Kecoh di laman twitter apabila seorang individu mendedahkan terjumpa beberapa keratan kuku dalam nasi yang dihidangkan kepada ibunya ketika sedang makan di sebuah restoran popular di Selangor.
Menerusi ciapan individu tersebut di laman sosial Twitter, dia dan ibunya yang sedang makan tengah hari di restoran itu pada mulanya tidak perasan akan keratan kuku tersebut.
Namun setelah menjamah hampir separuh dari makanan itu, barulah ibunya ternampak keratan kuku di dalam nasi.
Lebih menjijikkan apabila dia melihat terdapat enam keratan kuku dan ibunya sudah termakan dua daripada keratan kuku itu.
Ads
“Semasa makan tengah hari, ibu saya mendapati bukan sahaja satu tetapi terdapat enam keratan kuku di dalam nasinya. Dia dah pun mengunyah dua keratan kuku itu.”
Melalui thread tersebut, ramai yang mengesyaki ada perbuatan khianat kerana keratan kuku itu seolah-olah diletakkan ke dalam pinggan dengan sengaja.
Ads
Malah ada yang mengaitkan kejadian itu berkemungkinan terdapat unsur sihir dan penginayaan terhadap pemilik restoran tersebut.
Saban hari, boleh dikatakan ada sahaja isu ‘penyondol’ dilaporkan. Tidak kira sama ada melibatkan selebriti, pempengaruh malah ianya turut terjadi pada orang biasa.
Paling merisaukan, walaupun banyak kecaman dibuat dan nasihat diberikan kepada ‘orang ketiga’ namun ianya semakin langsung tidak mencuit di hati mereka.
Berkongsi pandangan mengenai perkara ini, penyanyi popular Ernie Zakri mengatakan bahawa beliau mengakui isu-isu sedemikian sudah tentu menakutkan kaum isteri, apatah lagi ia turut terjadi pada rakan-rakan selebriti.
Menurut Ernie, dia sangat berharap agar perkara itu tidak berlaku pada rumah tangganya dan sekiranya terjadi, dia tidak kuat untuk menghadapinya.
“Saya bukan wanita yang kuat untuk menghadapinya. Siapa yang mahu suaminya disondol? Ada satu saat, saya takut nak baca kisah-kisah sebegitu terutama yang terjadi dalam kalangan rakan-rakan artis.
“Saya tidak mahu berada di posisi mereka. Sekiranya berlaku, saya boleh jadi gila dan meroyan. Bahkan, mungkin boleh buat sidang media untuk kongsi tentangnya (penyondol),” katanya.
Walaubagaimanapun, Ernie kagum dengan wanita yang tabah dan kuat menghadapi situasi seperti itu.
“Saya tidak dapat membayangkan keadaan diri jika berhadapan dengan masalah ‘penyondol’, tetapi kagum dengan kekuatan golongan wanita yang diuji dengan gangguan orang ketiga. Tabik dengan kekuatan mereka,” katanya.
Dalam kemeriahan menyambut Tahun Baru Cina, industri hiburan tanah air tiba-tiba dikejutkan dengan amukan dari penyanyi yang terkenal dengan panggilan Mummy, siapa lagi kalau bukan Mas Idayu dalam sebuah rancangan hiburan yang menampilkan peserta yang mempunyai talian kekeluargaan bergabung untuk merebut hadiah yang ditawarkan di samping mencabar diri dari setiap cabaran yang diberikan.
Minggu lepas, apa yang menjadi bualan ramai adalah komen yang berbaur amarah dari Mas Idayu yang merupakan salah seorang juri bagi rancangan itu.
Komen yang diberikan mungkin kedengaran sangat beremosi namun penuh dengan nasihat, umpama ‘Ibu Marahkan Anak’ yang berulang kali melakukan kesilapan yang sama.
Terkesan dengan komen yang diterima, penyanyi Sissy Iman yang merupakan peserta program tersebut kelihatan sangat tersentap dan dilihat tidak mampu menahan airmata sewaktu berada di pentas.
Malah perkara itu berlarutan apabila Sissy dilihat tidak tampil di akhir rancangan tersebut dan rentetan dari itu Sissy Iman telah memuatnaik satu hantaran di laman Instagramnya seolah tidak mahu meneruskan karier nyanyian.
Bahkan penyanyi berbakat besar itu turut meluahkan kurang terujanya untuk melancarkan album terbaharunya bulan hadapan.
Terbaharu pasangan Sissy Iman dalam rancangan tersebut yang juga merupakan sepupunya iaitu Naim Daniel tampil memberikan kata-kata semangat buat Sissy Imann untuk kekal kuat bagi meneruskan perjuangan mereka di pentas rancangan yang bersisa dua minggu sahaja lagi.
Menyedari kesedihan rakan seperjuangannya itu, Naim menyatakan dirinya akan sentiasa bersama Sissy biarpun perlu menghadapi tugasan yang mencabar setiap minggu di pentas program tersebut.
Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Naim menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Tak mengapa, saya ada.
Kadang, ada ketika dimana kita menjalani tuntutan tugasan kita dalam keadaan yang kita sendiri tak sehebat mana dalam menjayakannya, tapi kita tetap cuba.
Walau kadang kita dua tak pasti sama ada orang akan suka bagai nak gila atau benci mencuka.
Tak mengapa, saya ada.
Kadang, ada ketika dimana kita berdua berhadapan dalam satu keadaan sama ada ingin menyahut cabaran atau kekal dalam selesanya landasan, tapi tetap juga kita teruskan walau kita sama-sama takut dengan pelbagai penerimaan.
Biasalah, darah mudakan suka perubahan? Pasti adanya penentangan. Itu adat pertandingan.
Tak mengapa, saya ada.
Kadang, ada hari dimana kita berdua mati akal, kaedah apa dan lagu apa lagi yang kita nak bedal.
Supaya terhiburnya semua tanpa disangkal-sangkal. Kita tetap cuba cekal walau tahu penat minggu demi minggu kian menebal.
Tak mengapa, saya ada.
Dan jangan risau, walau ada hari dimana riang awak terhakis, menangis tak habis bagai pisau menghiris.
Tetap tak hilang peribadi awak yang umum tahu, seorang yang manis.
Tak mengapa, saya ada.
Semoga Sissy Iman terus kuat dan menganggap semua yang berlaku ini satu cabaran buatnya.
Kalah atau menang adalah adat bertanding, yang penting adalah ilmu yang diberikan oleh para juri serta pengalaman yang pasti akan mengajarnya sesuatu yang berharga.
Seorang bayi berusia 16 bulan dari Bekasi, Indonesia mengejutkan wargamaya apabila mempunyai berat sebanyak 27 kg. Ianya bukanlah sesuatu yang normal bagi perkembangan bayi seusia dengannya.
Bayi yang bernama Muhamad Kenzie Alfaro ini mengalami obesiti kerana ibunya telah memberi minum susu pekat manis kerana tidak mampu membeli susu formula sejak dilahirkan.
Dilaporkan Kenzie kini terpaksa dirujuk ke beberapa hospital kerana situasinya itu tidak normal bagi bayi seusianya dan bimbang terdapat kesan dari penyusuan susu pekat yang diberi kepadanya.
Menurut laporan, ramai ibu bapa yang memberikan susu pekat kepada bayi kerana menganggap fungsinya sama dengan susu formula. Lebih-lebih lagi harganya jauh lebih murah berbanding susu formula.
Lebih-lebih lagi, susu pekat juga mudah disimpan dan tahan lebih lama.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.