Sejak minggu lalu, pelbagai kontroversi dalam industri hiburan dihebahkan. Antaranya adalah mengenai rumahtangga bekas pemain bolasepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan bersama kedua isterinya, Datin Zalina Zaini dan Fyna Jebat.
Isu yang hangat diperkatakan apabila berlaku pertelingkahan antara isteri pertama, Datin Zalina Zaini dan Fyna di sebuah restoran di Shah Alam, baru-baru ini.
Rentetan dari itu, sebuah posting di aplikasi Tiktok dengan menggunakan akaun @yungsbrna yang dipercayai anak saudara kepada Zalina memuat naik sebuah hantaran mengenai ibu saudaranya itu.
Menerusi hantaran @yungsbrna, dia menzahirkan rasa sedih apabila terjumpa video ketika menyambut ulang tahun kelahiran ibu saudaranya itu.
“Found this video in my drafts and this made me tear up so much. You don’t deserve any of this maklong (Zalina), you deserve all the happiness in the world,” luahnya.
Bukan itu sahaja, anak saudaranya itu turut menyatakan bahawa Zalina tidak layak untuk diperlakukan sebegini selepas 38 tahun usia perkahwinan.
“38 years of devoting your whole life to your family, and this is what you get in return? Men aint shit and penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni,” ujarnya di ruangan kapsyen video.
Menjengah di laman sosial milik anak-anak Zainal Abidin Hassan pula, salah seorang anak pasangan ini iaitu Zaifiq Zaina telah memuatnaik gambar bersama ibunya dan adik beradik yang lain dengan kapsyen,
“Biar gambar ini berbicara dengan sendirinya,” tulisnya ringkas.
Sementara itu, anak bongsu Zainal iaitu Zahira Aisyah telah memuatnaik video bersama ibunya.
“no one could ever compare to you, no one could ever replace you. i love you forever my beautiful and strong mama ❤️🥰”
Mencuba resipi yang diperolehi dari carian di internet, bila hasilnya menjadi pasti seronok rasanya.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Siti Hasmah Rahman apabila mencuba resipi untuk membuat donut.
Hasilnya, donat dimasak cukup gebu dan sempurna kejadiannya. Meluahkan rasa seronok, Siti terjemahkan di dalam pantun dan turut berkongsi resipi untuk dicuba oleh yang lain.
Pagi-pagi mengutip lidi,
Lidi disimpan di atas papan,
Riangnya hati kuih menjadi,
Donut gebu menjadi santapan.
Pergi ke bendang memancing ikan,
Itik dibendang siapa yang punya,
Resipi donut daku kongsikan,
Bolehlah tuan/puan cuba membuatnya
Saya share resipi ye
(kredit kepada Sirap Limau)
Bahan A
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu manis
Secubit garam
1 sudu besar baking powder
Ramas bahan2 A sampai jadi seperti tekstur serbuk roti
Bahan B
1 1/2 cawan air suam
Sepekt yis mauripan
(campurkan keduanya. Tunggu dalam 5 minit)
Cara-cara
Masukkan Bahan B ke Bahan A sedikit demi sedikit. Tambahkan air jika doh masih belum sebati (air ni ikut kesesuaian ye. Kalau nak selamat jangan curah air semua, letak sikit2 sampai doh tak melekat kat tangan. Kalau tak cukup air tambah lagi sikit).
Kemudian biarkan doh berehat dengan tenang dan berkembang dengan jayanya dalam 40 minit hingga sejam. Nanti doh tu akan berkembang sekali ganda. Pastu dah boleh terap dengan acuan dan sedia untuk digoreng
Melihat pasangan ini menguruskan dan mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri nyata memberi motivasi kepada ibu bapa lain. Tidak hairanlah setiap kali mengemas kini status terbaru di media sosial, ada sahaja pertanyaan dan permintaan daripada orang ramai yang ingin mereka berkongsi ilmu keibubapaan.
Tidak sekadar itu sahaja, pasangan ideal Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina juga tidak menggunakan bantuan pembantu rumah dalam menguruskan anak-anak. Sebaliknya mereka lebih selesa melakukan sendiri sejak dahulu lagi.
Push anak belajar banyak benda
Senada dan sehati dalam segala hal, namun Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sedikit ‘dominan’ terutama dalam mendidik anak-anak. Tegasnya, anak-anak perlu didedahkan dengan segala kemahiran sejak kecil lagi bagi memudahkan pada masa akan datang.
“Alahmdulillah, syukur kerana ini rezeki yang Tuhan berikan pada kami. Saya dan isteri memang suka anak ramai. Saya suka mendidik anak-anak ikut cara saya yang dipraktikkan hasil pembelajaran melalui ajaran ibu bapa saya dan juga sebelah Halina. Saya suka tonjolkan anak-anak dengan unsur kasih sayang selain ‘push’ mereka sehingga ke tahap maksima kerana kita tidak tahu potensi mereka yang boleh pergi.
“Saya mahu didik mereka dalam semua bidang termasuklah bab agama, akhlak, mengaji, belajar berenang, tekwando dan pelbagai lagi. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, demikian juga kami. Dalam hal ini, saya mengharapkan anak-anak akan jadi lebih baik daripada kami kelak. Awalnya isteri saya agak takut dan kesian kerana anak-anak masih kecil.
“Tetapi sebenarnya mereka suka jika apa yang kita suruh buat itu benda yang menyeronokkan buat mereka. Penerimaan Bella dan Tasha baik dan saya tidak suka mereka membazir masa begitu sahaja kerana pada saya setipa minit itu adalah pelajaran. Kebetulan juga kami berdua sibuk dengan kerja, kerana itu saya suka hantar anak-anak ke kelas untuk menambahkan kemahiran mereka.
“Pernah juga mak saya tegur kononnya biarlah anak-anak main tetapi bagi saya pelajaran juga satu corak permainan. Contohnya ke kelas menyanyi, persekitaran tersebut cukup menyeronokkan. Jadi, daripada situ mereka selesa dan seronok untuk belajar. Saya berimpian mahu melihat anak-anak mengikut jejak langkah kami dalam bidang kedoktoran. Kerana itu saya mendedahkan mereka dengan bidang perubatan ini sejak awal lagi.
“Tetapi andai suatu hari nanti mereka mahu memilih bidang lain, saya akur. Tetapi saya percaya jika kita didik dan asuh minda mereka sejak awal ke arah tersebut, maka saya yakin mereka akan menuju ke arah yang betul.
Take a break elak stress
Ditanya mengenai cabaran memiliki anak kembar, jelas Angkasawan negara ini lagi, memang sangat mencabar dan dalam masa yang sama terselit kebimbangan tidak mampu memberi kasih sayang sama rata.
“Memang stress dan kadang kala penat sangat kerana boleh dikatakan 24 jam kami menguruskan anak-anak sendiri. Saya bangun jam 2-3 pagi untuk susukan dan dodoikan anak. Pada saya suami kena banyak berkorban dan jangan harapkan isteri sahaja. Saya lebih suka berjaga malam dan biarkan Dr Halina tidur dan berehat. Pada saya, sebagaimana isteri berkorban begitu juga suami dan kedua-dua kena main peranan.
“Saya selalu pesan pada isteri, kalau penat ambil rehat dengan pergi keluar untuk ‘take a break’ walau hanya 30 minit. Tetapi jarang sebenarnya nak stress kerana penat macam mana sekali pun itu adalah sesuatu yang kami suka lakukan. Lagipun kembar memerlukan perhatian lebih terutama Noah yang agak kecil berbanding Adam. Jadi, dalam diam-diam saya susukan lebih supaya dapat naikkan beratnya dan Alhamdulillah tidak banyak beza kedua-duanya,” seloroh Dato’ Dr Sheikh Muszaphar lagi.
Anak sekolah aliran Cina
Tidak mahu anak terkena kejutan budaya membuatkan pasangan ini menghantar anak-anak bersekolah lebih awal sedari usia 3 tahun. Bahkan Bella menurut Dato Dr Sheikh Muszaphar lagi sudah mencapai level tahun empat untuk subjek matematik dan Bahasa Inggeris. Mengakui Bella banyak mengikut jejak langkah isterinya terutama bab bergaya, mekap, kasut dan sebagainya, Dato Dr Sheikh juga menghantar anak-anak ke sekolah Cina.
“Saya selesa menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan kerana tidak mahu anak berasa diri ‘besar’ sebaliknya mahu mereka jadi orang biasa yang sentiasa rendah diri. Sekolah Cina menjadi pilihan kerana mahu mereka fasih bahasa Mandarin. Walaupun saya secara peribadinya tidak tahu berbahasa Cina dan terpaksa membuka Google translate apabila mengajar anak-anak, saya tidak kisah kerana bahasa ini amat penting untuk masa depan,”ulas Dato Sheikh Muszaphar.
Parenting satu eksperimen
Mengakui masih baru dalam bab keibu bapaan, Dato Dr Sheikh Muszaphar tidak mengharapkan semua orang menerima kaedah yang dipraktikkannya itu.
“Ini cara saya dan kepada mereka yang tidak setuju tidak apa. Kerana proses parenting ini seperti satu eksperimen. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Mungkin kita sudah berikan yang terbaik tetapi hasilnya berbeza. Namun yang pasti saya sudah melakukan yang terbaik dan jika ada yang mahu mencontohi cara saya, maka boleh ikut.
“Keutamaan saya lebih pada keluarga dan bab memberi ceramah masih diteruskan cuma tidak mahu terima terlalu banyak. Soal penerimaan tawaran untuk anak-anak buat masa sekarang kami masih kawal lagi. Kami tidak mahu mereka didedahkan pada bidang komersil dan memilih produk yang bersesuaian dengan anak-anak,”jelas Dato Dr Sheikh Muszaphar yang mengakui kerjasama dan perancangan awal yang sistematik memudahkan dia dan isteri menguruskan anak-anak baik di rumah mahupun ketika bercuti dan sebagainya.
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Feb 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Yunos Laith sekali lagi mencuri perhatian apabila penyanyi, komposer dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka...