Anak adalah cerminan ibu bapa. Didikan ibu bapa yang sempurna dari segi akhlak, budi bicara dan sikap akan me pengaruhi cara pemikiran anak itu.

Begitulah yang dilalui oleh seorang ibu yang terkejut apabila anaknya menunjukkan simpati kepada dirinya.

Hanya menyuarakan mempunyai masalah kewangan, anaknya sanggup memulangkan kembali duit belanja dan sanggup menahan lapar. Hakikat katanya, ia sekadar gurauan untuk mengelak anaknya membeli barang yang tidak perlu.

Malah sikap anak ini membuatkan warganet sebak melihat cara anak itu yang ingin membantu ibu bapanya.

Ikuti perkongsian ibunya yang terkejut dengan sikap prihatin anaknya.

Ibu Cakap Tak Ada Duit, Anak Pulangkan Kembali Duit Belanja Sekolah. Warganet Sebak Baca Luahan Ni.

IKLAN

RM3 mungkin nilai nya kecil bagi kita tapi sangat besaq untuk anak2. harini anak dara balik sekolah pulangkan balik duit rm3 ni dia cakap tak guna pun duit ni sebab adik tak oder makan kat sekolah. adik kesian dekat ibu dgn ayah takdak duit nanti.  Allahh nakk, untuk anak2 ibu dgn ayah sentiasa ada duit sayang.

TAHAN LAPAR

Ibu Cakap Tak Ada Duit, Anak Pulangkan Kembali Duit Belanja Sekolah. Warganet Sebak Baca Luahan Ni.

IKLAN

dia sanggup tahan lapaq sebab nk simpan RM3 tu. tadi bila kawan2 lain tgh rehat, waktu makan dia buat kerja sekolah yg tak siap lagi dengan buat surat utk ibu dia cakap. adik tak tgk pun kawan2 makan sbb nanti adik terliuq  pesan kt dia td jangan buat macam ni lg lepas ni. ibu dgn ayh tak pernah biaq bg anak2 lapaq. jangan simpan duit lg. ambik ja buat beli makan.

ANAK TERKESAN BIL IBU CAKAP TAK ADA DUIT

Ibu Cakap Tak Ada Duit, Anak Pulangkan Kembali Duit Belanja Sekolah. Warganet Sebak Baca Luahan Ni.

IKLAN

kisah nya, sebab petang smlm dia nak beli ‘slime’. ibu pun tak bg beli and cakap ibu takdak duit. (nak beli benda mengarut membazir). harini kita bg la duit belanja sekolah dkt dia, dia boleh pulangkan balik sebab nanti ibu dgn ayah takdak duit. anak ibu dah mula faham erti susah dan senang. sorry sayang sebab ibu tak bg beli smlm, kakak rasa macam tuu ibu & ayah sayang banyak dkt kakak and adik. biar susah senang kita sama2 & selalu ada. ambik la rm3 ni nanti pergi beli ‘slime’ ya nakkk.

Ibu doakan semoga anak anak ibu jadi insan yg berguna di kemudian hari & jadi anak yg soleh dan solehah. selamat belajar duhai anakku, semoga nur dhiazara qasrina terus maju jaya dan cemerlang dlm pelajaran serta mudah difahami apa yg cikgu ajar. lindungi anak anakku dari segala penyakit & merbahaya, sentiasa kau permudahkan segala urusan anak anakku dlm apa jua keadaan. aamiin

Suri suri ada anak macam ni tak ? anak umur 8 tahun, dah pandai faham apa yg kita lalui selama ni. touching sangat rasa harini menyesal pulakkk tak bagi dia beli apa yg dia nak semalam.

Sumber: Syuhada Yacob

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI