Tiada kata yang mampu diungkapkan tatkala ditinggalkan pergi insan tersayang buat selama-lamanya. Kehilangan yang cukup memeritkan, seolah-olah separu nyawa diragut pergi bersama.

Namun, sosok tubuh bernama Shuib atau nama penuhnya, Shahmira Muhamad ini kuat dan cekal orangnya. Kepulangan isteri tersayang, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin ke Rahmatullah diterima dengan hati yang reda.

“Arwah Bergelut Untuk Selamatkan Anak Kami.” Shuib Reda Isteri ‘Pergi’,  Cabaran Nak Maklum Pada Anak Ketiadaan Ibunya!“Saya reda dengan pemergian isteri saya Siti Sarah Raisuddin. Cabaran saya untuk memaklumkan tiga anak kami mengenai ketiadaan ibunya selepas ini,” demikian kata Shuib ketika ditemui kaunter Bilik Jenazah, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM).

Menurut Shuib, malam tadi dia dan tiga anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, sempat membuat panggilan video buat kali terakhir bersama arwah isterinya yang sedang nazak di hospital.

“Arwah Bergelut Untuk Selamatkan Anak Kami.” Shuib Reda Isteri ‘Pergi’,  Cabaran Nak Maklum Pada Anak Ketiadaan Ibunya!“Dengan bantuan jururawat dan doktor, saya membuat panggilan video untuk anak melihat keadaan ibu mereka. Ketika itu nampak juga air mata berlinangan di pipinya seolah olah memahami apa yang saya dan anak bersembang mengenainya.

“Arwah Bergelut Untuk Selamatkan Anak Kami.” Shuib Reda Isteri ‘Pergi’,  Cabaran Nak Maklum Pada Anak Ketiadaan Ibunya!“Selepas itu, anak kami sudah tidur. Saya juga sempat ke hospital malam tadi sejurus selepas selesai sesi bacaan Yassin dan doa dianjurkan menerusi aplikasi Zoom Meeting. Bagaimanapun tak dibenarkan bertemu dengannya dan saya berpatah balik ke rumah,” katanya.

Kata Shuib lagi, arwah isterinya akan ditayamun dan disolat jenazah di hospital berkenaan kira kira jam 10 pagi.

IKLAN
“Arwah Bergelut Untuk Selamatkan Anak Kami.” Shuib Reda Isteri ‘Pergi’,  Cabaran Nak Maklum Pada Anak Ketiadaan Ibunya!
Sumber gambar: Berita Harian

Jenazah Siti Sarah dijangka akan dikebumikan bersebelahan kubur arwah ibunya di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak, kira kira jam 12 tengah hari.

“Memang permintaannya untuk dikebumikan sebelah arwah ibunya. Malah selama ini kalau bersembang hal kematian, memang dia ada menyebut keinginan untuk disemadikan di sebelah kubur arwah ibunya,” katanya.

“Arwah Bergelut Untuk Selamatkan Anak Kami.” Shuib Reda Isteri ‘Pergi’,  Cabaran Nak Maklum Pada Anak Ketiadaan Ibunya!Kelihatan tenang ketika ditemui, Shuib juga berjanji akan menjaga empat cahaya mata perkongsian hidupnya dengan arwah dengan baik.

“Arwah sempat hadiahkan saya dan anak menerusi kehadiran Ayash Affan yang dilahirkan 6 Ogos lalu. Arwah bergelut untuk menyelamatkan anak kami. Ternyata, Allah lebih menyayanginya.

IKLAN

“Nama Ayash Affan itu sendiri dipilihnya kerana menurut pembacaan arwah, nama berkenaan mengenai seorang pejuang di Gaza,” katanya.

“Arwah Bergelut Untuk Selamatkan Anak Kami.” Shuib Reda Isteri ‘Pergi’,  Cabaran Nak Maklum Pada Anak Ketiadaan Ibunya!Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), hospital berkenaan akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi  tadi.

Ibu kepada empat cahaya mata itu sebelum ini tidak sedarkan diri dan masih bertarung nyawa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.

IKLAN

Pada Jumaat lalu, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, kelmarin.

“Arwah Bergelut Untuk Selamatkan Anak Kami.” Shuib Reda Isteri ‘Pergi’,  Cabaran Nak Maklum Pada Anak Ketiadaan Ibunya!

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19.

Selain Siti Sarah dan suami, Shuib serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Sumber: Berita Harian Online

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI