Homemade Mango Cheese Aiskrim Yang Menyegarkan Tekak. Guna 4 Bahan Je, Mudah & Sedap!

Share

Kalau sebut aiskrim, pasti anak-anak yang paling teruja. Tak kira apa jua perisa kalau dapat memang tersenyum lebar masing-masing.

Pernah buat aiskrim dari buah mangga, nampak menyelerakan dan juga menarik kan.

Jom admin kongsikan respi aiskrim homemade yang cukup menggiurkan ni. anak-anak pasti suka ni!

Homemade Mango Cheese Ice Cream.😊🧀🥭 Resepi asli dari Filipina

Bahan-bahan:
* Mango
* Cheddar cheese block [potong dadu]
* Condense milk
* All purpose cream/whipping cream

Cara-caranya:
* sebahagian potong dadu mangga


* sebahagian lagi Kisar mangga jadikan seperti puree. Ketepikan dulu.


* Masukkan krim dan pukul sehingga gebu dan selepas tu masukkan susu pekat dan gaulkan kasi sebati


* selepas itu masukkan mangga yang di kisar dan gaul sehingga rata
* selepas rata masukkan mangga dan cheese yang dah di potong dadu. Dan gaulkan


* lepastu, nak nampakkan cantik, mommies letak lah sedikit mangga dan cheese yang dipotong dadu di atas ice cream tersebut.


* Selepas itu keraskan di dalam peti ais selama semalaman. Dah siap untuk di makan!

Selamat mencuba mommies!

Sumber: unice Nicole A. Ayuban

IKLAN