Hari ini merupakan hari pertama, bagi enam buah negeri yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) buat kali ke dua selama dua minggu.

Ikut pengalaman PKP lalu pertengahan bulan Mac 2020, sudah pastinya para ibu akan memasak setiap hari oleh kerana kebanyakkan ahli keluarga tidak dibenarkan datang ke pejabat. Sebaliknya bekerja di rumah.

Namun, cabarannya adalah perlu memasak hidangan buat keluarga sebelum memulakan kerja. Sudah tentu, perlu memasak dengan cepat!

Menarik perkongsian ini, menyediakan petua membuat bahan masakan utama seperti bawang merah, bawang putih, halia dan cili boleh disimpan dalam tempoh yang lama. Sangat berguna buat mereka yang bekerja di rumah dan sudah pastinya suri rumahtangga.

Jom kita lihat petua wanita yang tular sehingga lebih 4K share.

IKLAN

PKP ni hari-hari kena masak…nk mudahkan kerja saya buat stock bahan tumis siap²..senang…ni pun tahan 2 minggu…arini restock balik..
Mak aiii…mahai la bawang skrg ni kan..

Petua Simpan Cili, Bawang Merah, Bawang Putih Dan Halia Kisar Tahan Lama. Gerenti Boleh  Masak Hari-Hari Dengan Cepat!

Petua nk cili blend tahan lama dlm peti ais..
*masukkan 2 sudu minyak masak time nk blend (ni rahsia utk hancurkan biji cili tu yer)..lepas blend tu…biar sejuk betul² baru ttp penutup dan simpan dlm peti ais..cili lps blend akn jd panas,x sama mcm bawang..xyh letak apa² pun..garam ker,asam keping ker…xyh langsung..ini yg saya amalkn insya Allah x berkulat.saya pernah buat dekat sebulan ok lagi..cuba lah yer

IKLAN

Petua Simpan Cili, Bawang Merah, Bawang Putih Dan Halia Kisar Tahan Lama. Gerenti Boleh  Masak Hari-Hari Dengan Cepat!

*bawang merah jgn blend halus sgt..x sedap bg saya laa..letak air sikit ja time blend tuu..sbb bawang akan keluarkn air bila diblendkan..dh blend,sblm letak dlm balang..tapis dulu (tgk gambar) airnya..dan air tu gunakan utk second round blend bawang tu…dh xyah guna byk² air nti hilang rasa manis bawang..klu blend sikit sekali blend jer xyh tapis dh.

Petua Simpan Cili, Bawang Merah, Bawang Putih Dan Halia Kisar Tahan Lama. Gerenti Boleh  Masak Hari-Hari Dengan Cepat!

IKLAN

*utk bawang putih..just blend mcm biasa..air jgn byk,tp x blh tapis sbb x kluar air pun klu tapis..letak terus dlm balang

*halia pun buat step sama mcm bawang merah yer sayang² semua.

buat tauu…ni semua nk mudahkn kerja² memasak kita…

Sumber: Nur Qamar 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI