Seorang wanita berdepan detik cemas apabila bayi perempuannya yang berusia 19 bulan, hampir menjadi mangsa culik dua lelaki warga asing dalam kejadian di sebuah pasar raya dekat sini, malam tadi.
Dua warga asing terbabit bagaimanapun sudah pun ditangkap polis selepas didakwa cuba melakukan jenayah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata dalam kejadian pada jam 7.30 malam itu, wanita berkenaan memaklumkan dia sedang menaiki tangga bergerak di pasar raya itu bersama anaknya serta adik perempuan.
Menurutnya, seorang bayi perempuan berusia 19 bulan hampir menjadi mangsa culik dua lelaki warga asing berkenaan.
Ads
“Wanita berkenaan yang sedang memimpin tangan bayinya tiba-tiba didatangi dua lelaki warga negara asing dari arah belakang yang mana salah seorang lelaki itu bertindak mengangkat anaknya.
“Wanita berkenaan terus menjerit dan menarik semula anaknya manakala dua lelaki berkenaan cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditangkap orang awam yang berada di pasar raya itu.
Ads
“Dua lelaki berkenaan kemudian diserahkan kepada pihak polis dan kini direman tiga hari bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Ads
Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara atau mana-mana balai polis berhampiran.
Nampaknya konflik rumahtangga pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof bersama isterinya, Puteri Sarah masih belum reda lagi walaupun baru-baru ini Syamsul sudah membuat kenyataan akan meleraikan spekulasi ini dengan segera dan tepat waktunya.
Terkini, ibu Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail memuat naik hantaran seakan menegaskan beliau tidak akan memaafkan pihak ketiga yang cuba meruntuhkan rumah tangga anaknya itu.
“Meruntuhkan kebahagiaan sebuah keluarga? Tiada maaf bagi mereka!” tulisnya di Instagram Story memaparkan gambarnya.
Sebelum ini, Patimah pernah memaklumkan menantu kesayangannya itu adalah permaisuri hati anaknya serta perkahwinan mereka direstui sepenuhnya.
Datin Patima juga turut berkongsi foto mereka sekeluarga menyambut tahun baru pada 2018.
Ibu mana yang sanggup melihat keruntuhan keluarga anaknya lebih-lebih lagi akibat orang ketiga.
Susulan itu, baru-baru ini pengarah filem Mat Kilau itu berkata akan memberi kenyataan berhubung kemelut perkahwinan yang didakwa wujud campur tangan pihak ketiga, iaitu Ira Kazar.
Jelas Syamsul sudah tiba masanya dia bersuara namun tidak mahu membuka aib mana-mana pihak kerana menganggap ia adalah kisah peribadi rumah tangga mereka.
Sejak awal lagi, hubungan Nora Danish bersama keluarga bekas suaminya mendapat pujian ramai kerana hubungan mereka dilihat sangat akrab walaupun kini Nora sudahpun berkahwin dengan Nedim Nazri dan sudahpun mempunyai anak iaitu Mohamed Neqayl yang kini berusia lima tahun.
Baru-baru ini, Nora Danish telah menyambut ulang tahun anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang ke 14 tahun. Turut kelihatan dalam majlis tersebut adalah bekas suaminya, Jejai.
“Sambutan awal hari lahir untuk anak kami yang berumur 14 tahun sebelum menghantarnya ke sekolah.”
Difahamkan sambutan itu diadakan awal 3 hari kerana Rayqal akan pulang ke asrama bagi sesi persekolahan yang baru dibuka.
“Sempat makan tengah hari bersama keluarga. Masih tidak percaya bahawa Rayqal sudah mencecah umur 14 tahun dalam masa tiga hari,” kata Nora.
Melihat ruangan komen yang ditinggalkan oleh para netizen, rata-rata suka dengan vibe yang diberikan oleh Nora Danish dan bekas suaminya ini.
Walaupun sudah berpisah, hubungan mereka masih akrab dan ini merupakan contoh yang baik untuk anaknya dan juga masyarakat.
Bagi pasangan yang sudah berpisah, persengketaan bukanlah jalan terbaik sebaliknya untuk mewujudkan kehormonian semula lebih-lebih lagi yang sudah mempunyai anak, anda haruslah bersikap tolak ansur dan lebih matang dalam menghadapi sesuatu situasi.
Bahagian undang-undang Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedang mengambil langkah untuk memfailkan kebankrapan terhadap pelakon terkenal, Rozita Che Wan, 51, atau Che Ta, bersama anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, selepas gagal melunaskan pinjaman berjumlah hampir RM1 juta yang tertunggak sejak tahun 2017.
Tiada siapa yang mahu hidupnya diuji dengan dugaan sebesar ini. Di sebalik kemelut yang berlaku, pasti berat untuk Cha Ta dan anaknya memikul beban ini, apatah lagi dengan pandangan serta tekanan daripada masyarakat.
Dalam pada itu, tindakan tersebut adalah langkah susulan oleh MARA selepas selebriti itu gagal menyelesaikan hutangnya selama tujuh tahun, meskipun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mendapatkan semula bayaran termasuk membawa kes ini ke peringkat mahkamah.
Difahamkan, pinjaman MARA sebanyak RM960,000 itu dibuat oleh syarikat milik Rozita, RCW Worldwide Sdn Bhd, dengan Rozita dan anak sulungnya, Ammar Effendy, bertindak sebagai penjamin.
Menurut maklumat, pada Julai tahun lalu, MARA telah memfailkan notis kebankrapan terhadap Rozita dan anaknya. Namun, notis tersebut terpaksa ditarik balik pada bulan lalu akibat isu teknikal sebelum tindakan Writ Penyitaan dan Penjualan (WSS) ke atas harta milik pelakon itu dilaksanakan pada Selasa lalu.
Memetik laporan Berita Harian, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata tindakan kebankrapan kali ini hanya akan dihentikan jika Rozita membayar sepenuhnya pinjaman itu susulan MARA tidak lagi memberi pelanjutan tempoh pembayaran hutang terbabit selepas mahkamah membuat keputusan muktamad mengenainya.
Beliau berkata, tindakan itu adalah proses sama yang diambil MARA terhadap mana-mana peminjam yang enggan atau gagal melunaskan hutang mereka seperti terkandung dalam perjanjian ditandatangani selepas pelbagai pemudah cara pembayaran diberikan.
“Saya sudah mengarahkan bahagian undang-undang MARA mengambil tindakan muflis terhadap pelakon itu kerana kita sudah memberi tempoh secukupnya untuk beliau melunaskan hutang pinjaman hampir RM1 juta yang dibuatnya sejak tujuh tahun lalu.
“Tiada siapa boleh menghalang tindakan MARA ini kerana ia perintah mahkamah. Sebenarnya, kita tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap peminjam yang culas atau memilih bulu dalam tindakan dilakukan.
“Ini kerana MARA terikat dengan prosedur dan proses yang ketat menurut lunas undang-undang, malah sebelum sebarang tindakan perundangan dilakukan, nilai ‘ihsan’ juga diutamakan dengan memberi ruang kepada peminjam yang bermasalah untuk datang ke MARA berunding mengenai penjadualan dan penstrukturan hutang mereka,” katanya kepada BH, hari ini.
Asyraf Wajdi berkata, tindakan perundangan adalah jalan terakhir diambil pihaknya jika semua usaha dilakukan MARA untuk pembayaran semula pinjaman tidak diendahkan peminjam dan ketegasan ini bagi memastikan setiap sen wang rakyat dapat dikutip semula untuk manfaat orang lain pula.
Beliau berkata, MARA sebelum itu sudah membuka pintu rundingan supaya penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman dapat dilakukan jika mereka menghadapi masalah.
“Bagaimanapun, bagi kes pelakon ini, saya difahamkan dia tidak memberi kerjasama sepatutnya, malah kes berlarutan lama kerana banyak kali mahkamah ditangguhkan kerana dia membuat pertukaran peguam,” katanya.
Mengulas serbuan dibuat di rumah Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya, Asyraf Wajdi berkata, ia susulan alamat yang tertera pada perjanjian ditandatangani dengan MARA membabitkan rumah berkenaan.
“Nilai sebenar barangan yang disita dari rumah itu pula hanya diketahui selepas lelongan dibuat nanti. Setakat ini, jumlah itu jauh lebih rendah daripada hutang sebenar yang perlu dibayarnya kepada MARA,” katanya.
Jumlah pinjaman RM960,000
Sementara itu, sumber berkata, pinjaman berjumlah RM960,000 dibuat di MARA Selangor dengan pelakon itu dan anaknya sebagai penjamin, selain simpanan tetap RM80,000 dijadikan cagaran.
Bagaimanapun, katanya, simpanan tetap itu sudah dicairkan MARA sebelum ini.
“Tidak dinafikan pelakon itu pernah beberapa kali memohon untuk mengurangkan bayaran pinjaman dan membuat penjadualan semula, tetapi selepas itu dia senyap begitu saja.
“Penghakiman terhadap Rozita dan anaknya dibuat mahkamah pada Mei tahun lalu. Peguam Rozita juga ada menghubungi MARA tetapi arahan yang diterima ialah pelakon terbabit perlu melunaskan hutang itu sepenuhnya,” katanya.
Sumber berkata, antara barangan yang disita di rumah Rozita pada Selasa lalu termasuk sebuah kereta, perabot, kasut dan peralatan rumah.
Katanya, mereka hanya menunggu tarikh daripada mahkamah untuk melakukan lelongan barangan berkenaan yang akan ditentukan kemudia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di