Ekoran peningkatan kes covid -19 yang mendadak beberapa hari ini, ibu bapa mula melahirkan rasa bimbangan. Tambahan pula, tak lama lagi anak-anak bakal memulakan sesi persekolahan tahun 2021 pada 20 Januari ini setelah sekian lama sekolah terpaksa ditutup bagi mengelak penularan wabak ini.

Namun berita terbaru melaporkan, Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan COVID-19.

Penangguhan persekolahan sesi 2021 me­rangkumi semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah yang akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021,

KPM memaklumkan sesi persekolahan bersemuka hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara kecuali calon-calon yang menduduki pepe­riksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Berikut maklumat lanjut mengenai penangguhan sesi persekolahan ini.

IKLAN

Ibu Bapa Lahir Rasa Syukur, KPM Tangguh Sesi Persekolahan Seluruh Negara Pada 20 Januari Ini.

Ibu Bapa Lahir Rasa Syukur, KPM Tangguh Sesi Persekolahan Seluruh Negara Pada 20 Januari Ini. Ibu Bapa Lahir Rasa Syukur, KPM Tangguh Sesi Persekolahan Seluruh Negara Pada 20 Januari Ini. Ibu Bapa Lahir Rasa Syukur, KPM Tangguh Sesi Persekolahan Seluruh Negara Pada 20 Januari Ini.

IBU BAPA LAHIR RASA SYUKUR DEMI KESELAMATAN ANAK-ANAK

IKLAN

Dalam pada itu, warganet yang terdiri daripada ibu bapa melahirkan rasa syukur dengan keputusan yang baru diterima ini.

“Alhamdulillah..terima kasih menteri pendidikan, KPM atas keprihatinan terhadap murid dan kebimbangan ibubapa.

IKLAN

“Allahuakhbar…kita hanya merancang Allah jua yg menentukn… ank2 mmg teruja nk masuk alam persekolahan… ebu mmg risau jgk bila tgk kes makin bnyk dan merata tempat. Terima kasih kpm. Semoga di permudahkan urusan kita semua..

“TQ YB Radzi Jidin dan KPM yg memahami keluh kesah ibu bapa

“Trima ksih Kpm,itulah yang terbaik buat msa sekrang,” antara komen warganet.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia & Astroawani

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI