Siapa tak suka kalau rumah yang dihuni bersama seisi keluarga nampak cantik, tenang dan membahagiakan, betul tak? Bila kita sudah ada rumah, tidak kiralah rumah jenis apa sekali pun mesti ada rasa di hati untuk menghias mengikut citasa peribadi dan pastinya sedap mata memandang.
Berkongsi konsep dekorasi sebuah kediaman yang dibina di dalam kebun sawit ini umpamanya cukup istimewa dan unik dirasakan. Rumah kayu yang diberi nama Teratak Youhana Aeysha oleh pemiliknya nampak begitu cantik dan sempurna di dalam kelasnya yang tersendiri.
Menurut Puan Zuraidah, rumah di dalam kebun sawit yang dibina sebahagian besar dari barang binaan terpakai. Rumah kami diberi nama Teratak Youhana Aeysha sempena nama allahyarhamah anak bongsu kami.
Tempat berehat sambil menunggu giliran untuk dipanggil kembali kepada Allah Yang Menciptakan. Home is where the heart is. This is our baiti jannati. Ringkas. Sederhana. Aman beribadah di dalamnya.
I was perplexed! I heard someone said “istana dia” before. I get positive comments that say “cantik” “tenang” “mendamaikan”. Alhamdulillah. Memang itu pun yang saya rasa. Some even said “nampak mewah” “macam resort mewah”. This word “mewah” buat saya tertanya tanya. This is not part of it.
Konsep teratak Youhana Aeysha ialah ringkas dan sederhana seadanya sebab I have really limited budget. I went to search high and low, semata mata untuk tidak bebankan suami dan diri sendiri. Saya juga telah rendahkan my expectations. Turunkan my citarasa so that we do not exceed the budget.
Tak tahulah bagaimana nak explain… People said ” I have expensive taste” Tak dinafikan, indeed I love expensive things. Tapi tak beli most of the time.
Most things people see adalah barangan terpakai. Kami mampu takat tu saja dan kami buat jiwa kami selesa dengan takat itu saja. We do not go for expensive stuff tapi kadang tu Allah buka jalan entah macam mana sehingga en somi cakap, “taste mi ni mahal mahal, dah kahwin dengan mi barulah bi belajar makan makanan macam ni dan beli barang barang macam ni” walhal tcer jalani gayahidup simple sederhana saja.
Tcer tak selesa dikaitkan dengan citarasa mewah. I go for quality. Itu lah saya. Kualiti biasanya dikaitkan dengan mahal. Sedangkan kualiti sebenarnya ialah paling murah dan menguntungkan bila dibahagi dengan jangkamasa panjang. Melabur pada kualiti ialah pelaburan bijak.
Teratak Youhana Aeysha dibina dari kayu terpakai, nampak buruk tapi kualiti kayu lama jauh lebih baik berbanding kayu baru yang asasnya nampak cantik. Perabot kami perabot lama yang sudah berusia puluhan tahun, masih tegap dan tak perlu lah kami beli perabot baru. Jimat banyak dah di situ. Kita guna perabot untuk apa? Bukan nak tayang minta orang puji kan? Tapi nak guna ia untuk mudahkan urusan kita. Konsepnya itu.
Oleh itu apa perlunya mengganti perabot di rumah setiap tahun? Sedangkan yang lama masih boleh diguna. I do not follow trend. I set my own trend. Orang lain tak suka. I do not mind at all. I think “being you” is mahal. Being just the best and unique version of you itu mewah dan ekslusif. Not following trend is freedom and freedom is indeed very expensive!
Teratak Youhana Aeysha is just that. A place where freedom is realised. Freedom to choose. Freedom to be just the real you. Freedom to express the real you inside out. Freedom to be different.
Saya tak suka dikongkong oleh “human expectations” It kills me! In fact it almost takes my life away once.
Meninjau di ruangan komen, warganet ramai jatuh cinta dengan konsep yang dijelmakan oleh tuan rumah.
Serius Sedap Kuey Teow Sup Chinese Style Ni, Nak Buat Pun Mudah Sangat!
Tidak dinafikan kuey teow sup antara menu yang digemari ramai apatah lagi jika dimasak Chinese style. Kuah sup mempunyai rasa yang memikat selera meskipun tanpa menggunakan ramuan yang banyak. Bahkan keenakan rasa bawang putih digabung bersama minyak bijan memberi aroma yang cukup enak.
Jadi anda ingin menyediakannya sendiri untuk dijadikan menu istimewa buat keluarga bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Nur Habibah Yapani sebagai panduan.
Resipi kuah :
Bawang putih (ikut nak banyak mana)
Air
Fish ball,fish cake
Sayur
1 Kiub ayam
Cara-cara :
1.Tumis bawang putih
2.Masukkan air ikut nak banyak mana
3.Masukkan fish ball, fish cake dan kiub ayam
(Kalau ada minyak bijan boleh masukkan sikit, wangi je)
Resipi minyak bawang putih :
1 labu bawang putih-dipotong dadu
Minyak secukupnya
Cara penyediaan:
1.Tumis bawang putih hingga keperangan, pastikan minyak cukup ye. Sudah perang boleh angkat
Luahan hati seorang anak yang telah kehilangan kasih seorang ibu ini cukup terkesan di jiwa. Beberapa tahun yang lalu, ibunya disahkan mengidap kanser payudara dan ini dianggap ujian yang cukup besar untuk mereka tiga beradik hinggalah pada satu hari doktor menyampaikan perkhabaran yang sungguh memilukan bila mana dikatakan ibunya hanya ada 3 hari lagi.
Ikuti perkongsian selanjutnya.
Beberapa tahun lepas sejak arwah mak sakit beria bila payudara yang dah dibuang sebelah akibat kanser melarat pula ke sebelah lagi, kami 3 beradik mula berkampung di hospital putrajaya.
Bergilir-gilir lah kami waktu itu mengikut shift masing-masing. Kebiasaannya Kak Eli kena shift malam sebab masa itu Malaeka masih belum sekolah jadi esoknya tak perlu kalut macam adik beradik yang lain.
Bila weekend dapatlah Kak Eli shift pagi, rotate semula jadual dengan kakak dan abang. Yang penting arwah mak tak pernah ditinggalkan seorang diri dalam wad walaupun dalam 1 wad tu ada 3 pesakit lain.
Cuma Ada 3 Hari
Ada satu pagi tu, Kak Eli tiba di wad dan kebetulan ada doktor perempuan yang baru keluar dari bilik mak. Dia tarik tangan Kak Eli dan bawa ke sudut dinding.
‘Saya nak beritahu ni, mak awak cuma ada 3 hari saja lagi. Beri dia makan apa dia nak makan, bagitahu saudara mara dan kawan-kawan dia, saya nak awak dan adik beradik awak ready.’
Awak, awak dan awak, Andai ditoreh pipi Kak Eli waktu tu memang rasanya takkan keluar darah. Lembik dan longgar terus lutut dan rasanya kalau tak kawal mungkin Kak Eli dah rebah kelantai.
Ingin sekali Kak Eli tampar muka doktor waktu itu. How dare you, how could you say that to my mother?
Tapi Kak Eli berterima kasih pada doktor tu sebab sebenarnya dia sudah memberi hint pada kami adik beradik yang kami hanya ada 3 hari saja lagi untuk berbakti untuk mak.Hanya ada 3 hari untuk mengisytiharkan dan mempersembahkan cinta yang paling tulus kepada mak.
Kak Eli masuk bilik wad mak dan mak tersenyum ceria seperti biasa. Kak Eli tenung dia, this is the moment when a word doesn’t come to me. Kelu.
Mak masih ceria, tanya mana Malaeka? Tanya itu ini dan tiada langsung pernah mengeluh dan menyatakan sakit.
Menagis Semahunya
Kak Eli bagitahu ada barang tertinggal dalam kereta dan nak ambil sekejap. Sampai saja di parking kereta terus Kak Eli meraung bagai nak gila di situ.
Telefon adik beradik dan kami pakat menangis bersama-sama dan semua nekad takkan ada shift dah selepas ini. Semua adik beradik mesti ada disisi mak pada waktu genting begini.
Naik semula atas, makcik di sebelah katil mak dah beberapa hari tak sedar, bergantung pada oksigen sepenuhnya. Anak perempuan beliau setiap hari tanpa gagal menemani mak dia tu.
Tapi waktu tu, dia sibuk baca suratkhabar di sebelah mak dia. Mak Kak Eli toleh pada katil sebelah dan tegur perempuan tersebut.
‘Adik cuba tengok mak tu, makcik rasa mak tu dah tak ada.’
Ringkas saja ayat mak, dan perempuan tu bingkas panggil mak dia.
‘Mak, mak, makkkkkkkk!!!’
Dia jerit pada nurse dan bila mereka datang doktor sahkan mak dia baru saja meninggal, waktu dia sedang leka membaca suratkhabar.
Betullah ajal itu tidak kita sangka dan kalau bukan rezeki kita dapat mengadap saat-saat terakhir kematian ibu bapa kita, memang takkan dapat walaupun kita hanya disebelah.
Berpuluh tahun mak bekerja di hospital, sedikit sebanyak pengalaman mematangkan dia. Mak minta Kak Eli ambil handbag dia dan keluarkan duit untuk sedekah pada perempuan tu.
Mak, mak tau tak doktor cakap mak ada 3 hari lagi dan mak masih tak lupa nak bersedekah jariah waktu ini? Tak, Kak Eli dan adik beradik sikitpun tak berbunyi pasal ni. Kami buat macam biasa saja.
Masa Kian Suntuk
Malam tu mak kata dia sakit belakang, dia suruh panggilkan doktor dan doktor ambik darah dia dari belakang bahu.
Doktor tu termenung lama kemudian dia cakap ‘saya minta maaf ya opah, saya tak dapat nak bantu opah. Tak mampu nak legakan opah’
Kak Eli masih ingat nama dia. Doktor Lisa.
Semua doktor yang merawat mak bahasakan diri dia sebagai opah sebab mak is over peramah. Dan para doktor memang selalu bagi special treatment pada emak walaupun sibuk.
Mak kata ‘eh tak apa doktor. Inipun opah dah lega sangat. Terima kasih ya.’
Kak Eli dan adik beradik meraung lagi dibelakang dia.
Hari kedua dan ketiga, mak dah kerap penat. Saudara mara dan kawan-kawan mak penuh setiap masa datang melawat sampai mak tak boleh nak tidur. Dia masih gagah melayan bersembang dan tersenyum.
Malam terakhir dia mintak morfin dose tinggi sebab nak berehat. Tapi waktu itu malaikat maut mungkin sudah menyapa, menunggu masa untuk mencabut nyawa. Mak tak boleh nak lelap.
Esoknya pukul 11.32 malam mak pergi selamanya sambil menyebut Allah Allah Allah tanpa henti. Setelah kami teresak-esak meminta ampun bergilir-gilir setiap seorang dan mak jawab,
‘anak-anak mak tak ada dosa dengan mak. Kenapa menangis, janganlah menangis’
Betul kata doktor, mak cuma ada 3 hari saja di dunia yang fana ini. Meninggalkan kami terpinga-pinga tetapi sudah bersedia.
Kak Eli ingat lagi selepas itu kami berpeluk 3 beradik dan menangis teresak-esak sehingga makcik yang kanser leher didepan katil mak menenangkan kami. Makcik tu tak boleh bercakap dah, tapi dia guna isyarat tangan.
Sungguh, kematian itu satu perkara yang hebat dan besar. Ia mengubah kehidupan kita yang masih di dunia ini dengan sakit merindu.
Percaturan Hidup Yang Tersusun Indah
Kak Eli memilih untuk berhenti kerja, tinggalkan rumah sendiri di kota damansara begitu saja dan balik ke Jerantut supaya dekat dengan kubur mak.
Dengan harapan bila duduk di rumah dia ni dapatlah melepaskan rindu bila tengok tombol pintu bilik dia, tengok pokok orked dia. Apa sajalah yang dia tinggalkan.
Sakit merindu yang takkan surut sambil merenung dosa yang segunung banyaknya pada mak, dengan air mata yang tak pernah kering tiap kali terkenangkan dia, Allah hadirkan Amanda Safiya.
Dia lahir genap setahun selepas mak pergi, di tarikh yang sama mak pergi, di jam yang hampir sama mak pergi, dan dia mewarisi banyak persamaan dengan mak.
Sama rupa paras dan warna kulit, sama peramah, sama terlebih mengambil berat pada orang lain, sama berhati tisu, sama bila part membebel sampai sakit rasa telinga ya ampun.
Ya Amanda adalah seperti jelmaan arwah mak.Tuhan ambil satu dan kemudian dia gantikan dengan yang hampir sama dalam versi berbeza. Bagai disusun cantik semua percaturan tuhan untuk Kak Eli. Sesungguhnya Dia maha baik.
Dan kami abadikan nama dia seakan nama arwah mak. Bila jiran-jiran tengok Amanda mereka akan kata eh sama rupa arwah kak Piah. Maka semua pakat panggil Amanda kak Piah dan makcik Piah.Ajaibnya si Amanda ni menyahut la pulak.
Lahirnya dia adalah kesyukuran dan dalam masa yang sama akan sentiasa ingatkan Kak Eli dan adik beradik bahawa tarikh inilah arwah mak pergi meninggalkan kami jauh ke negeri kekal abadi.
Kepada yang masih ada emak, berbaktilah sehabis daya seolah esok hari terakhir kita bersama dia.
sumber : Suhaili Baharudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.