tak sama.
Ads
Jangan ulang kesilapan saya. Usahalah macam mana sekali pun. Hantar anak sekolah KAFA/Agama Rakyat. Pantau dari kecil. Bila dah besar sangat susah kita nak betulkan semula kesilapan.
Ads
HIKMAH PKP…. kami ada masa berlatih lancarkan bacaan Al Quran.
Berlumba-lumba berlatih dari subuh sampai pukul 8.00 pagi. Kalau lulus tiada sangkut baru boleh sarapan pagi.
Setelah 11 minggu berlangsung program Gegar Vaganza, semalam berakhirnya program tersebut dengan menobatkan penyanyi, Jaclyn Victor sebagai juara!
Jaclyn yang memenangi wang tunai bernilai RM100,000 itu berhajat untuk membahagikan wang tersebut kepada dua orang anaknya, iaitu Jonah Joshiah Rivera, 7, dan Molly Marguerite Rivera, 5, sebagai simpanan masa depan.
“Saya amat bersyukur dengan kemenangan ini. Segala kepayahan selama 11 minggu ini berbaloi. Apa yang penonton nampak di kaca TV tak semudah yang dibayangkan.
“Dengan hadiah kemenangan ini saya hanya terfikir untuk berikan wang itu kepada dua orang anak saya untuk simpanan masa hadapan.
“Tak terfikir nak beli apa-apa lagi kerana mereka pun setakat ini dah cukup segalanya terutama mainan yang rasanya banyak dah tu.
“Jadi lebih baik duit ini masuk untuk tabungan mereka sahaja kerana sebelum ini pun apa-apa duit saya galakkan untuk mereka menyimpan,” katanya.
Selain wang tunai, Jaclyn turut menerima hadiah sebuah trofi serta percutian ke Paris.
Tiada perancangan terperinci selepas memenangi pertandincan berkenaan, Jaclyn yang merupakan seorang ibu tunggal itu memberitahu dia hanya mahu bercuti bersama anak-anaknya.
“Selepas ini, saya akan berehat dan bercuti bersama anak-anak kerana mahu luangkan masa lebih kepada mereka.
“Yelah, selama 11 minggu saya di GV9 saya kurang luangkan masa bersama mereka kerana terpaksa melakukan persiapan untuk persembahan, kongsinya.
Jaclyn berpisah dengan suami, Shawn Rivera sejak dua tahun lalu selepas lima tahun hidup bersama.
Sumber : Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Vokalis kumpulan XPDC, Ali sebelum ini diuji serangan angin ahmar. Malah dia juga ditidurkan kerana kesukaran bernafas sebelum ini akibat masalah jantung dan paru-paru.
Namun, bapa kepada lima cahaya mata itu bagaikan diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan. Begitupun dia terpaksa makan dan minum menggunakan tiub kerana tekaknya masih sakit untuk menelan.
Pemilik nama sebenar Mohd Ali Ismail baru-baru ini berkongsi cerita suka duka yang melanda hidupnya.
Pafa pandangan masyarakat mungkin beranggapan, anak kelahiran Klang ini mungkin dilihat kental dek kerana jiwanya ke arah genre rock.
Namun hakikatnya, jiwa lelaki berumur 54 Tahun ini cukup rapuh dan manja seperti kanak-kanak. Itu do sendiri isterinya, Sharifah Azuwanna Syed Joned yang dinikahinya sejak 27 tahun lalu.
“Alhamdulillah, saya bagai hilang kata-kata diberi nikmat hidup ini. Saya pernah berada pada tahap peratusan 50/50 untuk hidup. Seperti nyawa-nyawa ikan ketika itu. Allah tarik nikmat aset suara saya miliki, tapi dibentangkan banyak hikmah.
“Tapi kini keadaan saya semakin okey. Dulu nak bercakap pun susah. Sekarang boleh bercakap walaupun tak lancar. Kalau susah sangat nak bercakap, isterilah yang jadi wakil (bercakap). Sehingga kini saya masih meneruskan fisioterapi dan ‘rehab’ seminggu sekali di Hospital Rehabilitasi Cheras.
“Pergerakan dan kos ulang-alik ke hospital juga dapat dijimatkan serba sedikit kerana saya sudah berpindah menyewa pangsapuri di Seri Kembangan sejak awal Ramadan lalu. Dulu masa tinggal di Klang, banyak guna duit,” kata Ali dalam nada sebak sambil menyeka air mata.
Kata Ali, dia bersyukur di saat hilang punca rezeki kerana nikmat ditarik, banyak pihak membantunya.
Kos rawatan di Hospital Ampang sebelum ini selama tiga minggu RM12,000 ditanggung Baitumal. Begitu juga bayaran sewa rumah RM850 turut dibantu badan berkenaan.
“Kediaman baharu yang disewa pun sewanya dibayar Baitulmal sebanyak RM800. Kami hanya bayar RM50 saja,” kata Ali.
Namun, sejak awal Ramadan lalu juga, Ali enggan terus berpeluk tubuh mengusahakan perniagaan menjual kerepek dan kuih tradisional.
“Anak saya syorkan takkan nak terus menerima sumbangan orang, lalu mereka mencadangkan untuk menjalankan perniagaan. Akhirnya kawan syorkan saya menjual kerepek dan kuih diusahakannya.
“Kami berniaga di tapak Pekan Sungai Besi. Tapak pun kawan saya uruskan tanpa perlu saya membayar sewanya. Cuma masa nak mulakan perniagaan itu, duit simpanan yang ada ditampung dengan barang kemas digadai isteri jadi modal. Hasilnya dapatlah kumpul RM8,000 sebagai modal.
“Ketika ini, tiga anak saya termasuk lelaki sulung bergilir-gilir menjaga gerai kerana saya belum kuat untuk menjaganya seorang diri. Hasil jualan ini bolehlah menampung kehidupan saya sekeluarga. Malah pernah hasil jualan cecah RM300 sehari,” kata Ali sambil memberitahu wakil kelab peminat XPDC turut datang ke rumah dan menghebahkan perniagaan diusahakannya.
Akui Ali, dia sebenarnya teringin nak makan pelbagai menu kegemaran.
“Tapi saya memang tak boleh makan beriya-iya. Kena elak makanan keras terutamanya. Tambah nak raya, teringin juga makan ketupat dan lontong. Apakan daya. Tengok kek pun semacam tiada perasaan.
“Tahun ini pun kerana keadaan kesihatan diri, saya tak boleh berpuasa. Saya juga harus meminum susu enam kali dalam sehari untuk membekalkan tenaga selain ubat hospital.
“Setiap kali dengar laungan bacaan solat terawih di surau berdekatan pun jadi sayu. Saya tak boleh melipatgandakan pahala di bulan puasa kerana keterbatasan diri. Isteri selalu memujuk hati akan teman saya ganti atau qada puasa nanti,” katanya.
Ali menambah dia sepatutnya menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada 10 malam terakhir Ramadan.
“Pihak agensi kembara umrah sampai sanggup nak bawa saya ke sana walaupun perlu berkerusi roda. Tapi isteri pun cakap tak mahu susahkan mereka. Saya anggap tak ada rezeki.
“Saya pernah tujuh kali mengerjakan umrah. Dua kali daripada jumlah itu saya pernah ke sana bersama isteri iaitu pada tahun 2018 dan 2021,” katanya.
Sementara itu, Sharifah Azuwanna berkata ujian dilalui Ali menjadi ruang terbaik untuk menyokongnya dari belakang.
“Dulu selama lima kali melalui fasa kehamilan, dia (suami) yang bersusah payah menjaga saya. Saya pernah rasa loya nak muntah pun, dia sanggup tadah tangan.
“Kini, sewaktu dia diuji, saya pula menjaganya. Saya ini sebenarnya jenis cepat geli dengan benda yang memualkan. Tapi ketika menjaga suami termasuk membantu ke tandas pun saya seolah-olah hilang sikap geli itu.
“Cuma saya tahu dia memang sedih tak dapat berpuasa baru-baru ini. Dulu waktu sihat, puasa takkan tinggal. Malah siap buat puasa sunat lain termasuk puasa enam,” kata Sharifah Azuwanna .
Terdahulu, pada hari sama, Ali dan isterinya turut menerima kunjungan pihak stesen radio Buletin FM bersama Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin yang menyampaikan sumbangan dan bantuan baucar RM300 sebulan selama tempoh setahun untuk membeli barangan keperluan dapur di premis beli belah itu.
Penyampai Buletin FM, Haiza Hanafi turuf hadir menyerahkan sumbangan peribadi dan barangan stesen radio berkenaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap ibu bapa punya cara tersendiri dalam meraikan hari istimewa buat anak-anak. demikian juga dilakukan oleh selebriti cantik, Anzalna Nasir apabila meraikan hari ulang tahun anaknya Mohamad Eidrees yang kedua bersama anak-anak yatim.
Disebabkan PKP dan kini seluruh negara sedang lockdown, Anzalna dan keluarga hanya berkesempatan meraikan bersama anak-anak yatim melalui panggilan video sahaja.
Dengan berkongsi rezeki dan membuat panggilan video di rumah anak-anak yatim tersebut, cara tersebut berjalan lancar dan anak-anak yatim diraikan juga gembira.