Kecoh baru-baru ini seorang wanita dikenali sebagai Rosnazirah Mohd Naim yang merupakan seorang ejen produk kosmetik dipercayai dilarikan oleh sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Kelantan, pada Selasa lalu.
Ibu kepada Rosnazirah, Zahasnah Mohd Zain menyatakan sehingga kini mereka sekeluarga masih berada dalam keadaan trauma dengan apa yang berlaku serta terngiang-ngiang suara anaknya meminta tolong ketika diheret oleh sekumpulan lelaki.
Bercakap sekiranya keluarga menerima sebarang panggilan mengenai wang tebusan, Zahasnah berkata sehingga kini keluarga masih tidak menerima apa-apa panggilan.
Makcik sekarang terlalu sedih mengenangkan nasib anak yang sehingga kini tidak mendapat sebarang khabar berita. Makcik hanya mampu berdoa supaya Rosnazirah ditemui selamat dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Ads
Diseret tanpa sempat pakai selipar
Bercerita mengenai kejadian yang berlaku, Zahasnah mengatakan pada ketika itu dia baru sahaja selesai solat Asar sebelum didatangi beberapa orang lelaki yang bertanyakan nama anaknya.
Suami terus memanggil anak yang ketika itu berada di dapur dan secara tiba-tiba Rosnazirah diheret tanpa sempat memakai selipar atau tudung. Pakcik (suami) sempat bergelut beberapa minit walaupun lelaki itu mengeluarkan pisau, namun pakcik terpaksa mengalah sebaik lelaki itu mengeluarkan pistol sambil mengeluarkan kata-kata ugutan.
Ads
Ketika itu ramai yang menyaksikan kejadian itu termasuk anak Rosnazirah yang menangis meminta pertolongan, namun tiada siapa yang berani mengenangkan lelaki itu mempunyai pistol.
Difahamkan, sebelum kejadian, si ibu menyedari terdapat sebuah motosikal lalu lalang di kawasan rumah sebelum empat orang lelaki datang menaiki kereta. Dalam pada itu, adik mangsa, Mohd Syarafi mengatakan mereka sekeluarga akan mengadakan solat hajat agar kakaknya ditemui dengan selamat.
Disahkan mengandung anak kembar pastinya diimpikan oleh semua wanita. Hebat rasanya malah dianggap rezeki paling hebat.
Mengimpikan sepasang anak kembar sememangnya menjadi keinginan semua pasangan suami isteri namun diberikan rezeki Allah kembar tiga pastinya terasa bagaikan satu keajaiban yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.
Inilah yang dilalui oleh pasangan suami isteri, Nurzahirah Mohamed Ibrahim dan suaminya, Mohd Najib Fahmi Mohd Tahar. Pasangan kembar tiga mereka, Daim Haris, Danisha Huda dan Darwisy Hakim kini sudah pun berusia 2 tahun 7 bulan.
“Sungguh saya terkejut dan gembira tidak terkata apabila doktor mengesahkan saya mengandungkan anak kembar. Bukan dua tetapi tiga!
Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira dan terkejut. Tidak terkata dan sangat bersyukur kerana diberikan anugerah tidak ternilai. Akhirnya penantian kami suami isteri dimakbulkan olehNya.
Lima tahun saya tunggu untuk peroleh zuriat selepas melangsungkan perkahwinan pada 3 Oktober 2009. Lama menunggu namun Allah beri kami berganda.
Semuanya selepas saya menjalani rawatan kesuburan di Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri, Klang. Dua tahun juga saya ambil pil kesuburan dan akhirnya saya buat suntikan hormon di perut setiap dua hari sekali. Sebulan selepas itu saya disahkan hamil. Sungguh saya bersyukur.
Sama seperti ibu hamil lain, saya juga mengalami morning sickness pada waktu pagi dan waktu tengah malam. Namun saya mula membiasakan diri.
Alhamdulillah tiada alahan yang saya alami semasa mengandung. Namun saya dinasihatkan oleh doktor untuk lebihkan pemakanan yang mengandungi zat besi seperti daging, bayam, kerang dan juga hati untuk menambah darah kerana darah saya agak rendah ketika itu.
Perut saya juga membesar dengan cepat seperti kandungan 6 atau 7 bulan, padahalnya ketika itu kandungan saya baru berusia 5 bulan.
Pernah juga saya ditahan selama 5 hari di hospital kerana mengalami kontraksi seperti mahu bersalin. Syukur setelah rawatan diberikan saya kembali pulih.
Setelah kandungan berusia 29 minggu, saya dimasukkan ke hospital dan doktor terus memberikan tarikh untuk saya bersalin iaitu pada 34 minggu.
Tiada pilihan lain kerana kedudukan 2 bayi di dalam perut yang songsang dan seorang lagi melintang di bawah perut. Saya dinasihatkan untuk berehat di hospital sahaja sepanjang tempoh itu.
Saya serta kandungan sentiasa dipantau oleh doktor pakar, manakala setiap 4 jam sekali jururawat akan memastikan ketiga-tiga bayi berada dalam keadaan selamat.
Malah saya juga terpaksa dipakaikan dengan tali pinggang sokongan untuk menjaga tulang belakang dan mengurangkan sakit pinggang yang saya alami.
2 Jun 2014 menjadi satu tarikh yang begitu dinantikan kami berdua. Walaupun sangat teruja untuk melihat anak-anak kami sendiri dalam beberapa jam lagi namun disudut hati ini juga terasa amat takut.
Untungnya bukan hanya suami malah ibu mertua saya, Hajah Shahrumbi juga dibenarkan untuk masuk ke dewan bedah kerana dia merupakan seorang staff nurse di hospital itu.
Lebih kurang 20 orang termasuklah doktor pakar bedah, doktor pakar anestetik, doktor pakar kanak-kanak, doktor pelatih serta jururawat menyambut kelahiran anak saya.
Tepat jam 9 pagi, bilik bedah yang sunyi bertukar menjadi meriah dengan suara tangisan tiga-tiga bayi saya. Anak pertama saya, Daim Haris (1.8kg) dilahirkan diikuti Danisha Huda (1.6kg) dan selang 2 minit kemudiannya barulah Darwisy Hakim (2kg) dikeluarkan.
Daim Haris dan Danisha Huda ditunjukkan terus kepada saya manakala Darwisy Hakim terpaksa dimasukkan terus ke unit rawatan rapi NICU kerana kurang oksigen.
Ketiga-tiga bayi kembar saya ini dimasukkan ke dalam inkubator kerana saiz dan berat badan mereka yang masih kecil. Keadaan saya pula sedikit lemah, dua kali juga saya pengsan ketika bangun dari katil, kerana kehilangan banyak darah.
Hari ke 9 saya dan Darwisy Hakim dibenarkan keluar hospital. Manakala Daim pada hari ke 14 diikuti Danisha pada hari ke 21. Kami sangat gembira malah seluruh keluarga teruja untuk melihat ketiga-tiga kembar ini bersama untuk kali pertama.
Memori Indah Pengalaman menjaga mereka semasa bayi amat berharga dan takkan saya lupakan. Saya berpantang di rumah ibu ketika itu. Dalam sekelip mata sahaja, rumah ibu terus bertukar seperti pusat asuhan kanak-kanak. Mana tidaknya, hampir kesemua ruang, dari ruang tamu, dapur, bilik dan bilik air semuanya terdapat peralatan bayi.
Pada peringkat awal kami memakaikan kembar 3 ini dengan baju warna yang berlainan supaya tidak tertukar. Mereka juga telah saya sediakan buku catatan masing-masing supaya perkara seperti memberi susu, menukar lampin dan memberi ubat dan sebagainya tidak tertukar.
Banyak kenangan lucu yang kami lalui ketika waktu ini. Pernah suatu hari tokwan mereka, iaitu ayah saya memakaikan Daim dengan baju berwarna merah jambu kerana dia sangkakan itu adalah Danisha.
Dan ini bukan terjadi sekali tetapi beberapa kali juga. Malah Darwisy dan Daim juga selalu tertukar. Memang sangat lucu ketika waktu itu.
Bagi saya dan suami memang kami dapat bezakan ketiga-tiga mereka kerana mereka bukanlah kembar seiras. Tidak hanya ibu dan ayah malah kami juga dibantu oleh dua orang pembantu lain yang membantu melancarkan lagi perjalanan harian kami.
Ketika itu, walaupun saya masih lemah dan sangat penat malah luka pembedahan juga masih belum sembuh sepenuhnya tetapi kehadiran mereka di dalam keluarga saya membuatkan saya lebih sempurna dan gembira.
Sejak hadirnya kesemua anak-anak ini, adakalanya saya dan suami terasa seperti selebriti. Jika kami sekeluarga keluar di hujung minggu, sebaik kereta sorong bayi ditolak, ramailah yang teruja dan bertanyakan pelbagai soalan kepada saya dan suami.
Begitulah sepanjang perjalanan kami sepanjang hari itu. Saya tidak kisah malah seronok berkongsikan cerita dan pengalaman saya kepada mereka yang ingin tahu.
Kepada mereka yang berkahwin tetapi masih belum diberikan rezeki untuk punya zuriat sendiri, janganlah berputus asa. Berusaha dan berdoalah.
-Zahirah-
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kerana sikap bertanggung jawab dan pentingkan diri sendiri, orang lain yang menjadi mangsa. Demikian lah yang dikongsikan oleh wanita ini gara-gara sikap satu keluarga yang tidak mematuhi PKP, orang lain menjadi mangsa.
Sebelum ini tular kisah satu keluarga yang berjaya melepasi sekatan jalan raya dengan menunjukkan kad kesihatan anak kepada pihak polis untuk pulang ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kesihatan anak kecil mereka. Apa yang menimbulkan kemarahan orang ramai adalah, keluarga ini bangga memuat naik di dalam grup whattsapp.
Disebabkan kes tersebut tular menyebabkan orang lain yang benar-benar perlu mengambil anak di hospital menjadi mangsa. Itulah situasi yang dikongsikan puan Nur Lydia Rose Hafieza.
Menurut Puan Lydia, anaknya baru menjalani pembedahan membuang tumor dan dibenarkan pulang. Namun, suami yang sepatutnya datang menjemput mereka ditahan oleh polis di tol Gambang kerana ketiadaan permit keluar negeri.
Disebab kan gurauan diviralkan di Media Social pasal datang KL tunjuk kad kesihatan untuk lepasi roadblock 😊
Anak aku warded untuk oprtion buang tumor di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur .. harini anak aku dah boleh discharge dari hospital .. Waktu suami otw ke KL dia kena tahan dekat Tol Gambang sebab tak ada permit untuk keluar negeri ..
surat bukti dah tunjuk tapi tak boleh terima😑..dia bagi pilihan uturn @ saman…waktu tu dah pukul 12 lebih tengahari nak gerak dari tol gambang pusing ke ipd kuantan around 30 minit nak sampai tu pun kalau tak jem dengan roadblock ape semua .. Call ipd kuantan ..dia orang tak boleh keluar kan permit tu sebab dah pukul 1 ..
Bayangkan kes emergency macam aku ni nak discharge tapi tak dan nak ambik permit untuk keluar dari negeri .. aku decide untuk deal dengan BUKIT AMAN .. aku direct dengan dia then sane deal dengan IPD KUANTAN ..
Alhamdulilah benda tu settle tapi makan masa 3 jam .. aku ni tak ada tempat tinggal di KL sekali dah discharge mana boleh aku stay lagi dekat wad..
Lagipun anak aku ni PATIENT ONCOLOGY & antibodi tak kuat tak boleh keep lama dekat ward .. disebab kan gurauan bodoh yang diviral kan tu kami terpakse tanggung semua ni harini ..
KAU FAHAM TAK GURAUAN KAU TU menjejaskn perjalanan anak aku pergi keluar hospital !! Anak aku ni fully treatment dekat HTAKL! TOLONG LAH celik akal sikit jangan menyusahkan kami .. terima kasih BUKIT AMAN sudi membantu😘
P/s “kerana nila setitik rosak susu sebelanga”
#cancerfighter
#rhabdomyosarcoma
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lima beranak yang dilapor hilang sudah ditemui, semua selamat. Lima sekeluarga dilaporkan hilang setelah keluar dari sebuah rumah di Persiaran Rimba Permai, Sepang, Jumaat lalu telah ditemui selamat.
Amir Hamzah Nordin, 60, berkata, dia bersyukur kerana anak perempuannya, menantu dan tiga cucunya itu berada dalam keadaan selamat.
“Alhamdulillah, kesemua mereka sudah selamat balik ke rumah pukul 11 malam (Ahad) di Klang.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan mereka, termasuk ada juga rakan yang turut melakukan solat hajat, saya ucapkan penghargaan yang tidak terhingga,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Jelasnya, tiada sebarang salah faham melibatkan hubungan antara dirinya bersama anak, menantu dan tiga cucunya itu sebelum ini.
“Saya boleh katakan tiada isu timbul, sebaliknya makluman awal saya tidak tahu lokasi mereka.
“Saya memang rapat dengan semua anak, menantu dan cucu. Memang setiap hari akan hubungi, jadi disebabkan kawasan perkhemahan mereka pergi sebelum ini tiada liputan, saya gagal hubungi, jadi saya risau,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, orang ramai diminta mengesan pasangan suami isteri bersama tiga anak mereka dilaporkan hilang pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dilaporkan berkata, mangsa yang hilang membabitkan pasangan suami isteri berusia 37 tahun serta tiga anak berusia lima, lapan dan 10 tahun.
Menurut laporan, kesemua mereka telah keluar dari sebuah rumah di Persiaran Rimba Permai, Sepang dengan menaiki kenderaan jenis Perodua Alza berwarna kelabu pada 11.30 malam, 17 Januari.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.