Ibu Mohon Doa, Anak Bertarung Nyawa, Tempurung Kepala Retak, Ditolak Rakan Di Sekolah

Share

Ibu mohon doa, anak bertarung nyawa, tempurung kepala retak, ditolak rakan di sekolah. Tiada yang lebih berat bagi hati seorang ibu selain melihat anak yang disayanginya terlantar sakit dan tidak sedarkan diri.

Ibu Mohon Doa, Anak Bertarung Nyawa, Tempurung Kepala Retak, Ditolak Rakan Di Sekolah

Begitulah perasaan yang sedang ditanggung oleh keluarga kecil ini apabila puteri kesayangan mereka, Aisyah Sofia Rohaizan, kini bertarung nyawa akibat kecederaan serius di kepala.

Berikut perkongsian Zalinda Lin tentang keadaan anaknya.

Kejadian yang berlaku benar-benar mengejutkan. Menurut ibunya, Aisyah telah didorong jatuh oleh rakan sehingga mengakibatkan tempurung kepalanya retak, pendarahan dalam kepala, dan koma.

Sehingga kini, dia masih menjalani rawatan rapi, sementara keluarga terus menunggu dengan penuh harapan agar Allah mengurniakan keajaiban kesembuhan.

Dengan penuh rasa rendah hati, saya memohon semua kenalan, sahabat dan ahli keluarga agar sama-sama menitipkan doa buat anak saya, Aisyah Sofia Binti Rohaizan, yang kini sedang bertarung nyawa selepas ditolak jatuh sehingga menyebabkan tempurung kepalanya retak, berlaku pendarahan dalam kepala dan tidak sedarkan diri.

Saya tak tau dan tak boleh nak fikir sekuat mana kawan dia tolak sehingga menyebabkan kecederaan tersebut. Sesungguhnya saya redha dan cuba berlapang dada atas apa yang terjadi.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, memudahkan segala urusan rawatan, melindunginya dari sebarang komplikasi, serta mengembalikan senyuman dan keceriaannya seperti sediakala. Semoga ada di antara kalian Yang Allah angkat doanya. Amin…

Marilah kita sama-sama mendoakan agar Aisyah segera kembali pulih, mengembalikan senyuman dan keceriaannya seperti sediakala. Semoga Allah memberi kekuatan kepada keluarganya dalam menghadapi ujian ini. Amin.

Sumber: Zalinda Lin

Baca artikel lain juga: Kes Zara Qairina, Keluarga Nafi Anak Terlibat, Sudah Berhenti Sejak Awal Tahun

Kes Zara Qairina: Laporan Bedah Siasat Ambil Masa,Paling Lambat Mungkin Dua Bulan- Peguam

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my