“Seminggu baru detect. Itu pun sebab perasan hidung dia berair sebelah. Dan bila dia bercakap busuk sangat. Ingat sebab dia tak gosok gigi. Tapi bila gosok gigi still busuk.”

Begitulah situasi yang dilalui olah seorang ibu,puan Eradiah Jasmi tanpa disangka, dalam hidung anaknya terdapat bendasing tanpa pengetahuannya. Setelah hampir seminggu, dengan bahagian hidung mengeluarkan bau busuk, barulah menyedari dalam hidung anaknya terdapat tisu. Kejadian itu berlaku ketika anaknya berusia 2 tahun 4bulan.

Menerusi perkongsian menerusi group Kami Suri Rumah, beliau mengimbau kisah anaknya ketika tersumbat tisu. Kini, perkara yang sama terjadi kepada anak bongsunya yang berusia Adik 2 tahun 3 bulan namun kali ini tersumbat biji kacang pula.

Memang mencabar mengasuh anak-anak ketika sedang lasak dan aktif ke sana ke sini. Semoga kisah ini menjadi iktibar buat ibu bapa agar mengawasi anak-anak untuk mengelak daripada perkara yang berbahaya.

Ikuti perkongsian ini.

Ibu Ini Tak Sangka Dalam Hidung Anak Ada Tisu, Seminggu Baru Tahu Selepas Bau Busuk Dan Berair, Rupannya Sudah Bernanah!

IKLAN

Siapa pernah anak tersumbat benda asing dalam hidung. Ni anak bongsu saya, dia masukkan kacang tanah dalam hidung. Sebelum ni abang dia juga pernah sumbat tisu ke dalam hidung, seminggu baru detect. Itu pun sebab perasan hidung dia berair sebelah. Dan bila dia bercakap busuk sangat. Ingat sebab dia tak gosok gigi. Tapi bila gosok gigi still busuk.

Dr kata alahan tapi nasib baik check hidung. 

Jumpa Doktor, Doktor kata allergic. So Dr bagi ubat allergic tapi sy tak puas hati so saya suruh Dr try check dlm hidung Dia sb kita perasan dia asyik tak selesa dgn sebelah hidung tu Pastu pelik selsema nya sebelah sahaja. Bila Dr suluh memang ada la
Tapi senang kepit terus boleh keluar. Memang dah bernanah n berdarah
Busuk tu Allah je taw.

IKLAN

Kini adik pula tersumbat kacang dalam hidung
Tapi si adik ni, puas pergi semua klinik depa tak ada alat sebab adik punya bulat susah nak kepit. Jadi ada Dr suggest suruh pergi klinik ENT. Jadi sy ke klinik ENT dan depa buat suction. Bila Dr, suction terus kacang tu ke dalam dan hilang.

Dr buh normal saline dan mohon pantau anak ketika dia tidur moga dia punya pernafasan back to normal. Saya berharap tiada apa lah yg berlaku. Dari pukul 6 tadi tidur sampai sekarang tak bangun. Penat meronta dan menjerit sakit agaknya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi tip jika menghadapi situasi seumpama ini.

IKLAN

Puan-puan, Kalau anak-anak jadi gini. Mohon bagi tengok matahari atau bagi bau lada hitam supaya dia bersin. Atau ibu boleh buat cara mouth by mouth dgn 1 hidung anak ditutup, tarik nafas panjang dan hembus ke dalam mulut anak. Supaya benda asing tu mudah keluar. Kalau tidak boleh juga mohon terus ke hospital. Jgn sesekali guna jari atau alatan yang menyebabkan keadaan makin sukar.

Semoga jadi iktibar untuk awasi keselamatan anak-anak.

Sumber: Eradiah Jasmi

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI