Ibu Mertua Kongsi Resipi Buat Cekodok Pisang Rangup Di Luar & Lembur Di Dalam. Tak Berminyak Dan Lembut!

Share

Cekodok pisang makan panas-panas dan lembut memang sedap! Jika ada pisang di rumah tu apa kara cuba resipi ini.

Ikuti perkongsian dari puan, Akma Razali ini sangat sedap, gebu dan luaran pun rangup. Paling best, kurang berminyak dan enak di makan. Confirm licin, anak-anak suka!

Nak share resepi buat cekodok pisang paling simple. 

Uma mantuhak (ibu mertua) saya ajar, dah jadi kesukaan saya & anak2, masa panas tekstur nya rangup di luar & sangat lembut di dalam, dah sejuk pon lembut sedap di makan.

Bahan-Bahan

16 biji Pisang Emas
3 senduk nasi tepung beras cap bunga teratai.
2 sudu tepung goreng pisang adabi (kat pic saya guna jenama lain sebab dah habis kat kedai yang adabi)
Secubit garam.

Nota: Saya tak letak gula sebab pisang emas dah manis, kalau nak letak pun boleh, terpulang pada citarasa masing-masing.

Cara penyediaannya

16 biji pisang emas
Dah lenyek tambah secubit garam
3 senduk tepung beras + 2 sudu tepung goreng adabi (saya suka yang adabi sebab wangi) tapi dah habis kat kedai pakai yang ada je
Gaul molek guna tangan
Basahkan tangan lepastu jemput kan bulat2 dalam kuali yg dipanaskn minyak tadi
Bulat-bulat je.
Kaup balik kacau dengan senduk.
Lebih kurang la rupa
Ha dah siap, simple sangat bahan nye

Sumber: Akma Razali

IKLAN