Ramai yang jadikan kucing sebagai haiwan peliharaaan. Disebabkan wajahnya yang comel, dan tingkahlakunya yang lincah dan menghiburkan itu menyenangkan orang di sekelilingnya.

Umum mengetahui, bulu kucing tertanggal bukan lah perkara asing yang terjadi dan ia dikategorikan sebagai najis. Sementara itu, syarat sah solat pula memperuntukkan orang Islam suci daripada najis sama ada pada badan, pakaian atau tempat solat.

Jadi, bagi mengetahui status sah solat individu yang mempunyai bulu kucing melekat pada salah satu kawasan tersebut, mari ikuti penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan di bawah.

Apakah hukum bulu kucing yang tertanggal? Melalui jawapan yang pernah dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohd al-Bakri, di dalam Mazhab Syafie, bulu kucing yang tercabut semasa ia masih hidup adalah najis kerana kucing termasuk haiwan yang haram yang tidak boleh dimakan.

Hukum Bulu Kucing Tertanggal Lekat Di Pakaian & Tempat Solat!

Namun, bulu kucing adalah najis yang dimaafkan kerana keberangkalian bulunya merata-rata sukar untuk dikawal. Maka, solat yang dikerjakan adalah sah.

Dalam hal ini, suka saya nyatakan bahawa kucing merupakan haiwan peliharaan yang selalu berlengkar di kaki tuannya. Hal ini amat jelas dalam banyak riwayat hadis.

IKLAN

Menurut ulama bermazhab Syafie, bulu kucing yang tercabut daripada binatang yang haram dimakan, bulu itu adalah najis. Oleh kerana kucing adalah binatang yang haram dimakan, maka bulu yang tercabut semasa kucing itu masih hidup adalah najis.

Namun bulu kucing itu adalah najis yang dimaafkan kerana kucing adalah binatang peliharaan dan sukar untuk dikawal dan berkebarangkalian bulunya merata-rata dan sukar dikawal. Oleh itu, jika badan, pakaian atau tempat sembahyang terkena bulu kucing, maka solat yang dikerjakan adalah sah.

Kabshah binti Ka’ab Ibn Malik melaporkan:

“Pada suatu hari Abu Qatadah berada di dalam rumah, lalu saya menyediakan baginya sebekas air untuk dijadikan sebagai air wuduk. Kemudian datang seekor kucing dan ia menjilat air tersebut. Abu Qatadah membiarkan sahaja kucing itu menjilat air daripada bekas tersebut.”

Kabshah meneruskan kata-katanya, Abu Qatadah perasan yang saya memandang kepadanya lalu dia bertanya, “Adakah kamu merasa pelik wahai anak saudaraku?”

IKLAN

Saya menjawab, “Ya.”

Abu Qatadah menjelaskan, Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya kucing itu tidak najis kerana ia adalah binatang yang berkeliaran di sekeliling kamu.”

Hadis soheh direkod oleh Imam Abu Daud, Tirmizi, al-Nasa’i, dan Ibn Majah.

Hukum Bulu Kucing Tertanggal Lekat Di Pakaian & Tempat Solat!

IKLAN

Justeru, dalam hal seperti ini adalah dimaafkan dan tidaklah menjadi perkara yang perlu diperbesarkan. Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita semua.

Akhukum fillah,

Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohd al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. 10 Zulkaedah 1436H bersamaan 25 Ogos 2015.

Maka, berdasarkan hadis di atas, terdapat kelonggaran yang diberikan kepada kucing kerana ia haiwan yang berkeliaran di tempat tinggal manusia.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI