Kesibukan waktu tidak bermaksud kita harus mengabaikan hubungan intim yang satu. Kewajipan pada pasangan dan rumah tangga harus diletakkan pada tangga utama dalam hubungan.
Pun begitu dalam mencuri waktu yang singkat, usah terlalu terburu-buru mengejar waktu untuk bersama pasangan halal kita. Biar pantas tetapi jangan terburu-buru menyudahkan kewajipan yang satu ini. Bagaimana mencuri waktu dan tip yang harus dikongsikan Sepuluh perkara ini harus diteliti.
1.Bersedia Lebih Awal
Sebaiknya dari awal lagi anda sudah berikan isyarat pada pasangan untuk ‘bersama’. Biar sama-sama bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal. Barulah lancar.
Masa
Jangan terlalu mengejar masa sampaikan anda terburu-buru untuk sudahkan aksinya. Jika diganggu dengan masa, sebaiknya selesai sahaja apabila segala urusan telah selesai.
Ads
Foreplay Ringkas
Jangan abaikan aktiviti pemanasan ini kerana ia wajib bagi menghangatkan suasana dan mood. Pendekkan tempohnya namun biar tepat sasarannya. Jangan abaikan titik pusat paling disukai pasangan.
Rancang Jadual Anak
Alasan utama untuk memilih jalan pantas biasanya disebabkan oleh gangguan anak-anak. Bila anak sudah mula nyenyak, jangan buang masa, fokuskan pada pasangan. Jimatkan masa yang ada. Rancang jadual anak dan anda sebaiknya.
Jangan Gopoh
Ads
Ingat jangan terburu-buru. Beri masa pada isteri untuk merasai setiap sentuhan suami. Perlahan tetapi berikan yang terbaik.
Set Minda
Suami isteri harus set minda masing-masing untuk bersama dalam masa yang cukup pantas. Perlu lebih fokus untuk mencapai kepuasan bersama. Jangan lengahkan masa.
Waktu Pagi
Ads
Sebaiknya waktu pagi adalah waktu paling tepat untuk anda dan pasangan lebih fokus ketika bersama. Tak perlukan waktu yang panjang, bila sama-sama mula fokus dan ghairah.
Bajet Masa
Cukup hanya 15 hingga 30 minit sahaja, aktiviti pemanasan hingga seterusnya menjadi cukup bermakna pada anda dan pasangan. Namun pastikan sama-sama harus memberi komitmen yang sebaiknya. Kena sama-sama usaha.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seharian di rumah bersama anak-anak, patsi pening ibu-ibu nak melayan terutama anak-anak yang banyak karenah.
Apatah lagi, jika anak-anak berada di rumah dan mengganggu rutin harian ibu untuk mengemas dan memasak. Ada anak yang gemar nak ‘membantu’ ketika ibu di dapur.
Oleh itu, para ibu kena cari alternatif supaya tidak mengganggu rutin di rumah, apa kata cuba DIY dapur tersendiri untuk anak supaya mereka juga boleh bermain sambil ibu menyiapkan kerja rumah, anak perempuan mesti suka ni kan.
Jom cuba kaeadah yang dikongsikan oleh Umie Rashydah ini. Cara yang menjmatkan dan murah je bajetnya. Anak anak dok minta. Jadi, mama rajinkan la diri buat dapur mini utk anak.
Rak buku beli dr kedai perabot terpakai Rm15 shj.
Wallpaper mainan dan sebagainya dr Mr Diy dan Eco Shop. Tak habis Rm70 pun.
Sakan kakak main dgn adik dia.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 menyaksikan pelbagai karenah dan gelagat orang ramai apabila menghabiskan masa di rumah.
Tidak hanya bermuram durja mengenangkan apa yang berlaku, ada yang mengambil inisiatif untuk belajar sesuatu yang berguna.
Dalam perkongsian pelakon cantik, Reen Rahim di laman instagramnya, dia mengambil peluang untuk belajar dan memperbaiki bacaan pada ayat suci al-Quran sambil disemak oleh ibu bapanya.
Namun, apa yang membuatkan warganet terhibur adalah gelagat ‘gila-gila’ Reen Rahim manakala bapanya yang berdiri dibelakang pelakon tersebut memerhatikannya membaca al-Quran sambil tangan di kanan memegang penyangkut baju.
Walaupun nampak melucukan namun, hubungan akrabnya dengan ibu bapa membuatkan aktiviti yang dilakukan bersama amat menyeronokkan.
Lebih-lebih lagi apabila melakukan perkara berfaedah mempelajari benda berilmu bersama-sama ketika waktu semua orang diminta untuk duduk di rumah seperti sekarang ini.
Rata-rata warganet memuji cara Reen Rahim untuk belajar memperbaiki bacaan ayat al-Quran, tak kurang yang memberi respond terhibur dengan gelagat ayahnya memegang hanger.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Meskipun ini bukan kehamilan pertama buatnya, namun ia sesuatu yang cukup indah buat Rosmani Abdullah, 45 dan pasangan, Faizol Anizam Saad. Apatah lagi, pasangan ini yang masing-masing berjodohan setelah perkahwinan terdahulu tidak berjaya. Justeru, kehadiran si kecil ini adalah zuriat pertama hasil perkongsian hidup berdua setelah hampir tiga tahun hidup bersama.
Biapun sedar akan risiko hamil di lewat usia, namun Rosmani menyerahkan semuanya kepada Yang Maha Esa kerana rezeki yang hadir jua datangnya dari Allah SWT. Kehamilan kali ini tidak seperti terdahulu. Kalau dahulu setiap kali hamil pasti alahan yang dialami agak teruk, tapi kali ini bagaikan semuanya dipermudahkan. Rasa syukur itu hadir buat ibu kepada lapan orang cahaya mata ini.
Usia kandungan 7 bulan bermasalah
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selepas berpindah ke rumah sewa baru yang terletak di Puchong, Selangor, Rosmani membuat pemeriksaan berkala untuk ibu hamil di klinik kesihatan berdekatan.
Ketika itu usia kandungan sudah mencapai tujuh bulan. Setelah pemeriksaan dibuat, jururawat dan doktor bertugas menyatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan bayi yang dikandung. Lantas Rosmani dirujuk ke Hospital Shah Alam supaya dapat melakukan pemeriksaan menyeluruh.
Ternyata kehamilan kali ini tidak selancar yang disangka. Daripada imbasan yang dibuat janin dalam kandungan punya masalah kesihatan. Apa yang dimaklumkan oleh doktor, bayi yang bakal dilahirkan Rosmani akan mempunyai masalah jantung, bibir sumbing dan tangan tidak akan terbuka.
Reda dan kuat demi anak
Mendengar perkhabaran sedemikian rupa, hati ibu manalah yang tidak akan sedih dan sayu. Anak yang dikandung bakal lahir dengan segala macam penyakit yang serius, tapi Rosmani percaya dengan ketentuan Ilahi bahawa semua yang terjadi ada hikmahnya. Dia dan suami perlu reda dan kuat untuk bayi yang bakal dilahirkan kelak.
“Dapat berita hamil kali ini saya dan suami cukup gembira, maklumlah anak pertama untuk kami berdua setelah berkahwin tiga tahun yang lalu. Ini adalah perkahwinan kedua buat kami. Jadi keterujaannya agak lain. Sementelah pula setelah membuat imbasan anak yang bakal dilahirkan adalah anak perempuan. Untuk suami ini adalah anak perempuan pertama dalam hidupnya yang mempunyai dua orang anak lelaki sebelum ini. Saya sendiri sudah ada tujuh orang anak, lima perempuan dan dua lelaki.
“Awal kehamilan memang tiada apa masalah sehinggalah usia kandungan masuk lapan bulan. Bila saya buat pemeriksaan di klinik kesihatan, air ketuban banyak dan mereka minta saya untuk rujuk ke Hospital Shah Alam. Setelah dibuat pemeriksaan menyeluruh dengan kandungan saya, menurut doktor janin dalam perut ada masalah kesihatan.
“Hari yang dinanti bakal tiba. Saya dimasukkan ke hospital lebih awal dari tarikh jangkaan kerana masalah kandungan. Tiga kali saya induce tapi masih lagi tiada tanda-tanda untuk bersalin. Doktor beri kata dua jika masih tidak bersalin saya akan bersalin melalui kaedah pembedahan.
“Pada mulanya saya enggan tapi memandangkan risiko yang bakal saya dan anak yang akan dilahirkan saya pasrah dengan saranan doktor berikan. Tak putus saya berdoa dan positifkan diri, akhirnya alhamdullilah saya lahirkan bayi kami dengan keadah bersalin normal,” ujar Rosmini.
Lebih 2 Bulan Ditahan Di NICU
Tanggal 13 Mac 2019 lahirlah seorang bayi perempuan yang diberi nama Aulia Ayesya. Syukur tidak semua yang doktor jangkakan berlaku, Aulia dilahirkan dengan masalah jantung berlubang, injap paru-paru bocor dan juga klef bibir dan lelangit. Walaupun begitu, tidak tegar rasanya melihat anak yang sekecil itu terpaksa menanggung sakit yang begitu serius. Namun sudah dari awal ibunya bersedia dan reda dengan apa yang berlaku.
Dengan keadaan sebegitu, sejurus dilahirkan, Aulia ditahan di Neonatal Intensive Care Unit (NICU) selama dua bulan setengah untuk dipantau tahap kesihatannya sebelum dibenarkan pulang.
“Selepas dilahirkan lama juga Aulia berada di NICU, lebih kurang dua bulan lebih. Sepanjang tempoh tersebut saya memang berulang alik ke hospital untuk menjenguknya setiap hari. Ketika musim perayaan hari itu, Aulia dibenarkan balik ke rumah. Ahli keluarga di kampung ramai yang ingin melihat saya dan bayi, melihatkan keadaan Aulia yang sudah agak kuat, saya tawakal kepada Allah dan bawa Aulia pulang ke kampung yang terletak di Kelantan.
“Ketika di kampung, kesihatan Aulia agak merosot kerana tiubnya yang tercabut dan saya perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sebaik sahaja sampai ke rumah di Puchong , keesokkan harinya saya bawa Aulia ke Hospital Shah Alam. Sekali lagi Aulia ditahan dan sehingga sekarang kesihatan Aulia tidak stabil dan masih di rawat di hospital.
“Sejak dimasukkan ke hospital pada Jun lalu sehingga kini saya berulang alik ke hospital setiap hari. Keadaan dia memang tak stabil. Sekejap dia demam, sekejap dia ok. Begitulah keadaan Aulia. walaupun begitu, perkembangannya seperti juga bayi yang lain, dia tetap respon bila diagah dan diajak bercakap. Suka bila orang melayan dia bercakap. Kadang memang tak sampai hati melihat anak sekecil itu penuh dengan wayar dan dicucuk sana sini. Hanya doa dan harapan yang saya ada untuk melihat anak saya Aulia sihat seperti kanak-kanak yang lain,” ujar Rosmani lagi.
3 bulan ulang alik ke hospital
Sejak bulan Jun yang lalu, si kecil Aulia berada di wad. Benarlah demi kasih sayang kepada seorang anak, ibu dan ayah sanggup lakukan apa sahaja. Selama itulah Rosmani dan suami berulang alik ke hospital yang kini sudah masuk hampir tiga bulan. pastinya banyak kos yang diperlukan buat menanggung bukan sahaja kos rawatan, kos susu malah kos pengangkutan dan juga lain-lain.
Akur dengan dugaan yang menimpa, kepada Allah tempat keduanya memohon segala kesulitan. Reda dan pasrah dengan qada dan qadar yang telah ditetapkan untuk mereka berdua. Hanya doa dan usaha serta tawakal yang menguatkan mereka berdua bagi membesarkan si kecil yang menderita dengan penyakit yang tiada kesudahan ini.
“Dengan keadaan anak yang begini memang memerlukan semangat yang kuat dari saya dan suami. Apa yang kami lakukan adalah memohon kepada Yang Maha Kuasa agar terus permudahkan urusan kami dan berikan kekuatan untuk menghadapi semua ini. Saya yakin akan ada keajaiban buat anak saya suatu hari nanti.
“Saya tak nafikan memang kos rawatan yang diperlukan untuk Aulia memang tinggi. Aulia bergantung kepada susu khas sebagai sumber makanan kerana keadaannya itu. Malah rawatan untuknya juga mencecah sehingga hampir RM4,000 setiap bulan. Dengan saya yang tidak bekerja dan suami hanya bekerja sendiri sebagai pemandu teksi, itu semua kadang merungsingkan saya.
Pembedahan jantung Oktober
“Tak lama Aulia akan berusia enam bulan, kos rawatan juga akan bertambah. Bukan tiada bantuan yang saya dapat, bantuan daripada kariah surau tempat saya tinggal, Zakat dan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sedikit sebanyak dapat ringankan perbelanjaan untuk Aulia. Tapi ya lah dengan pendapatan suami yang tak menentu dan kos rawatan yang semakin bertambah.
“Dengan masalah jantung berlubang, kini Aulia sedang menunggu pembedahan jantung yang bakal dilakukan pada Oktober nanti. Walaupun ia memerlukan kos yang banyak, tapi saya percaya pasti ada rezeki untuk Aulia. Jika ada yang sudi untuk membantu memang saya alu-alukan, paling tidak pun doakan kesihatan Aulia dan semoga Allah permudahkan pembedahan dan urusan rawatan yang bakal dilaluinya nanti. Doa saya juga anak saya akan sihat seperti kanak-kanak lain,” ujarnya penuh harapan.
Bagi yang ingin membantu dan meringankan beban keluarga Rosmani dan anaknya Aulia bolehlah menyalurkan bantuan ke akaun CIMB Rosmani Abdullah bernombor 7612948217 atau Bank Simpanan Nasional bernombor 0320029838526355.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.