Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat kejayaan anak-anak kan. Pelbagai cara dan kaedah dicuba bagi memastikan anak-anak mudah belajar, termasuklah menitik beratkan soal pengambilan makanan yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan.
Perkongsian menarik ini diperoleh dari facebook Roszita Fathrul Jaman. Menurut Roszita yang mesra disapa MamiTa, petua ini dikongsikan oleh cikgu tuisyen anaknya yang berbangsa Cina.
Petua ini dikatakan baik untuk kesihatan anak-anak terutama dalam memastikan mereka lebih peka, terang mata dan kesihatan yang lebih baik terutama untuk peperiksaan. Jom ibu-ibu kita cuba petua ini untuk anak-anak nanti.
Cikgu tuition add math Adeq suruh buatkan untuk Adeq minum setiap hari hingga exam.. Campuran goji berry + kurma cina slow cook selama 6jam.. Hanya 2 jenis bahan sahaja.. No GULA!!
Ads
Kata cikgu tuition Adeq untuk Adeq lebih peka, terang mata & kesihatan yang lebih baik untuk exam.. Orang2 cina surely tahu kan?? Sebabnya minuman nie amalan orang2 Cina.. Banyak kelebihannya..
MamiTa buat lah demi Adeq sebab tahun nie nak SPM… Mana yang baik kite cuba demi anak2.. Tak salah mencuba perlara yang baik2.. Tak kesahlah amalan mana2.. Asalkan bukan yang jahat2…
Ads
Cara masak sangat2 senang.. Campurkan 2 bahan nie.. Masak guna slow cooker lagi bagus.. Tinggal sikit tambah saja beberapa kurma cina + goji berry ikut suka hati.. Biarkan masak beberapa jam.. Kalau takde slow cooker bole saja pakai periuk.. Masak api perlahan selama beberapa jam… Lagi lama lagi bagus…
Ads
Tq so much buat cikgu tuition Adeq yang berbangsa Cina.. Selalu ajar banyak perkara termasuk untuk kesihatan Adeq…
Setiap orang miliki momen indah bersama orang tersayang. Tidak kira yang masih bernyawa atau yang sudah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Justeru, barangan milik arwah pasti meninggal memori yang cukup manis buat kita. Demikian juga dengan seorang pengguna media sosial, Ezeet Abu Bakar.
Dalam satu perkongsian, dia meluahkan rasa kagumnya apabila terjumpa barangan dapur yang sudah lama tamat tempoh tetapi masih tersimpan elok di dalam kabinet dapur milik arwah ibunya.
Antara barangan yang dijumpainya adalah serbuk koko, serbuk baking powder jenama Royal yang dikeluarkan sebelum negara mencapai kemerdekaan.
“Saya mencuba sendiri serbuk koko tersebut hari ini, serius boleh diminum lagi dan masih segar rasanya. Mereka jujur dan ikhlas menjaga kualiti produk keluaran mereka,” tulisnya di laman Facebook.
“Terkejut saya bila buka kabinet dapur ibu, ada lagi barang-barang dapur yang masih belum dibuka, masih elok seal dengan aluminium dan selepas dibuka, tiada kulat atau sebarang serangga.
“Saya amati tin-tin tersebut sambil mengenangkan arwah ibu yang membesarkan kami. Kemudian saya ternampak harga dan tarikh luputnya, yang paling saya terkejut, baking powder ibu expired pada 4 Ogos 1951,” ceritanya.
Serbuk koko dan tarikh luputnya (kanan atas) serta tarikh luput pada tin baking powder.
Menurut Ezeet, barangan tersebut ditemuinya ketika dia mengemas rumah arwah ibunya di Muar, Johor, sewaktu negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jelasnya, dia sudah hampir tujuh tahun tidak menjejakkan kaki ke rumah tersebut, iaitu setelah kematian ibunya.
Ezeet turut bercerita mengenai satu tin serbuk koko larut jenama Van Houten yang masih elok untuk digunakan walaupun tarikh luputnya adalah pada 1 May 1998, iaitu sekitar 23 tahun lalu.
“Bila saya buka serbuknya masih gebu lagi, jadi saya bancuh dengan susu pekat dan sedikit garam.
“Rasanya memang berbeza dan elok sangat lagi, terduduk saya bila minum secawan, terus saya menangis terkenangkan ibu.
“Saya mengimbau balik keadaan ibu masa tahun 1978, umur saya baru empat tahun, kemudian saya teringat bangunan lama, bazar termasuklah Muar Trade Center dan kenangan saya duduk di kerusi rotan yang diletakkan di atas palang basikal,” katanya, yang juga seorang jurutera mekanikal.
Ezeet turut menjumpai buku dekorasi milik ibunya.Menurut Ezeet, ibunya yang juga seorang doktor meninggal dunia sekitar enam tahun lepas disebabkan jangkitan kuman.
Katanya, serbuk koko dengan berat bersih 125gram serta lengkap dengan tanda harga ‘RM3’ itu mungkin digunakan ibunya untuk membuat kuih raya.
“Serbuk koko tu rasanya ibu nak guna untuk buat kuih raya tapi keadaannya bila saya jumpa masih belum dibuka, mungkin sebab waktu tu anak-anak sudah berhijrah kerja di Kuala Lumpur.
“Kalau tengok pada tahun itu, dia tinggal sendirian, tiada siapa bantu dia, mungkin sebab itu barangan tersebut tidak terusik.
“Itu yang membuatkan saya terkenang semula, kalau berpandukan pada tarikh luput tersebut mungkin dia beli pada tahun 1995 atau 1996,” katanya, sambil menambah ibu dan bapanya berpisah pada tahun 1987.
Saya menghargai kenangan. Biar tiada duit tak mengapa asalkan saya boleh simpan (barangan antik) untuk generasi yang akan datang.
Selain makanan, Ezeet yang pulang ke rumah bersama isteri dan anaknya turut menjumpai buku resepi lama serta buku dekorasi milik ibunya.
“Buku resepi ini boleh dijilidkan semula sebab masih elok lagi.
“Ia mengandungi resepi tradisi yang tidak menggunakan rempah ratus segera dan ilmu ini boleh dikongsikan dengan generasi terkini,” katanya.
Menurut Ezeet, dia sendiri sememangnya seorang yang gemar mengumpul barangan lama.
Antara koleksi barangan lama yang disimpannya termasuklah kolek atau sampan berukuran sepanjang lima kaki yang dibelinya, bekas tembakau songel, Zippo (segenis pemetik api) dan tempayan.
Kolek sepanjang lima kaki ini boleh memuatkan satu orang.
Ezeet juga ada menerima beberapa barangan lama lain yang dihadiahkan oleh pemilik asal apabila mengetahui tentang minatnya dalam mengumpul barangan lama.
Menurut Ezeet, dia tidak akan pernah menjual koleksi barangan lama yang dimilikinya.
“Jual? Saya sayang, saya menghargai kenangan.
“Biar tiada duit tak mengapa asalkan saya boleh simpan (barangan antik) untuk generasi yang akan datang,” katanya.
Sedar tak sedar, kemeriahan berhari raya kian terasa. Selain kuih-muih pastinya busana menjadi satu keperluan untuk bergaya di pagi raya. Ibu-Ibu dah siap ke segala kelengkapan raya. Nak nak lagi yang suka tampil sedondon masa hari raya tu. Kenalah segera cari baju kan, last minute karang tak ada pula pakaian yang dihajati.
Dalam memilih busana raya, biasanya biar tampak ringkas, janji selesa dan fabrik pula jenis yang bermutu tinggi. Yang penting tak rimas bila pakai baju yang sama sepanjang hari kan!
Variasi fabrik dari MYDIN ini baik koleksi baju melayu, baju kurung, jubah dan tudung, samping serta songkok pasti memenuhi citarasa dan keperluan anda sekeluarga. Malah, mereka juga menampilkan gaya sedondon sekeluarga. Di MYDIN, segalanya mudah untuk anda!
Kombinasi ungu dan grey menyerlahkan penampilan keluarga ini. Ibu dan anak tampak serasi apabila menggayakan busana rona sedondon. Perincian labuci dan tambahan aksesori pelengkap gaya. Untuk ayah dan anak lelaki selesa menggayakan baju melayu dari fabrik kapas.
Potongan jubah yang longgar memberi keselesaan maksima kepada si ibu apatah lagi setelah seharian penat melayani tetamu yang bertandang ke rumah. Cukup sesuai digayakan bersama tudung dari fabrik sifon. Manakala anak perempuan manis dengan kurung moden di samping aksesori mutiara . Si ayah dan anak lelaki tampak bergaya dengan baju melayu dari fabrik satin dengan pilihan merah lada. Pilihan samping bercorak songket penambah gaya.
Syawal diraikan selama sebulan, semestinya pelbagai busana boleh digayakan tidak sekadar kurung. Rekaan eksklusif kurung moden dengan sulaman bunga dan taburan labuci nyata mengundang keanggunan buat anak dan ibu. Manakala si ayah dan anak lelaki tampak kacak bergaya dengan baju melayu dari fabrik satin.
Kurung potongan moden menonjolkan nilai eksklusif pada rekaan ini. Padanan tudung dari fabrik sifon buat ibu dan anak lebih menyerlah. Manakala si ayah dan anak lelaki tetap sejiwa dengan persalinan baju melayu dari fabrik satin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baju berbau hapak boleh menyebabkan anda kurang selesa terutama apabila berada di tempat ramai orang. Masalah ini berlaku mungkin disebabkan baju tersebut disimpan terlalu lama atau tidak kering dengan betul sebelum anda menyimpannya di dalam almari.
Berikut tiga tip untuk pastikan baju dalam almari anda tidak berbau hapak tanpa mengeluarkan kos yang banyak.
1. Serbuk kopi – Serbuk kopi mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan. Isi serbuk kopi ke dalam bekas atau tin yang bertutup, tebuk lubang di bahagian atas tin tersebut dan simpan di dalam almari. Tak perlu isi serbuk kopi tu penuh satu tin, separuh pun boleh.
2. Sabun buku – Sabun yang terdedah pada suhu bilik, mampu menghasilkan bau yang kuat untuk menjadikan bau pakaian anda lebih wangi. Pilih jenis bau sabun kesukaan anda dan letakkan sabun itu di atas satu lapisan kain nipis di dalam almari.
3. Uncang herba – Isi uncang kapas dengan herba kesukaan anda. Contohnya bunga lavender atau serai, kemudian gantungkan atau letakkan di dalam almari yang bertutup.
Sumber: Era fm
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.