Mendidik seorang anak pun kita sudah dapat merasakan kesukaran dan cabarannya. Inikan pula jika 13 orang anak.
Mencungkil rahsia dalam mendidik anak, ustazah ini berkongsi kisah untuk dijadikan panduan bersama. Jom semak.
DIDIKAN IBU 13 ANAK
Beberapa hari lepas, saya bertemu dengan seorang ibu yang pandai mengurut.
Saya suka bertemu dengannya, sebab dia lain dari yang lain. Sambil mengurut, lidahnya sentiasa menutur nasihat dan kata-kata yang baik. Tidak langsung bercerita keburukan orang lain. Malah bertudung sepanjang masa walaupun beliau mengurut pesakit di rumahnya sendiri.. MashaAllah.
Ads
“Kerja kuat sangat ni, tak sempat rehat ya..” Lembut je Mak Cik Yah bertanya.
“Lebih kurang gitulah cikyah,” Pesakit menjawab dalam kesakitan. Kakiku tergeliat sedikit alkisahnya.
“Balik rumah jaga anak-anak pula ye. Takpelah sekejap je anak nak membesar. InsyaAllah anak dah belajar universiti nanti, rehat dah. Tengok Cikyah ni, sunyi dah, anak dah kerja semua..” Suka dengan motivasi Cikyah.
“Cikyah, cikyah ni awet muda kan.. senyum je. Cikyah mesti sabar je kan dengan anak-anak?” Saya meneka-neka.
Ads
“Eh, kadang-kadang datang juga ‘singa’ tu,” jawab Cikyah
“Ustazah nak tau, kakak Cikyah lagilah sabar.. anak dia 13 orang. MashaAllah, 13 orang.. bayangkanlah macamana. Dia keluarga sederhana je. Tapi anak dia semua menjadi.. semua belajar tinggi..”
13 orang? Bior betul?
“Masa anak-anak dia kecik, dunia dia dengan anak-anak je. Cikyah kalau pergi rumah dia memang meriahlah. Orang selalu tanya, macamana akak cikyah tu didik anak? Dahlah ramai.. semua berjaya pulak tu..” Cikyah berkongsi lagi.
Ads
“Kakak Cikyah kata, dia didik sama je macam orang lain. Tapi 2 benda ni wajib buat walau susah macamanapun.
DIDIK SOLAT & DIDIK AL-QURAN. Alhamdulillah, jaga dua benda ni insyaAllah Allah jaga anak kita. ” MashaAllah motivasi hebat saya dapat hari itu.
? ANAK 13 ORG + SABAR + DIDIK SOLAT + DIDIK AL-QURAN + SUNGGUH2 DAN KONSISTEN = INSYAALLAH BERJAYA!
(Formula perkongsian dari Cikyah)
Kalau nak turunkan berat badan tak payah fikir panjang. Cari sahaja makanan yang rendah nilai kalorinya tetapi berkhasiat untuk di amalkan.
Siapa penggemar epal hijau pastinya beruntung kerana epal hijau adalah solusi terbaik untuk turunkan berat badan.
Dari sebiji epal yang kita makan bukan hanya sedap bahkan ada banyak rahsia dan khasiat yang tersembunyi.
Epal hijau memiliki kalori rendah dan amat disyorkan untuk menurunkan berat badan. Minumlah setiap hari dan hadkan pengambilan makanan berkalori tinggi lain, pasti badan mampu turun dengan cepat!
Kalau tak mahu ambil sebiji epal, olah dengan jus detoks dan air rebusan ini. Selamat mencuba!
1. Air Rebusan Epal Kayu Manis
Air rebusan ini juga merupakan salah satu cara untuk menurunkan berat badan dalam masa yang pantas, jika diamalkan dengan cara yang betul. Cara untuk menyediakan air rebusan epal ini sangatlah mudah. Malah bahannya juga tidak banyak.
Bahan-bahan:
1 biji epal
1 batang kulit kayu manis
1.5 liter air
Caranya:
1. Rebus kesemua bahan.
2. Biarkan selama satu jam.
3. Amalkan air rebusan ini bila-bila masa sahaja terutama ketika mengambil makanan berat seperti nasi dan sebagainya.
2. Epal Serai
Gabungan dua bahan ini dikatakan baik untuk merawat masalah sakit lutut. Banyak perkongsian di media sosial mampu membantu mereka yang mengalami masalah lutut. Bahan diperlukan hanya dua biji epal hijau dan empat batang serai sahaja. Mudah.
Bahan-bahan:
2 biji epal
4 batang serai
1 liter air
Caranya:
1. Epal dipotong kecil-kecil dan serai diketuk.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama 1 litre air dan biarkan mendidih.
3. Rebus guna api sederhana lebih kurang 30 minit.
4. Lenyek-lenyekkan epal dan tapis airnya. Sejukkan dan boleh diminum.
3. Epal & Daun Saderi
Ini pula merupakan petua untuk membuang toksin dalam tubuh. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksin dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.
Bahan-bahan:
2 biji epal
Daun saderi
Caranya:
1. Kisarkan sebiji epal hijau dengan daun saleri.
2. Amalkan minum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.
4. Jus Epal, Tomato dan Lobak
Bagi memastikan kulit sentiasa cantik dan gebu, mengamalkan jus daripada tiga gabungan ini amat disarankan. Hasilnya kulit lembut, selembut kulit bayi. Bukan hanya untuk kulit malah ia juga sebagai detoks terbaik untuk tubuh kita.
3. Amalkan minum jus ini empat kali seminggu dan jadikan ianya sebagai rutin.
Jangan lupa selang selikan dengan senaman untuk membakar lemak. Paling tidak naik turun tangga di rumah dan berjalan laju untuk kuatkan jantung kita. Makanan berkalori tinggi juga kena jaga. Kawal makanan anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Benar, membaca perkongsian daripada guru ini membuatkan air mata akan tumpah dengan sendirinya. Membayangkan betapa berat dugaan yang ditanggung oleh anak remaja bernama Manaf Aziz, buatkan kita terkasima.
Saat dirinya memerlukan dorongan, sokongan dan doa daripada seorang ibu untuk mempersiapkan diri berjuang sebagai calun peperiksaan SPM 2018, dan waktu itu juga dirinya diuji bila mana ibunya dijemput oleh sang pencipta ke negeri abadi.
Namun dengan rasa tenang, ikhlas dan sifat menerima yang ada di dalam dirinya, menjadikan anak remaja ini cukup luar biasa semangatnya. Mampu bangkit penuh semangat dan akhirnya membuktikan 10A adalah miliknya.
Kisah luar biasa ini dikongsikan oleh Cikgu Nor Zulfarizah Zulkipli, semoga memberi inspirasi buat semua.
Kisah ini ditulis sebagai sumber inspirasi. Sudah berapa banyak airmata tumpah kerananya.
Dia anak yang hebat sering disebut-sebut oleh guru kerana dia seorang bijak dan tingkahlakunya yang sopan. Orangnya sangat merendah diri mungkin jiwa anak kampung masih tebal dalam dirinya.
2018 saya menjadi guru kelasnya- 5 Jasa. 22 orang anak-anak dari pelbagai latarbelakang diamanahkan untuk saya uruskan.
Dia bagi saya seorang yang introvert. Pemalu dan menyendiri. Sering lewat ke kelas saya selepas rehat kerana menunaikan solat dhuha dahulu. Bak kata pengetua- dia seorang yang redha, ikhlas dan menerima.
20 Ramadhan 1439- sewaktu pengumuman namanya disebut, saya ke pejabat. Ada ibu saudaranya sedang mengisi borang untuk membawanya pulang. Saya bertanya kenapa?
Ibunya meninggal selepas sahur pagi tadi. Allahuakbar.. Saya mencarinya mengikut dia dari belakang sebagai tanda sokongan. Airmatanya tumpah apabila ibu saudaranya mengatakan “Abangchik, ibu dah tiada”. Tangannya dikepal. Dia memejamkan mata. Saya juga tidak tahan melihatnya. Itulah harapannya.. itulah ibunya.
Saya dan guru-guru menguruskan rakan-rakan sekelas untuk menziarah ke rumahnya. Apabila sampai adiknya yang kecil berusia 5 tahun mengejar jenazah ibunya yang diusung untuk diuruskan di rumah jiran. Rumahnya kecil sudah beberapa kali di tenggelami banjir.
Dia menjadi ketua membaca surah Yasin di hadapan jenazah ibunya. Dia tidak menangis, yang menangis rakan-rakannya. Kuatnya dia menahan perasaan hiba. Waktu inilah adiknya yang kecil 5 tahun tadi, menangis-nangis di luar rumah. Memanggil-manggil nama ibunya. Kami yang berada di dalam rumah pecah empangan airmata masing-masing. Ketika pulang, saya memikirkan dia lima beradik makan apa berbuka? Makan apa sahur? Menangis lagi ke adiknya?
Selepas ibunya pergi, saya lihat prestasinya tidak konsisten. Ketika temu mesra pelajar 2018 tiada lagi peneman dia. Dia duduk di belakang sahaja tanpa bapanya. Ayahnya tiada kenderaan hanya ada basikal.
Untungnya dia kerana rakan sekelas banyak membantu terutama dari segi material. Saya tahu ada yang selalu membelanjainya makan ketika di kantin dan sewaktu sekali sekala outing di bandar. Saya bangga dengan anak-anak 5 Jasa saya ini.
Hari terakhir sebelum SPM, kami adakan kelas BM. Saya berpesan kepada 102 calon mintalah ibu dan bapa doakan anak semua. Doa yang paling berkat daripada kedua-dua ibu bapa. Selepas kelas, anak-anak ini datang bermaafan dengan saya, cikgu Azira dan cikgu Halimatu. Selepas Afiq Dzulmukhry membuat drama airmata memohon maaf. Minta dihalalkan ilmu. Datang dia berkata ‘ Cikgu, tolong doakan saya sebagai ganti ibu saya. saya tiada ibu untuk doakan saya ni. Saya pandang dia. Sayunya hati melihat anak ini. Aduhai anakanda. InsyaAllah cikgu doakan awak dapat 10A+.
Pada pagi berkumpul untuk peperiksaan SPM kertas yang pertama iaitu Bahasa Melayu kertas satu. Saya lihat dia menangis. Sungguh-sungguh menangis. Saya juga sebak melihat dia. Kami gurunya memberi kata semangat agar dia boleh menjawab dengan baik.
Pada hari ini, dia anakanda 5 Jasaku telah membuktikan anak kampung serba kekurangan boleh berjaya dengan cemerlang. Doa kami para murabbi sentiasa untukmu. Semoga perjalanan kehidupan merubah nasib keluarga dipermudahkan.
Ketika diumumkan namanya di atas pentas, dia meminta untuk ayahnya naik ke atas namun ayahnya tiada di sisi mungkin berada di luar dewan. Kami menitiskan airmata melihat Manaf. Sukarnya dia berhadapan dengan cabaran dan dugaan.
Manaf, cikgu minta maaf. 9A+ 1A. A solid itu Bahasa Melayu. Maafkan cikgu. Cikgu sayang semua anakanda 5 Jasa dan 5 Budi 2018 dan semua 102 calon SPM Shah Pekan 2018.
Tahniah semua. Kenang cikgu dalam doa kalian.
Luhur dari hati seorang suami. Demikian yang boleh diungkapkan dengan perkongsian dari, Pakar Sakit puan Terkenal, Dr Hamid Arshat di laman facebooknya baru-baru ini.
Selama 47 tahun bergelar suami isteri, ini antara nasihat dan pedoman yang dikongsikan oleh Dr Hamid dan baik untuk dipraktikkan oleh setiap pasangan lain jika mahu rumah tangga kekal bahagia.
“Alhamdulillah kita berdua capai umur 72 tahun, dikurniakan kesihatan, keimanan dan kebahagiaan hidup bahagia bersama selama 47 tahun. Semoga terus dirahmati dan diberkati Allah.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.