Seterika baju adakalanya memenatkan dan memakan masa teutama bagi anda yang mempunyai anak-anak ramai. Selain baju kerja suami, anda juga perlu seterika baju anak dan juga pakaian lain.
Nak nak lagi bila balik kampung nanti, pasti ramai yang nak seterika baju raya kan. Jadi nak cepat dan memudahkan kerja anda, jom cuba kaedah ini.
Hanya dengan menggunakan tiga bahan ini sahaja iaitu papan seterika, kertas alumimium dan kain kapas, kerja anda akan menjadi lebih mudah, cepat dan dapat menjimatkan elektrik.
Ads
Terima kasih kepada Puan Afnee Baker yang telah berkongsi tip ini.
Ads
Cara-caranya adalah seperti berikut:
Ads
Papan seterika, kertas aluminium dan kain kapas.
Balutkan papan seterika dengan kertas aluminium
Balutkan kain kapas atas kertas aluminium pula
Kemaskan dengan gunakan stepler gun.
Hasilnya, anda tidak perlu gosok bahagian belakang. Bahagian belakang automatik rata kerana kertas aluminum itu pemantul haba yang baik.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kunci rumah tangga bahagia yang pertama adalah saling memberi dan menerima. Dalam masa yang sama sedia terima kelemahan dan kelebihan pasangan itu. Kena saling faham, perkahwinan ini sepatutnya membesar bersama-sama dan mencoretkan ikatan kasih sayang antara satu sama lain.
Suami seharusnya menghargai segala pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya. Usah bandingkan isteri dengan wanita lain. Layani seadilnya dan dalam melayari alam rumah tangga, komunikasi paling penting antara suami isteri.
Jangan disebabkan nak ‘menang’ hingga anda merendahkan pasangan sendiri, baik suami mahupun isteri Kena saling bertolak ansur dan jadi pasangan yang terbaik kerana dengan berkomunikasi secara berhemah dapat selamatkan perkahwinan anda.
Perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ada benarnya dan perlu dijadikan pedoman buat kaum suami di luar sana dalam menghargai pasangan anda.
Sayangilah isteri kita biarpun dia tidak secantik perempuan lain…Sayangilah isteri kita biarpun dia tidak sehebat perempuan lain…
Disebabkan dialah, kita menjadi seorang suami dan ayah pada hari ini…dia menerima kita seadanya diri kita dengan apa yang kita ada…
Cuba kalau dia tak nak orang muka macam kita, nak yang hensem lagi…cuba kalau dia tak nak duduk rumah sewa, nak duduk rumah sendiri…cuba kalau dia tak nak naik motor, nak naik kereta sahaja…cuba kalau dia tak nak lelaki gaji 2 ribu, nak lelaki gaji 10 ribu…cuba kalau dia tak nak lelaki kurus, nak lelaki sado…cuba kalau dia tak nak lelaki botak, nak lelaki ada rambut..
Pasti hari ini kita masih lagi bujang atau dah pun menduda disebabkan tiada seorang pun wanita yang sanggup menerima kita dengan apa yang kita ada SEADANYA…
Maka bersyukurlah dengan isteri yang dah kita miliki…kerana dia, kita jadi suami…kerana dia, kita jadi ayah…dan kerana dia, kita dapat mengecapi nikmat sesebuah perkahwinan…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila cuaca terasa bahangnya sudah tentu pengunaan aircond kerap digunakan. Malah aircond bukan sahaja di pasang dalam bilik tetapi juga di ruang tamu.
Seperti biasa kita akan pilih suhu yang paling rendah untuk memastikan ruang persekitaran dalam keadaan sejuk dan nyaman. Juga kita akan pilih cool mode.
Namun tahukah anda bahawa, anda digalakkan memilih dry mode kerana dikatakan membantu penjimatan tenaga elektrik. Paling penting elak selesema.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
TIP RINGKAS AIRCOND
Selalunya pengguna aircond terkeliru dengan perbezaan antara dry mode dan cool mode. Betul tak?
Biasanya pada alat kawalan jauh dry mode ditunjukkan dengan lambang titisan air manakala cool mode dengan lambang empingan salji.
Dry Mode
Cool Mode
Untuk penjimatan tenaga yang efisen, kita digalakkan untuk guna dry mode kerana untuk mod ini kompressor tidak berlari pada kadar maksimum untuk menyejukkan ruang.
Sensor akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana nyaman dengan kadar kelembapan sebanyak 60% sahaja dalam ruang udara. Dan yang paling penting kita pun tak mudah selesema. Cuaca panas sangat sekarang ni kan, harap info ni dapat membantu anda. Semoga bermanfaat
Teka teki pelakon kecil molek ini berbadan dua akhirnya terlerai bila mana empunya diri mengesahkan perkara tersebut. Menurut Elfira, dia dan suami, Muhammad Faris Khairol Anuar antara orang yang paling gembira dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Yang Maha Esa.
“Alhamdulillah. Memang kalau orang orang tanya dengan saya memang saya akan jawab. Tapi sebelum ini masih baru, cuma ini saya lebih yakin sebab sebab dah ‘check up’ dan baby pun sihat. Pengumuman saya pada hari ini dengan keizinan daripada suami. Dia pun terkejut dan bersyukur kerana katanya bayi kami sihat.
“Saya sangat gembira kerana sekarang ini banyak kes wanita yang susah untuk mendapatkan cahaya mata. Saya tak sangka rezeki saya datang awal walaupun baru empat bulan berkahwin.
“Saya harap semua orang terus mendoakan saya seperti mana sebelum ini. Rezeki ini datang lebih awal dan ini satu anugerah dan rahmat dariNya. Salah satu doa saya termakbul dengan cepat” ujar Elfira yang enggan menghebahkan usia kandungannya.
Dia dalam pada itu mengakui
Elfira ditemui usai majlis pelancaran koleksi raya, ‘Elfira X McVogue’ di Flora Terrace, Kuala Lumpur hari ini.
Tambah Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, dia tidak mengalami sebarang alahan semasa hamil.
“Sebelum ini saya memang ada buat pemeriksaan sendiri tapi tak percaya, tetapi selepas itu berjumpa doktor dan sahkan saya hamil. Setakat ini, saya tidak mengalami sebarang alahan kerana pada awalnya saya tidak tahu saya hamil.
“Cabaran paling kuat waktu itu saya tengah shooting dua drama selain dua telemovie. Waktu itu trimester pertama, memang penat tapi saya cuba kuatkan kerana tengah kerja. Alahan semua tiada sangat, apabila balik rumah terus keluar semua.
“Kalau ikutkan tahun ini nak bergiat aktif dalam lakonan semula. Tapi nampaknya tak boleh berbuat demikian. Saya cuba shooting waktu hamil tapi susah. Jadi tak boleh nak ambil tawaran berlakon. Badan penat dan walau sekuat mana pun badan kita tapi ada nyawa lain dalam diri kita. jadi susah nak kawal.
“Ada production yang tahu saya hamil lagi mereka nak ambil, tapi saya rasa tak boleh terlalu memaksa kerana ini kandungan pertama. Kita tak tahu macam mana, kita rasa ok dan aktif tapi akan datang tak tahu, jadi lebih baik saya berhenti sekejap,” ujar El lagi.
“Saya tak kisah jantina janji dia keluar dengan selamat. Tapi saya dan suami saja ‘betting’ dengan suami sama ada perempuan atau lelaki. Tapi tak tahu yang mana lagi. Tapi bestlah kalau dapat anak perempuan,”ulas El lagi.
Mengulas lanjut mengenai kolaborasi bersama MC Vogue, akui El terdapat empat rekaan terhasil melalui kerjasama ini. Hadir dengan empat rekaan unik koleksi Hari Raya Aidilfitri, cetusan ilham idea Elfira dan sentuhan kreativiti pereka bentuk pakaian MC Vogue sendiri, pastinya koleksi ini juga menyerlahkan sisi gaya dan karakter Elfira yang bergelar isteri 1 Januari yang lalu. Lalu terhasillah nama Elfira Loy X MC Vogue.
Berkongsi keterujaan itu, Elfira Loy sendiri juga amat realistik dengan kerjasama terjalin.
Gaya minimalis yang diserlahkan pelakon berkenaan juga memberi inspirasi kepada pihak MC Vogue untuk menampilkan kolaborasi unik dengan konsep ‘Fairy Forest’.
“Ini adalah kolaborasi pertama saya bersama jenama fesyen. Saya bersetuju untuk jalinkan kolaborasi ini kerana MC Vogue sendiri sentiasa mengeluarkan pakaian dengan harga yang berpatutan kepada ramai orang. Ia tepat dengan konsep saya yang bergaya dengan gaya berpatutan atau ukur di badan sendiri .
“Butik MC Vogue memang antara destinasi pilihan saya setiap kali membeli belah. Memang berbaloi. Tak sangka pula ditawarkan kerjasama ini beberapa bulan lalu. Memang terkejut pada awalnya. Tapi saya bersyukur kerana menjadi pilihan mereka.
Tahniah kepada Elfira Loy dan suami. Semoga El dan kandungan sentiasa sihat. Tak sabarnya nak tengok Elfira Junior ni!#keluargamag
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.