Kesibukan bekerja membuatkan ibu bekerja tidak cukup masa untuk mengemas rumah setiap hari. Bila pulang dari pejabat, malamnya adalah masa menguruskan anak-anak dan menyediakan sajian buat makan malam.
Sudahnya di mana masa untuk ibu-ibu mengemas rumah setiap hari. Hujung minggu adalah jawapannya.
Pun begitu jika mengemas rumah secara besar-besaran ketika hujung minggu, mak-mak boleh jadi kepenatan kerana melakukan kerja-kerja sepanjang hari. Sebenarnya ada banyak cara bagi memudahkan kita untuk mengemas rumah dengan lebih pantas dan efisyen.
Tulisan ibu ini di blog peribadinya, fydanoh.com boleh kita jadikan tip untuk mengemas lebih pantas dan efisyen, sesuai dengan kesibukan ibu bekerja. Jom ikut caranya.
Tips kemas rumah
Ibu-ibu memang superwoman dan kuat, tapi apa kata kita jimatkan tenaga pada hujung minggu?
1. Basuh pakaian sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu
Elakkan kumpul baju seminggu dan tunggu hujung minggu baru nak basuh baju. Sebaliknya, agak-agak muat 1 mesin basuh boleh terus basuh. Saya sediakan
jadual untuk membasuh baju, iaitu setiap 3 hari dalam seminggu. Seboleh-bolehnya saya elakkan basuh baju pada hari minggu. Waktu saya membasuh baju ialah
hari Selasa dan Jumaat.
Keluarga kami kecil sahaja, jadi boleh lah masuh 2 kali seminggu. Mungkin jika keluarga yang lebih besar perlu basuh lebih kerap atau mungkin perlu basuh
pakaian setiap hari.
Ibu saya memang basuh baju setiap hari semasa beliau masih kerja dulu. Setiap kali balik kerja, beliau akan masak sambil tu mandi dan terus basuh baju.
Sampai sekarang masih tertanya-tanya macammana sambil basuh baju dia boleh agak lauk dah masak.
Ads
2. Cara mudah uruskan kain baju
Bila dah basuh baju, tentulah perlu jemur dan lipat kan? Aktiviti mana agaknya yang paling susah dan malas nak buat? Bagi saya lipat baju, dan saya percaya kebanyakan ibu pun macam tu. Biar saja berlonggok, nanti dah tinggi barulah gelabah nak melipat.
Tips paling mudah ialah gunakan penyangkit sewaktu menyidai pakaian. Contohnya pakaian yang perlu digosok seperti kemeja ataupun baju kurung. Jadi, angkat
terus sangkut dalam almari.
Tips kedua untuk melipat baju ialah dengan melipat sambil menonton TV. Ini memang saya paling suka buat, terutamanya rancangan TV yang saya suka
tengoklah. Sedar-sedar cerita habis, baju yang dilipat pun habis.
3. Pandai mengambil peluang
Contohnya, kalau kita nak membasuh baju dan menyapu lantai, kita boleh setkan dulu mesin basuh dan boleh menyapu lantai. Ataupun seperti ibu saya tadi, sambil mandi, basuh baju dan memasak sekaligus. Hebatkan wanita?
Ads
4. Membuat kerja ikut arah jam
Maksudnya di sini, kita tetapkan titik permulaan kita untuk kemas rumah. Contohnya bermula dengan dapur, kemudian pusinglah ikut arah jam. Cara ini lebih sistematik dan tiada ruang yang akan tertinggal.
5. Bermula dari atas ke bawah
Mulakan proses mengemas dengan membuang sawang-sawang di siling dan bersihkan habuk yang melekat dikipas terlebih dahulu. Kemudian barulah di sapu lantai.
Jika rumah 2 tingkat pula, eloklah kemas tingkat atas dulu kemudian barulah tingkat bawah. Ibu sibuk dan kerjaya, buat kerja mengikut jadual dan berdisiplin, tak perlu lagi jadi sotong.
Ads
6. Sambil mengemop lantai, sambil bersenam
Mengemop lantai tidak perlu dilakukan setiap hari, sebaliknya selang sehari atau seminggu sekali sudah memadai, kecuali memang lantai benar-benar kotor. Sebelum mengemop lantai, habuk dan sampah sarap perlu disingkirkan terlebih dahulu sebaiknya di vakum. Kalau tak sapu sahaja dah memadai.
Untuk mengemop pula, mulakan bahagian tengah kemudian bergerak ke bahagian tepi, dalam gerakan membulat. Teknik ini saya belajar semasa ‘cuci pesakit’ dalam dewan bedah. Kerana kita tahu bahagian tengah tentunya lebih bersih daripada kawasan dekat dinding. Kalau mulakan bahagian tepi dulu, tentulah habuk-habuk akan ditarik ke tempat yang sudah bersih.
Mengemop dan menyapu adalah aktiviti yang paling saya sukai, kerana saya akan pasang muzik kegemaran saya dan gerakkan badan mengikut alunan muzik. Memang
cepat sahaja buat kerja.
7. Gunakan bantuan mesin
Bagi yang berkemampuan, boleh lah gunakan alat-alat bantuan ni. Contohnya gunakan vakum dan robot untuk mengemop lantai. Jadinya, kerja kita akan menjadi lebih ringan dan mudah berbanding menggunakan cara tradisional.
Jadi, siapa kata ibu berkerjaya tidak boleh memiliki rumah yang tersusun dan kemas sentiasa? Asalkan ibu boleh mengamalkan disiplin dan konsisten dengan
kerja.
Sejak dahulu lagi, setiap kali tiba hujung tahun, pasti pihak sekolah akan mengadakan majlis anugerah bagi meraikan pelajar-pelajar cemerlang.
Namun, bagi yang kurang berjaya, mungkin ini menyebabkan mereka bersedih kerana tidak mendapat hadiah seperti rakan yang berjaya.
Demikian yang berlaku pada anak-anak Mohd Hariri Mohamad Daud .Idea tersebut timbul bila mana anak-anaknya sedih tidak dapat naik pentas menerima hadiah untuk tahun ini.
Mungkin ibu bapa yang lain boleh mengikut tip yang dikongsikan ini. Simple tapi bermanfaat untuk membeli hati anak-anak kan.
MAJLIS KECEMERLANGAN SEKOLAH DI RUMAH. “Dipersilakan Fathi Hijazi dan Syifa’ untuk menerima hadiah kecemerlangan sekolah, Majlis mempersilakan”. Anak anak sedih sebab tak dapat naik pentas tahun ini. Fathi dapat no 4 dan Syifa no 15. Saya ambil inisiatif buat Majlis Penyampaian Hadiah di rumah secara sendiri ?. Saya jadi Emcee dan saya juga yang rasmikan Majlis ini tadi sambil menyampaikan ucapan agar semua dapat pertingkatkan prestasi pada tahun hadapan.
Majlis berakhir dengan jamuan makan mee goreng telur mata. ?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat peminat sotong, bolehlah cuba resipi ini yang cukup mudah dan enak pula tu. Cara nak buat pun simple je, tak banyak bahan digunakan. Resipi ini dikongsikan oleh Mariana Zainal.
Inilah yang ibu-ibu patut cuba terutama yang suka menu yang cepat dimasak. Yang penting mudah dan sedap untuk hidangan seisi keluarga.
Huishhhh…kari “Sutun”… Rega murah hari ni tu yg buat kari sutun tu..rm22 sekilo..Silakan Resipinya pada yang nak mencuba..
“KARI SOTONG” by “MARIANA ZAINAL”
Bahan- bahan:
Beberapa ekor sotong..siap basuh..kemudian goreng sekejap(utk hilangkan air sotong)..toskan..
1 biji kelapa parut(kisar dengan 3 cawan air..perah amik santannya)
2 1/2 senduk minyak masak utk menumis..
Bahan tumis
1 biji bawang besar hiris nipis
5 ulas bawang putih hiris nipis
Sedikit halia hiris( x nak letak pun x pe)
1 sdt halba campur
Bahan pes..
2 paket kecil rempah kari ikan brand baba’s
1 paket kecil serbuk cili
1 keping asam keping
3 tangkai daun kari
1 sdb garam
1/2 sdt gula
Sedikit perasa
1 1/2 cawan air
(satukan semua ni jadikan pes)
Caranya..
Panaskan minyak..tumis bahan hiris dan halba campur hingga naik bau dan layu..
Masukkan bahan pes..masak hingga betul2 naik minyak dan garing.
Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi momen bercuti dengan keluarga termasuklah suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa serta dua orang cahaya mata nya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya. Rupa-rupanya keluarga bahagia ini pergi bercuti di Pulau Redang, Terengganu.
Menerusi laman InstaStorynya, pasangan ini vmenaiki kapal terbang dalam perjalanan ke destinasi percutian.
Menurut Siti, ia merupakan pengalaman kali pertama anak keduanya, Afwa menaiki pengangkutan di awan biru itu.
“Alhamdulillah, first time bawa Afwa naik flight..good boy ibu.
“Sepanjang dalam flight, Afwa sleep & mudahkan ibu sampailah dah sampai,” ujarnya Penyanyi yang mesra disapa Tokti.
Selain Tokti juga turut memuatnaik momen mereka sekeluarga bermain ombak ditepi pantai yang turut disertai anak-anaknya.
Namun, apa yang mencuri perhatian warganet adalah lagu selingan yang dimuatnaik bersama video mereka sekeluarga begitu menyentuh hati.
Jelas kebahagiaan pelantun lagu Kuasa Cintamu ini setelah sekian lama menantikan kehadiran cahaya mata. Kini, dua sudah miliki sepasang cahaya mata yang menjadi penyeri rumahtangga pasangan ini.
Untuk rekod, Siti mendirikan rumah tanga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada tanggal 21 Ogos 2006.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Siti Aafiyah, 3 dan Muhammad Afwa, 7 bulan.
bawangmerahhh Semoga keluarga tokti dalam jagaan Allah. Suka tgok family ni . Semoga semua yg membaca komen ini juga dimewahkan rezeki oleh Allah Taala dan dijauhkan dari segala wabak penyakit. Amin Ya Mujib❤️
babyctdk Alaaa, nape kita bergenang air mata ni.. Lagu tu main peranan betul 😭😭.. Bahagia terus kak iti sayang 🤍🤍
wnejhn 😢😢 Sedih ada. Gembira pun ada. Semoga terus berbahagia hingga ke syurga. Aamiin ya rabbal alamin.
yuliariani87 Terharu kalo mendengar lagu ini, menyentuh banget…lagunya pas banget bwt kebersamaan Dato’ Siti dgn suami n anak2…
dekna_ct alhamdullilah..❤️❤️❤️❤️❤️happy tgk tokti & family
fatinaiviana Mesti tersentuh stiap kali dgr lagu ni. Awal2 keluar dlu mmg repeat bykkkk kali. Alhamdulillah utk kurniaan zuriat buat Tokti❤️❤️❤️