Fish cake sering digunakan dalam masakan seperti menggoreng dan sebagainya. Walaupun banyak jenama fish cake yang dijual di luar sana, namun jika was-was akan status halalnya, apa kata buat sendiri di rumah.
Selain mudah dihasilkan, fish cake homemade juga dapat menjamin kebersihannya. Resipi ini adalah perkongsian seorang pengguna laman facebook iaitu, Tahrunnisah Jali. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
Ads
500 gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil garam
Sedikit bahan perasa (jika suka)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cup air sejuk (dari air batu)
** Untuk isi ikan, anda boleh menggantikannya dengan fish fillet. Tetapi jangan masukkan air kerana dalam fillet sudah mengandungi air. Jadi abaikan sukatan air.
Cara memasak :
Ads
Ambil isi ikan Tenggiri sahaja, Buang kulitnya. Kisar halus menggunakan food processor atau tumbuk.
Masukkan sedikit air ais. Kisar lagi dan masukkan garam, serbuk lada putih dan bahan perasa. (bahan perasa adalah optional. Boleh abaikan jika tidak suka.)
Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung. Kisar lagi hingga rata.
Sebelum itu, panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi. Jika tiada loyang, boleh guna bekas lain yang tahan panas.
Masukkan adunan ikan tadi ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik terlebih dahulu. Ia bertujuan bagi memudahkan proses mengeluarkan fish cake dari loyang.
Ratakan adunan fish cake serta padatkannya. Sapu sedikit minyak di jari dan licinkan permukaan kek ikan tadi.
Masukkan ke dalam pengukus dan masak selama 15 minit atau sehingga masak.
Setelah masak, terbalikkan dan potong kecil berbentuk fish cake.
Panaskan minyak dan goreng seketika sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Isu doktor lelaki menyambut kelahiran anak sekaligus melihat aurat wanita lain bukanlah isu biasa yang harus diperkatakan. Namun masih ramai daripada kita yang keliru berkenaan isu ini.
Tak kurang juga yang masih was-was walaupun ketika sudah berada di bilik bersalin.
Atas keprihatinan dan beberapa berkenaan kemusykilan ini, Mufti Wilayah Perseketuan, Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri terpanggil untuk berkongsi ilmu ini di twitternya. Ini yang harus wanita tahu.
Datuk, apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?
Tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat hājah (keperluan) dan darurah (keperluan mendesak) untuknya. Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-fasdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam…dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan haraj (kesukaran) sedangkan haraj dihilangkan oleh Syarak.
Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat…
1. Jika wujud perawat yang muslim, maka tidak boleh digantikan. 2. Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang dipercayai. 3. Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki. 4. Perawat boleh melihat kepada bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya.
“Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin darapada Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”
Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” Hadis riwayat Muslim (2206). Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127).
Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram, boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” Berkata al-Taibi Rahimahullah: …
“Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” Rujuk Mirqah al-Mafatih ٍ (no. 3103).
Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia melibatkan nyawa ibu dan anak jua.
Kami syorkan hendak semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi bagi memastikan ketenangan bagi pihak pesakit, hospital dan keluarga.
Begitu yang dijelaskan oleh beliau. Moga kekeliruan ini buat wanita rasa lebih tenang untuk melalui proses melahirkan bayi mereka. Kalau rasa kurang selesa dan bimbang risiko bertemu dengan doktor lelaki, ada baiknya kumpul duit dan pergilah ke mana-mana hospital bersalin terpilih.
Anda boleh memilih untuk sendiri untuk bersalin dengan aman dan paling penting boleh demand doktor perempuan. Ikut pilihan masing-masing. Tepuk dada tanya selera anda.
Tiada yang amat menggembirakan bagi seorang ibu dan ayah bila dapat melihat anak-anak berjaya di dalam bidang yang diceburi.
Begitulah yang dirasai oleh pasangan suami isteri ini bila kedua-dua anaknya Aqilah Fatinah Rosli, 25, dan adiknya Athirah Najihah, 24, melakar kenangan manis yang tersendiri apabila kedua-dua mereka menerima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan.
Ibu dan bapa mereka, Rosli Ahmad, 59 dan isterinya, Zarina Nusi, 56 berkata, ia merupakan permulaan buat kedua-dua anaknya itu untuk lebih berjaya apabila berada di alam pekerjaan kelak.
Memetik berita penuh yang dilaporkan BERNAMA, Aqilah Fatinah Rosli dan adiknya Athirah Najihah, melakar kenangan manis tersendiri apabila kedua-duanya menerima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan.
Aqilah Fatinah, pelajar jurusan Perakaunan dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Muadzam Shah menyifatkan kejayaan itu cukup bermakna apabila dapat sepentas bagi menerima anugerah itu bersama adiknya Athirah Najihah, yang merupakan pelajar jurusan Sains Komputer UNITEN Kampus Kajang.
“Saya bersyukur dan gembira mendapat anugerah ini bersama-sama adik sendiri. Menerima anugerah bersama insan tersayang merupakan hadiah cukup bermakna,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan Sesi 1 Tahun 2022 di Klana Resort, di sini hari ini.
Anak kepada pasangan Rosli Ahmad, 59 dan Zarina Nusi, 56, itu merupakan antara 98 penerima anugerah hari ini, yang merangkumi siswazah dari Negeri Sembilan yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama di institut pengajian tinggi (IPT) masing-masing.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menyampaikan anugerah berkenaan kepada para penerima.
Utamakan Harapan Keluarga
Menurut Aqilah Fatinah, beliau dan adiknya meletakkan harapan keluarga sebagai keutamaan, selain saling membantu dan bertanya khabar bagi memberi sokongan moral dan emosi. Katanya mereka sentiasa mengingati pesanan ibu bapa agar tidak mengabaikan solat serta menjaga hubungan baik antara keluarga, pensyarah dan rakan sekelas.
Anak ketiga daripada enam beradik itu kini melanjutkan pengajian dalam ACCA (Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun) di Universiti UOW Malaysia KDU, Shah Alam, Selangor.
Sementara itu Athirah Najihah, 24, yang kini bekerja sebagai jurutera perisian teknologi maklumat (IT) di Hengyuan Refining Company Berhad, Port Dickson; turut tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dengan penghargaan yang diterima hari ini.
Anak keempat itu bertekad mahu terus cemerlang dalam kerjayanya dan bercita-cita menjadi pakar IT suatu hari nanti.
Terdahulu Aminuddin dalam ucapannya berkata Yayasan Negeri Sembilan memperuntukkan RM490,000 bagi penganugerahan itu dan setiap pelajar cemerlang berkenaan menerima RM5,000 berserta sijil. Katanya yayasan itu akan turut menghapus kira pinjaman pendidikan tujuh orang penerima anugerah itu, yang bernilai RM88,500.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.