Sedang hangat diperkatakan isu doula yang menjadi bualan kini. Ekoran salah pendekatan, ada yang merangut nyawa.  Namun, ada yang berkongsi cerita mengenai isu ini. Ceritanya penuh pengajaran dan bermanfaat buat mereka yang ingin memberi yang terbaik buat cahaya mata. Perkongsian puan Elliyin Rasif begitu bermanfaat.


Ibu Ini Kongsi Detik Kelahiran Cara Gentle Birth Dengan Doula. Info Yang  Bermanfaat!
With my Doula, Dr Husna ❤️ i love her!

KISAH DOULA, DOKTOR & WATERBIRTH
.
Perkongsian ini didedikasikan untuk ibu-ibu dan bapa-bapa yang menginginkan yang terbaik untuk permata hati mereka. Baca dengan hati terbuka supaya dapat manfaatnya. Yang baik tu dari Allah, yang buruk tu from my shortcomings.
.
Esok (22 Feb 2019) di Analisis bersama Finaz Yunus di TV Al-Hijrah akan berlangsungnya perbincangan tentang DOULA – Peneman Ibu @ Pengganti Doktor? Aku rasa terpanggil untuk berkongsi perjalanan kelahiran anak pertama kami pada 2013 yang menggunakan approach gentle birth bersama kehadiran doula.
.
Anak pertama, siapa tak excitedkan?
Macam-macam persediaan dibuat.
Segala benda boleh baca tentang kelahiran aku akan selam.
Segala support group tentang kelahiran aku join. Semangat kan? ?
.
[ #BIRTHPLAN ]

Ibu Ini Kongsi Detik Kelahiran Cara Gentle Birth Dengan Doula. Info Yang  Bermanfaat!
.
Masa ni aku terbaca tentang “Gentle Birth” & “Water Birth”.
Kelahiran yang membahagiakan; untuk ibu & anak. One that you will remember with a smile.
Aku fall in love dengan konsep “Gentle Birth” & “Water Birth”! Aku terus plan untuk kelahiran idaman!
.
Melalui support group & media sosial, seorang doula menyapaku untuk bersama-sama menyokong journey gentle birth aku ketika detik kelahiran nanti. Aku sambut baik perkenalan ini! Fuh, semakin hampir detik kelahiran, aku rasa makin teruja; tak sabar nak jumpa baby! ?
.
[ #GENTLEBIRTH ]

IKLAN
Ibu Ini Kongsi Detik Kelahiran Cara Gentle Birth Dengan Doula. Info Yang  Bermanfaat!
Check up dengan Dr Idora. Masa ni ingat masih 3.5kg lagi.

.
Di sini titik perbezaan dalam cerita aku.
Yes, aku mahukan mahram yang menguruskan kelahiran.
Yes, kalau boleh nak zero intervention – tak nak epidural, induced labour, cesaerean etc
Yes, aku nak waterbirth & gentlebirth.
Yes, aku nak ada doula bersama dalam proses kelahiran.
.
TETAPI! Aku tidak bercadang untuk merisikokan anak yang bakal lahir, atau nyawa aku sendiri dengan membelakangkan kehadiran seorang doktor pakar.
.
Aku mendaftar untuk proses waterbirth di Hospital Pantai (sekarang takde dah kot?) bawah seliaan Doktor Idora. She’s absolutely amazing! Memang aku ada birth plan semua & she supports the birth plan with only one condition; doula shall not intervene with medical decision. I happily agreed!
.
[ #MYDOULA ]
.
Satu benda best & PENTING aku nak highlights, doula aku pun bakal doktor la! Bukannya doula tanpa background medical belajar berapa jam tetiba nak ganti kerja doktor. Pada 2013, Husna adalah pelajar tahun akhir perubatan di Mansoura University (Egypt), sekarang dah masuk bertugas dah pun husband & wife sebagai doktor.
.
She was so amazing! Dan tahu tak? Husna adalah kes waterbirth pertama di Egypt dengan kehadiran doktor pakar di sana. Siap masuk paper di Alexandria.
.
Sepanjang proses kelahiran, Husna was there by my side guiding me through zikir, breathing technique, ajar Zada (my hubby) macam mana nak urut & ease my pain (i declined epidural), calming me.

.
MOST IMPORTANTLY? Doktor Idora & nurses semua ada standby. ?
.
[ #MYDOCTOR ]
.
Mujur ada Dr Idora. I experienced complication. Prolonged labor. After 36-hours-long of trying to birth; baby dah engage, dah turun, naik balik; turun naik turun naik. Dr Idora called for intervention. At this time, Dr inform, baby dah tacky-cardiac (nadi tak stabil), she also informed that she will go ahead with vacuum.
.
I agreed with a heavy heart; but I knew it was necessary; for the safety of my baby & I. Aku keluar dari air (not without many helped), dan naik ke birthing bed.
.
Korang agak-agak, vaccum berapa kali baru baby keluar? Cuba la teka. ? Ni macam drama horror tau tak?
.
5 KALI, BEB! Yes, vaccum 5 KALI; DAN! Baby tak keluar pun! Kah! Boleh tak bayangkan, masa vaccum yang ke 5 tu, Dr Idora siap pacak kaki kat katil to stabilize her stance; and pull with all her might.
.
Masa tarik last tu, memang bersepah darah— and baby tak keluar pun. Ko rasa? Tapi masa tu memang dah tak fikir sakit ke apa pun, nak baby keluar je.
.
Dr Idora decided, kita proceed episiotomy & forceps. Hah tak tau epi & forcep tu apa? P la Google. I mula-mula reluctant, bukan sebab apa; sebab takut. Kah! ? Dr kata, dont worry, insyaAllah semua will be okay; jahitan kemas and will recover cepat.
.
Alhamdulillah, baby keluar dengan selamatnya. Dr Idora siap sapa baby dengan salam,
.
“Assalamualaikum Elle Zahraa Khan!”
.
Nurse terus timbang and rekod masa kelahiran. 4.04KG!!! Terkejut Dr Idora! Last check up, 3.5KG, tiba time lahir above 4KG, unexpected. Birthing canal too small for my baby. Tu yang turun naik turun naik.

IKLAN

“Baby bazaar Ramadhan ni” seloroh Dr Idora. ? aku pun sempat ketawa. Selesai skin to skin contact dan delayed cord-clamping, nurse terus bawa Zahraa ke NICU.
.
Lepas selesai tu rasa macam baru menang perang! ?
Alhamdulillah.

.
[ #CONCLUSION ]
.
Bukan tak boleh nak ada Doula. Doula boleh hadir sebagai peneman. Tapi Doula ni bukanlah sebagai satu-satunya orang yang hadir jadi pengganti Doktor. Walaupun Doula aku seorang yang berlatar belakang medical sekalipun, aku tetap pastikan keputusan medical dibuat oleh doktor bertauliah.
.
Kebanyakan ibu muda dalam komuniti Gentle Birth, salah faham konsep gentle birth. Dorang (not all) subscribe to the romanticizing of birth in such a way that absolute no medical intervention should take place because birthing is a natural process. Even to a point, homebirth sendiri became a more desirable choice.
.
Petik kisah Maryam AS di banir tamar dan tentang kebergantungan pada Allah.
.
Yes betul. Birthing IS a natural process. Tapi siapa jangka complication macam ni?
.
Bayangkan kalau aku kat rumah time tu?
Mana nak tau baby dah too big? Atau baby tacky cardiac? Allahu..nak fikir pun tak sanggup! ?
.
Aku bersyukur sebab Allah lorongkan aku untuk dengar nasihat Dr Idora bila intervention perlu dengan lapang dada. I returned home with a healthy baby after 4 days. Full breastfeed sampai 2 tahun. Walaupun kita tahu birthing tu natural process, tapi untuk kenalpasti complication & tahu nak buat apa; memang kena serah pada pakar.
.
Dorang bukan belajar dalam satu dua seminar! Mereka dah lihat berpuluh malah beratus/beribu kes kelahiran untuk sampai ke tahap pakar. Kita baru beranak sekali dua, jangan ingat kita tahu semua benda. Jangan jadi bodoh sombong, kita confirm akan rugi.
.
Tak rugi pun ada doktor kat sebelah. You are in good hands & as mother please know, you cannot be more protective than that!

IKLAN

Ibu Ini Kongsi Detik Kelahiran Cara Gentle Birth Dengan Doula. Info Yang  Bermanfaat!
.
Love,
ELLE RASIF
GentleBirthing Mama

.
.
#mommybesmart #analisis #tvalhijrah #doula #waterbirth

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI