Hirisan Keledek, Itu Cara Sempoi Nak Tanam Agar Cepat Bertunas!

Share

Ubi keledek selain enak direbus dan dimakan begitu sahaja ketika  panas, malah keledek juga enak dimasak dengan pelbagai citarasa.

Boleh dijadikan kuih, inti karipap, bubur, malah pucuk keledik juga enak jika dimasak sayur lemak.

Kiranya, jika ditanam sayur keledek ini  macam-macam masakan boleh kita sajikan kepada keluarga.

Jadi bagaimana sebenarnya cara untuk menanam keledek ini ye?

Semaian ubi Keledek


1. Potong ubi keledek anggaran 1-2 cm.


2. Susun dalam besen yang diisi tanah.


3. Isikan selapis tanah untuk menutup keratan ubi keledek.


4. Siram basahkan keseluruhan tanah. Pastikan air tidak bertakung.

5. Labelkan dan simpan di tempat teduh.


6. Selepas 15 hari, anak keledek sudah boleh dipindahkan ke tapak penanaman.
Selamat mencuba.

Sumber : Lebai Kudin via Kebun Sayur, Bunga dan Buah-buahan

IKLAN