Sayuran hijau seperti brokoli, sawi, timun, ulam-ulaman, kacang panjang dan beberapa sayuran lain semua sudah maklum memang kaya dengan khasiat yang diperlukan oleh tubuh.
Pun begitu, untuk pastikan khasiat dan kebaikkan sayuran ini dapat diserap sepenuhnya, hal mencuci sayur-sayur telah menjadi antara perkara utama yang perlu dilakukan terlebih dahulu oleh ibu-ibu bagi memastikan hidangan yang dimasak adalah selamat dan bebas daripada bahan-bahan kimia dan seumpamanya.
Untuk itu, ketahui cara mencuci sayur brokoli dengan lebih mudah dan selamat. Ini memandangkan jika ada yang perasan, kebiasaannya jika diteliti pasti ada warna-warna putih pada bahagian atas brokoli seakan lilin.
Melalui perkongsian Puan Salmy Saznira, rupanya dia ada cara untuk menghilangkan dan mencuci sayur brokoli agar lebih selamat untuk dimakan.
Dulu kakmie dan famili tak suka makan sayur brokoli ni. Tapi sejak akhir-akhir ni semakin minat pulak. Pendek kata tak leh nampak brokoli segar pasti nak angkut beli.
Kalau perhati betul-betul, atas gugusan brokoli ni ada warna putih-putih kelabu kan. Semacam lilin pun ada. Cuba alirkan air, pasti air tak boleh lalu ke dalam tu.
Ads
Ada perasan tak?
Kebanyakan brokoli di tempat kita ni banyak yang diimport, nak bagi sayur segar sokmo bahan kimia bubuh situ.
Tu la kakmie cuba cari jugak cara nak bersihkan racun-racun tu. Alhamdulillah jumpa dah. Rasa bersih sikit la nak makan.
Caranya mudah jer. Guna semua bahan yang ada kat dapur.
Rendamkan brokoli dalam air cuka dan garam dalam 3-5minit. Lepas tu bilas bersih. InsyaAllah.
Dan ini hasil ujikaji yang dilakukan sendiri oleh Puan Salmy atau lebih mesra disapa KakMie
Cuba rujuk video kat atas ni. Kakmie ada buat eksperimen. – Brokoli (kiri) sebelum direndam.- Brokoli (kanan) selepas direndam. Jelas nampak air boleh tembus masuk dalam gugusan brokoli-(Racun lilin dah hilang). InsyaAllah.
– Brokoli (kiri) sebelum direndam.
– Brokoli (kanan) selepas direndam. Jelas nampak air boleh tembus masuk dalam gugusan brokoli-(Racun lilin dah hilang).
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak lama lagi kita akan meraikan Hari Raya Korban yang nyata mempunyai cara sambutan dan kemeriahannya berbeza dengan Hari Raya. Antara momen yang ditunggu-tunggu adalah kita akan beramai-ramai kita ke masjid atau surau untuk melihat acara penyembelihan dan seterusnya bersama-sama bergotong royong melapah daging untuk dibahagikan kepada orang ramai.
Bercerita tentang agihan daging korban yang diterima, macam-macam menu boleh kita sediakan untuk keluarga. Andai kata ada di dalamnya paru bolehlah sediakan paru goreng rangup. Rasanya sangat enak apatah lagi jika dimasak sambal!
Pun begitu ada petua dan tip berkaitan menyediakan menu paru ini pastikan ianya tidak hanyir, ini sepertimana yang dikongsikan oleh Cikgu Afy Al Habibi.
TIP HILANGKAN BAU HANYIR PARU & CARA MASAK PARU GORENG GARING
Ibu zaman sekarang memang sibuk rutin hariannya. Bermula dari tanggungjawab mengurus keluarga di rumah hinggalah membawa kepada urusan di tempat kerja. Semuanya ini memerlukan seseorang wanita itu perlu hebat mengurus dan membahagikan masa serta tenaga agar semuanya dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Hal ini memberi banyak inspirasi kepada wanita bergelar supermom untuk mencari alternatif terbaik bagi membantu memudahkan urusan atau tugas yang ingin dilakukan. Paling terkesan bab penyediaan makanan. Bila ibu mempunyai ‘formula’ atau trik untuk memasak dengan pantas dan mudah, maka secara tidak langsung akan memberi lebih masa untuk berehat!
Oleh itu tidak hairanlah, kaum ibu ini cukup suka menyediakan pes atau ramuan bahan masakan yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Ini sebagai mana yang dikongsi oleh Pnut Syafinaz di fbnya dan juga turut mesra membahasakan dirinya sebagai Mak Long.
“Saja nak share ni kat benda basic di dapur untuk adik-adik baru jadi isteri dan ibu. 16 tahun lepas Mak Long jadi emak kelam kabut bila memasak, tambahan bulan puasa, maka kita belajar dari pengalaman. So dah alang-alang nak prepare ni meh nak share moga membantu adik-adik. Suami-suami boleh tag atau share untuk isteri, moga menjadi motivasi rajin memasak kepada isteri.
“Ni selalu saya buat dua bulan sekali, buat banyak-banyak dan frozenkan. Bila nak goreng nasi, cedok dua atau tiga sudu bergantung pada kuantiti nasi yang hendak di goreng.
“Kenapa serbaguna? Sebab perencah ni boleh guna anytime untuk goreng sayur ala kampung. Kangkung goreng belacan, kacang panjang, kacang buncis, terung, tapi paling sedap dan win kacang botor/botol dan bendi. Tumis balik ni, masukkan sayur kekacang tu je. 3 minit siap.”
7-8 biji cili merah (buang bijinya)
10 15 biji cili padi (ikutlah tahap kepedasan yang disukai)
1-2 labu bawang besar
10 biji bawang putih
Segenggam ikan bilis (rendam seketika dan kemudian toskan)
Sedikit belacan
Caranya Buat :
1. Kisar semua bahan dan jangan terlalu lumat dan jangan terlalu banyak air.
3. Dah kering sejukkan dulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Tip susun bahan dalam mesin pengisar.
1. Bawah sekali belacan.
Cara guna pes untuk masakan:
1. Tumis seketika bahan ini dengan sedikit minyak.
Ekstra info :
“Saya selalu kalau buat kari atau masak lemak ikan tenggiri, ikan tongkol ke ikan merah ke, ada saki ikan sekeping dua, saya basuh dan goreng balik ikan tu. Kemudian ambil isi ikan hancurkan sikit masukkan dalam nasi goreng. Saya tak payah letak sebarang msg, kiub ayam/ikan bilis dah bila goreng nanti, paste ni dah cukup rasa.”
Sumber : Pnut Syafinaz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bapa mana yang mahu anak-anak mereka membesar menjadi orang yang gagal dan bermasalah.
Dalam mendidik dan mengajar mereka, kena ada caranya. Sabar adalah sangat penting terutama jika anda mempunyai anak-anak yang agak lemah dalam bab pembelajaran.
Kerana itu ada antara sesetengah ibu bapa yang jenis hilang sabar akan menganggap hukuman atau denda adalah jalan penyelesaian bagi membentuk anak-anak.
Apatah lagi jika mendapat anak yang lambat ‘pick up’ , berulang kali benda yang sama masih tidak memahami.
Walhal, dengan mengambil jalan mudah begini, anak-anak lagi memberontak dan hubungan itu akan menjadi semakin jauh.
Ikuti perkongsian guru ini Mohd Fadli Salleh kepada ibu bapa cara betul mengajar anak-anak dirumah tanpa perlu marah atau menghukum mereka.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Ramai ibu-ibu pm aku bertanya cara yang betul untuk ajar anak di rumah terutamanya mata pelajaran Matematik.
Mereka bertanya, perlukah sediakan rotan? Kebanyakan mereka bila mengajar anak akan bertukar menjadi singa secara tiba-tiba. Ada juga meluahkan tidak dapat menahan marah apabila benda yang sama dan diulang tapi anak tak faham-faham.
Maka cubitan adalah ‘hadiah’ yang anak mereka dapat akibat kesalahan dan ketidakfahaman mereka itu. Baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tarik nafas, dan baca perkongsian aku sampai noktah terakhir.
Mengajar ini perlukan kesabaran yang cukup tinggi. Tekniknya ada pelbagai jenis. Teknik yang terbaik (pada aku) ialah gabungan kelembutan, ketegasan, dorongan dan juga sedikit paksaan.
Begini tuan-tuan, bila mengajar tentang sesuatu topik, kesabaran itulah paling penting. Kelembutan dalam tunjuk ajar itu perlu,memujuk mereka agar faham dengan bahasa yang lembut agar mereka bertambah minat dan suka belajar.
Bila ketegasan itu perlu?
Bila anak mula main-main dan tidak tumpu perhatian. Bila anak mula mendengar sambil mengacau adiknya atau sambil memandang kawan yang naik basikal di luar rumah.
Di sini ketegasan perlu. Perlu untuk dia menumpukan perhatian. Sebaik tumpuan dia berikan, kembali ajar dengan lembut dan sabar.
Jika dia salah, jangan dimarah. Ulanglah walau berpuluh kali. Bila dia tidak faham, jangan cepat cubit atau rotan, namun sabarlah memberi penerangan dengan cara paling mudah sesuai dengan aras pemikiran mereka.
Namun jika mereka malas, di sini kegarangan perlu. Hukuman ringan pun boleh dikenakan jika mereka malas. Kalian minta anak-anak buat 5 soalan, lepas siap satu dia mula malas dan nak main, hah, di sini perlu menjadi singa.
Menjadi singa bila mereka malas, bukan semasa memberi penerangan dan tunjuk ajar.
Bagaimana anak nak faham jika mereka belajar dalam ketakutan? Kasihan dengan mereka asyik dicubit asyik dirotan hanya kerana sesuatu perkara yang otak mereka masih tak mampu nak faham.
Apakah benar mereka tak boleh nak faham atau mereka tidak mampu faham akibat belajar di bawah tekanan?
Atau mungkin juga cara penerangan dan tunjuk ajar kita yang kurang betul membuatkan anak-anak susah nak faham.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Jangan!
Aku selalu menekankan pada murid-murid,
“Cikgu tak marah jika awak salah, namun cikgu sangat marah jika awak malas.”
Murid aku, jika 20 soalan aku beri dan mereka salah semua, tiada satu dendaan atau hukuman aku beri pada mereka.
Namun jika tidak siap kerja, nahas!
Sama juga bila aku mengajar dan memberi penerangan panjang lebar, bila ditanya mereka tak faham dan tak boleh jawab. Aku dengan lembut dan sabar akan mengulang-ulang dan ajar semula.
Namun bila aku mengajar mereka tidak tumpu perhatian, pandang luar kelas, main pemadam, bercakap dan sebagainya, nahas!
Bila masa perlu memaksa anak?
Bila tidak melibatkan pemahaman. Yakni melibatkan hafalan.
Anak tak hafal sifir dan rumus, aku sokong jika kalian dan jadi singa. Nak marah atau nak hukum sekali pun (dengan hukuman ringan sahaja).
Hat tu tak apa. Ini kerana hafalan dan kefahaman adalah dua benda berbeza. Jauh berbeza.
Hafalan memerlukan usaha untuk mengingat. Bila banyak kali diulang-ulang pasti akan ingat. Maka, murid yang tidak dapat menghafal sifir dan rumus sebenarnya bukan kerana mereka tidak boleh, tetapi kerana mereka malas.
Orang yang malas, tiada ubat di hospital bang. Ubatnya hanya rotan. Hehe.
Kefahaman pula memerlukan mereka berfikir, menghadam setiap penerangan dan tunjuk ajar. Jika mereka tidak mampu faham, mungkin saja kerana yang mengajarnya kurang bagus. Mungkin juga topik tersebut terlalu tinggi dengan akal mereka.
Tidak semestinya kerana mereka malas. Sebab itu, di sini perlunya kesabaran yang sangat tinggi. Jangan menghukum anak yang tak faham. Jangan!
Ingat ya mak-mak semua. Jangan asyik nak menyinga saja.
Ada tempat kita perlu berkeras, ada tempat kita perlu dengan lembut dan penuh sabar memberi tunjuk ajar.
Begitulah.
#MFS – Berkongsi yang banyak, tidak menyorok yang sedikit. Itulah guru – .
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hafiz Suip kembali bergelar suami dalam satu majlis selepas solat Jumaat. Penyanyi terkenal itu meluahkan rasa syukur dan teruja memulakan fasa baharu dalam kehidupannya.