Lebihan ikan di dalam peti ais jangan pula dibuang walaupun hendak balik beraya. Jangan sekali-kali membazir kerana ikan yang disimpan masih kekal elok kalau kena dengan caranya.
Walaupun ikan sifatnya sensitif apabila disimpan lama di dalam peti sejuk tetapi jika kena dengan cara ikan masih elok dan segar untuk dijamah.
Namun ada caranya yang ibu patut tahu untuk mengekalkan ikan ini disimpan lebih lama daripada tempoh biasa anda menyimpannya. Jangan terus dibuang ikan ini sebaliknya cuba langkah ini. Caranya mudah sahaja. Cuba tip yang diberikan ini.
Ads
Rendam Cuka
Rendaman cuka antara cara yang boleh memulihkan ikan untuk kembali segar. Caranya mudah sahaja, keluarkan ikan daripada peti sejuk dan rendamkan dengan air seketika. Kemudian tuangkan sedikit cuka ke dalam air rendaman ikan dan biarkan seketika.
Rendam Susu
Ini pula cara buat ikan hilang hanyirnya malah kembali segar. Sebaik dikeluarkan daripada peti sejuk, rendamkan dengan air dan letakkan sedikit susu. Biarkan seketika dan lihat hasilnya.
Ads
Garam & Kunyit
Tip ini juga boleh dicuba. Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit kemudian gaulkan rata.Simpanlah di dalam bekas bertutup. Cubalah sekarang.
Ads
Jangan Siang Ikan
Ada yang berpendapat ikan tidak seharusnya disiang terlebih dahulu agar ia kekal segar. Simpan ia ke dalam bekas dan biarkan di dalam peti sejuk.
Bekukan Seperti Ais Batu
Ini menarik. Sebaik ikan disiang dan dibersihkan, letakkan ikan di dalam bekas dan penuhkan ia dengan air sehingga menutup semua ikan. Biarkan beku.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tentunya Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi, sudah terasa bahang kemeriahannya. Semua ahli keluarga kita akan pulang ke kampung untuk beraya bersama ibu dan ayah.
Tentu gamat suasananya dan moment ini jugalah yang seronok dan membahagiakan yang dapat kita rasa.
Pun begitu, bagi menjamin ibu dan ayah berasa bertambah bahagia, kita sebagai anak atau menantu, bolehlah buat sebagaimana apa yang disarankan oleh Pak Utih ni. Jom semak.
TIP UNTUK ANAK MENANTU YANG ADA ANAK DUA TIGA GERABAK NAK HIBURKAN MAK / MERTUA BERAYA DI KAMPUNG
Buat grup baru ( Whatsapp atau Telegram) khas keahlian semua anak-anak menantu yang balik dan yang tak balik kampung raya kali ini.
1. Pakat-pakat dengan semua anak menantu yang nak pulang ke rumah itu, bergilir menyediakan (sama ada beli atau masak) juadah pagi dan petang, makan pagi tengahari dan malam untuk seisi rumah. Mak rehat aje walaupun anak menantu berstatus “tetamu” Mak di kampung.
2. Berpakat dengan anak menantu untuk pastikan bilik dan atau kawasan tiduran masing-masing keluarga siap kemas sebelum jam 8 pagi, melainkan ada bayi yang memerlukan layanan istimewa. Mak tentukan sahaja sempadan dan kawasan tiduran masing-masing.
3. Anak memantu berpakat untuk minta kebenaran Mak jadikan satu bilik atau kawasan tertutup tempat mainan anak-anak atau nursery yang kawasan itu bebas kelintang pukangannya. Pastikan anak masing-masing tidak gunakan ruang tamu sebagai gelangan gusti,
4. Pakat-pakat anak menantu bawa sendiri kain cadar atau toto untuk alas tidur, kelambu igloo dan selimut kegunaan masing-masing dan bawa pulang untuk dibasuh di rumah sendiri. Untuk pakaian, buat sistem giliran atau “washing pool” bersama menggunakan mesin basuh. Jangan lupa bawa sendiri sabun basuhan masing-masing.
4.1 Kalau ada yang terpaksa tidur kat homestay atau hotel ( tak cukup bilik) jangan lepak lama-lama kat situ. Jangan datang ke rumah untuk makan sahaja dan jangan sembang sakan bilik hotel ada aircond sejuk giler. Menambah dosa raya je. Cepat-cepat datang ke rumah tolong kerja rumah tu ikut jadual yang ditetapkan.
5. Pakat anak menantu bersistem melayani, menyediakan makanan-minuman dan membasuh pinggan mangkuk untuk tetamu yang datang beraya. Tugas Mak dan Ayah hanyalah melayan tetamu sahaja.
6. Pakat-pakat anak menantu semua diberikan taklimat oleh suami masing-masing siapa mahram siapa bukan mahram yang akan ada di rumah itu nanti untuk bersedia menutup aurat masing-masing dan kawalan batas bersalam salaman pada bila-bila masa.
7. Pakat-pakat anak menantu untuk menentukan hanya satu sahaja handfon yang high end (tinggi pixel camera) untuk digunakan bergambar hari raya sekeluarga. Selepas itu diwassapkan sahaja gambar-gambar itu. Bergambar sekeluarga hanya dibenarkan selepas solat raya sahaja.
8. Mak dan Ayah tentukan jadual waktu sekeluarga untuk beraya di rumah jiran dan juga saudara mara di kampong itu.
9. Boleh juga pakat-pakat suami masing-masing sediakan sikit duit-duit raya untuk diedarkan kepada anak-anak jiran atau saudara mara yang datang beraya di rumah.
10. Sebelum meninggalkan rumah itu, pakat-pakat anak menantu buat semakan bilik tidur dan bilik air (pampers busuk di buang) bersuasana bersih seperti mana keadaan mula mula sampai.
11. Jangan lupa unjuk duit raya kepada Mak dan Ayah sebelum kembali ke tempat masing-masing.
Gerenti Mak menangis bila anak menantu dan cucunya melambai-lambai meninggalkan mereka berdua.
Sempena ulang tahun kelahiran Aliff Aziz baru-baru ini, Bella berkongsi satu bingkisan ucapan yang sangat ‘sweet’ sehingga mengundang perhatian.
Umum mengetahui, perjalanan rumahtangga pasangan ini penuh liku dan cabaran. Namun berkat sabar dan kasih sayang tidak berbelah bahagi seorang isteri, mereka kembali menyulam bahagia bersama.
“Tutup matamu. Bayangkan aku Apakah ada cinta seperti diriku. Tabah kau ada. Firasat berkata. Aku berani membuktikan dengan cinta. Aku tercipta. Layak bagai Hawa. Temani Adam di dunia?. Happy belated birthday, dear hubby!
Biarpun sebelum ini mereka diduga dengan ujian yang cukup hebat, namun Itu tidak sesekali membuatkan kasih sayang Bella terhadap Aliff berkurangan.
Bahkan akui ibu kepada sepasang cahaya mata ini, dia akan sentiasa memimpin tangan Aliff dan mencipta banyak memori bersama.
No matter how much old we get I won’t stop loving you.
“I’ll always hold your hand and get old together, making memories. No one can be a perfect husband, but you are the closest that any man can be. My love for you is infinite, immeasurable and interminable. It will be the same even when you are 100 years old💚 Semoga hubby dipanjangkan umur, dilimpahkan lagi rezeki dan sentiasa dilindungi-Nya InshaAllah..
Jujur mengakui tiada seorang pun suami yang ‘perfect’ Di Dalam dunia ini, namun suaminya itu boleh berusaha ke arah kebaikan. Sebagai isteri, dia turut mendoakan suaminya dipanjangkan umur, dilimpahkan lagi rezeki dan sentiasa dilindungi-Nya InshaAllah.
Bella juga mengakui suaminya tidak mengharapkan apa-apa hadiah sempena hari lahirnya kali ini.
“Tanya dia nak hadiah apa. Lepas tu dia cakap tak nak hadiah jangan susah-susah so Bella macam alahai baiknya tapi kan terus teringat hadiah PS5 tahun lepas pun masih tak disentuh dalam almari patutlah pun mesti rasa bersalah kan.
Pasangan sama cantik sama padan ini kini sedang mengerjakan ibadah umrah. Menerusi beberapa perkongsian,mereka turut merakam beberapa foto bersama ketika berada di Jabal Al- Rahmah.
Sungguh cepat masa berlalu, terasa baru sahaja kita semua berpuasa dan melakukan ibadah sunat yang lain seperti solat tarawih bertadarus, bersedekah dan amalan-amalan lain untuk mendapatkan pahala berganda sepanjang bulan Ramadan, dan pejam celik pejam celik, kini bulan Ramadan telah pun berlalu meninggalkan kita.
Begitu pun Syawal menjelma dan diraikan dengan rasa kesyukuran, kita juga masih diberi peluang untuk menggandakan amalan dengan melakukan amalan Puasa Enam Syawal yang diketahui umum, barangsiapa berpuasa enam di bulan Syawal ibarat pahala berpuasa sepanjang tahun.
Berkongsi tentang hikmah Puasa Enam Syawal, Dr. Ahmad Sanusi Azmi bekongsi penulisannya di facebook.
Puasa Enam Menampung Kekurangan
1. Antara hikmah disyariatkan puasa enam ialah supaya amalan sunat ini membantu menampung kekurangan yang berlaku dalam ibadah fardu puasa ramadan. Mereka yang berpandangan sebegini merujuk kepada hadis yang menyebutkan tentang kekurangan solat fardu akan ditampung dengan amalan solat sunat. Rasulullah bersabda:
إن أول ما يحاسب الناس به يوم القيامة من أعمالهم الصلاة قال يقول ربنا جل وعز لملائكته وهو أعلم انظروا في صلاة عبدي أتمها أم نقصها فإن كانت تامة كتبت تامة وإن انتقص منها شيئا قال انظروا هل لعبدي من تطوع فإن كان له تطوع قال أتموا لعبدي فريضته من تطوعه ثم تؤخذ الأعمال على ذاكم
“Perkara pertama yang akan dihitung oleh Allah pada hari kiamat nanti adalah solat. Allah berkata kepada malaikat: Perhatikan solat hambaku, apakah ianya sempurna atau ada kekurangan. Sekiranya solatnya sempurna, maka tuliskan baginya pahala yang sempurna. Namun sekiranya ada kekurangan, maka lihatlah andai sekiranya hambaku ada menunaikan solat sunat. Sekiranya dia menunaikan solat sunat, maka sempurnakannya pahala solat fardunya itu tadi dengan pahala solat sunat kemudian ambillah pahala amalan tersebut dan berikanlah ganjaran. (HR Abu Daud).
2. Dalam menjelaskan mengenai perkara ini al-Imam Ibn Rajab menjelaskan:
أن صيام شوال وشعبان كصلاة السنن الرواتب قبل الصلاة المفروضة وبعدها فيكمل بذلك ما حصل في الفرض من خلل.
“Sesungguhnya puasa enam dan puasa syaaban adalah seperti amalan solat sunat rawatib sebelum dan sesudah solat fardu. Amalan sunat ini menampung kekurangan yang ada pada amalan fardu tersebut sekiranya berlaku kelompongan pada amalan fardu.” (Lataif Maarif)
3. Selain itu, puasa enam turut dikatakan menyempurnakan pahala amalan berpuasa selama setahun. Ini berdasarkan hadis Nabi yang menyebutkan:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim)
4. Para sarjana hadis menjelaskan bahawa setiap amalan manusia akan dilipatkali-gandakan menjadi 10 pahala. Ini berdasarkan hadis yang menyebutkan:
جعل الله الحسنة بعشر أمثالها فشهر بعشرة أشهر وصيام ستة أيام تمام السنة
“Allah menjadikan setiap kebaikan dengan sepuluh kaliganda ganjaran. Maka puasa sebulan itu (sekiranya digandakan dengan sepuluh akan) bersamaan puasa 10 bulan, dan puasa enam (pahala yang menjadi 60 hari bersamaan 2 bulan) akan melengkapkan bilangan puasa seperti puasa setahun.” (HR al-Nasa’i)
5. Lalu sementara kita duduk di rumah dan tidak ke mana-mana ini, marilah berusaha menunaikan ibadah puasa enam. Semoga Allah membimbing kita.
Selian itu meninjau pula perkongsian daripada Ustaz Mohd Zaki Bin Zulkifli ada menjelaskan tentang persoalan yang sering ramai terkeliru tentang puasa enam dan puasa ganti. Adakah boleh digabungkan niat puasa kedua-duanya dalam satu masa yang sama.
Ini perkongsiannya.
PUASA ENAM SYAWAL DAN PUASA FARDHU GANTI.
Di dalam mazhab syafie sendiri ada khilaf tentang keharusan menggabungkan niat antara puasa 6 Syawal dengan puasa qadha’.
Disini saya bawakan petikan dari kitab fathul Muin dan hasyiah Iánah at Tolibin:
(فرع) أفتى جمع متأخرون بحصول ثواب عرفة وما بعده بوقوع صوم فرض فيها، خلاف للمجموع.وتبعه الاسنوي فقال: إن نواهما لم يحصل له شئ منهما
Ertinta: Telah berfatwa satu kumpulan daripada ulama’ mutakhirun bahawa dapat pahala puasa sunat arafah dan lain-lain dengan wujud puasa fardhu pada hari tersebut. Perkara ini khilaf bagi Imam an Nawawi di dalam kitabnya al Majmuk dan mengikut oleh Imam al Isnawi pendapat al Majmu dengan katanya: Sekiranya diniatkan kedua-duanya (gabung niat fardhu dan sunat) maka tidak sah kedua-duanya.[ Fathu Muin dengan Iánah m/s: 1330 cetakan Darussalam]
Kemudian seperti biasa pengarang Iánah akan mempermudahkan lagi kenyataan kitab Fathul Muin dengan katanya:
(قوله: أفتى إلخ) حاصل الإفتاء المذكور أنه إذا كان عليه صوم فرض قضاء أو نذر وأوقعه في هذه الأيام المتأكد صومها: حصل له الفرض الذي عليه، وحصل له ثواب صوم الأيام المسنون، وظاهر إطلاقه أنه لا فرق في حصول الثواب بين أن ينويه مع الفرض أو لا، وهو مخالف لقول ابن حجر الآتي أنه لا يحصل له الثواب إلا إذا نواه، وإلا سقط عنه الطلب فقط.
Ertinya: Rumusan fatwa ulama’ mutakhirun tersebut ialah: Sekiranya ada puasa fardhu keatas seseorang samada qadha atau nazar, kemudian ia buat puasa itu pada hari-hari yang di sunatkan puasa, maka dapat baginya pahala puasa fardhu dan pahala puasa sunat. Mengikut zahirnya, mereka akan mendapat pahala sunat itu samada dia niat puasa sunat atau tidak bersama puasa fardhu tadi. Tetapi pendapat ini nampak bercanggah dengan pendapat Ibnu Hajar yang mengatakan hanya dapat pahala jika di niatkan bersamanya puasa sunat [ Iánah at Tolibin ms 1330 juz 2, Darussalam]
KESIMPULAN DARIPADA PETIKAN-PETIKAN INI:
1. Pendapat Imam an Nawawi dalam kitab al Majmuk tidak sah puasa sunat di gabungkan dengan puasa fardhu. Pendapat ini di ikuti oleh Imam al Isnawi.
2. Mengikut pendapat ulama’ mutaakhirin sah puasa sunat gabung dengan puasa fardhu. Dan inilah pendapat mu’tamad di sisi Syekh Khatib Syarbini, Imam ar Ramli dan Bapanya[Tarsyih al Mustafidin m/s 171]
3. Mengikut Imam Ibnu Hajar tidak dapat pahala puasa sunat jikalau tidak niat gabung. Contohnya dia niat pada bulan syawal ini: [Sahaja aku puasa qadha ramadhan esok hari] sahaja. Untuk dapat pahala sunat mesti niat gabung contohnya [Sahaja aku puasa qadha ramadhan serta sunat enam syawal esok hari].
4. Tetapi mengikut zahir fatwa ulama’ mutaakhirin, dapat pahala puasa sunat enam tadi walaupun tidak niat gabung. Contoh dia niat macam ni sahaja:[Sahaja aku puasa qadha ramadhan esok hari]. Inilah pendapat mu’tamad di sisi Syekh Khatib Syarbini, Imam ar Ramli dan Bapanya[Tarsyih al Mustafidin m/s 171]
Inilah keluasan ilmu feqah. Semuanya dalam lingkungan mazhab syafie lagi. Ini sekadar perbincangan pendapat. Namun yang lebih penting lagi ialah mengamalkan dan berpuasa enam tu. Jangan jadi seperti orang yang bergaduh solat terawih 8 atau 20..tetapi dia tak solat terawih pun
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.