Dah menjadi kebiasaan buat pasangan suami isteri memberi kejutan atau meluahkan bait-bait indah buat yang tersayang terutamanya ketika pada hari-hari penting seperti ulangtahun perkahwinan.

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid terharu apabila menerima kejutan sempena ulang tahun kelahiran ke-28 yang dilakukan oleh suaminya Raf Yaakob.

Menurut Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, hari lahir dan sambutan tersebut dijayakan pada April lalu namun baru sempat dikongsikan di laman Instagram baru-baru ini.

Mawar berkata, suaminya yang juga adik kepada cef selebriti Datuk Fazley Yaakob itu menyewa sebuah banglo dan menampilkan seorang tukang masak daging wagyu bagi meraikan hari lahirnya bersama rakan-rakan mereka.

“Kali pertama menangis ketika menyambut hari jadi. Suami sewa banglo dan siap sewa tukang masak wagyu, kawan-kawan bawakkan belon,” tulisnya di laman Instagram miliknya.

IKLAN

Mawar Rashid Menangis Terharu Suami Buat Kejutan ‘Birthday’ – “Dah Terbiasa Dari Kecil Potong Kek Je”

Malah dalam perkongsian tersebut  kelihatan pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal turut memeriahkan momen istimewa berkenaan dengan penuh bahagia.

Dalam masa sama, pelakon drama TQ Captain itu mengakui jarang menyambut hari lahir secara bermewah sekali gus menghargai usaha rakan-rakannya yang memberikan hadiah bernilai ribuan ringgit.

IKLAN

“Semua bagi hadiah mahal-mahal kat Mawar. Kali pertama kawan-kawan habiskan beribu untuk hari jadi. Segan pula sebab tak pernah.

“Mawar ni sederhana, kalau hari lahir, potong kek kat rumah bersama keluarga pun dah gembira. Memang dah terbiasa dari kecil potong kek je kalau hari lahir.

IKLAN

“Sebab tu hargai sangat bila dapat hadiah masa hari lahir. Terima kasih suami dan rakan-rakan semua. Terharu yang teramat sampai tak dapat menahan air mata. Sayang korang,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Untuk rekod, Mawar dan Raf berkahwin pada November 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Roseanna Camilya yang kini berusia empat bulan.

Selain itu, Mawar turut mempunyai dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan, 12, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 8.

Sumber: Instagram Mawar Rashid

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI