Tidak lama lagi kita akan meraikan Hari Raya Korban yang nyata mempunyai cara sambutan dan kemeriahannya berbeza dengan Hari Raya. Antara momen yang ditunggu-tunggu adalah kita akan beramai-ramai kita ke masjid atau surau untuk melihat acara penyembelihan  dan seterusnya bersama-sama bergotong royong melapah daging untuk dibahagikan kepada orang ramai.

Bercerita tentang agihan daging korban yang diterima, macam-macam menu boleh kita sediakan untuk keluarga. Andai kata ada di dalamnya paru bolehlah sediakan paru goreng rangup. Rasanya sangat enak apatah lagi jika dimasak sambal!

Pun begitu ada petua dan tip berkaitan menyediakan menu paru ini pastikan ianya tidak hanyir, ini sepertimana yang dikongsikan oleh Cikgu Afy Al Habibi.

TIP HILANGKAN BAU HANYIR PARU & CARA MASAK PARU GORENG GARING

  1. Rendam paru dengan sedikit tepung gandum. Biarkan setengah jam.
  2. Kemudian rendam paru dengan air asam jawa/limau nipis.Petua Masak Paru Tak Rasa Hanyir & Bila Digoreng Terasa Rangup!
  3. Cuci darah beku yang melekat di celah-celah paru.
  4. Akhir sekali, basuh bersih paru untuk menghilangkan bau darahnya.Petua Masak Paru Tak Rasa Hanyir & Bila Digoreng Terasa Rangup!
  5. Masukkan air sebanyak 3/4 periuk. Letakkan garam secukup rasa dan 2-3 keping asam gelugur/keping.
  6. Rebus paru sehingga masak menggunakan api sederhana perlahan.Petua Masak Paru Tak Rasa Hanyir & Bila Digoreng Terasa Rangup!
  7. Setelah masak, angkat paru tadi dan toskan airnya.

Baca artikel menarik lain di sini:

IKLAN

 

 

IKLAN

CARA MASAK PARU GORENG GARING

  1. Hiris paru yang hendak digoreng senipis yang boleh. Gunakan pisau yang tajam untuk memudahkan kerja menghiris.Petua Masak Paru Tak Rasa Hanyir & Bila Digoreng Terasa Rangup!
  2. Taburkan garam halus dan perapkan seketika sebelum digoreng.
  3. Setelah minyak betul-betul panas, masukkan paru yang telah dihiris tadi. Jangan goreng dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.Petua Masak Paru Tak Rasa Hanyir & Bila Digoreng Terasa Rangup!
  4. Gunakan api sederhana perlahan. Balik-balikkan beberapa kali. Biarkan warna gorengan berubah menjadi sedikit gelap.
  5. Paru Goreng Garing siap dimasak. Sedia untuk dinikmati. Nak makan cicah sos pun boleh.

 

IKLAN

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Petua Masak Paru Tak Rasa Hanyir & Bila Digoreng Terasa Rangup!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI