Menjaga kanak-kanak sememangnya sukar lebih-lebih lagi jika mereka sudah meningkat umur dan mula panjang akal. Jadi sebagai ibu bapa, kita seharusnya lebih peka dalam menjaga anak-anak lebih-lebih lagi dari faktor keselamatan.

Jangan hanya membiarkan anak-anak bermain tanpa pengawasan kerana di peringkat usia ini, mereka masih belum mengerti akan erti bahaya.

Kisah kanak-kanak maut kerana terkurung dalam mesin basuh sudah banyak kali terjadi dan ini seharusnya menjadi pengajaran buat para ibu bapa semua.

Seperti yang berlaku baru-baru ini, menerusi satu perkongsian di TikTok, wanita bernama Azura Sapari menceritakan detik cemasnya ketika sedang berada di sebuah kedai dobi.

Sewaktu menguruskan pakaian untuk dikeringkan, kebetulan terdapat seorang lagi ibu di sana bersama empat orang anak yang turut menggunakan mesin basuh layan diri yang lokasinya tidak dinyatakan.

Sementara menunggu pakaian siap dicuci di dalam kereta, Azura melihat kanak-kanak berkenaan sangat aktif bermain tolak bakul tanpa ditegur oleh ibu mereka yang ralit bermain telefon.

[TRENDING] Kepala Aku Dihayun Jurulatih.” Remuk Hati Kakak Allahyarham Prebet Iman Bila Temui Nota Adiknya Di ‘Ragging’ Selepas 5 Bulan Pemergiannya

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

“Saya masuk baju (dalam mesin) untuk keringkan, kemudian saya masuk kereta yang menghadap bahagian dalam dobi. Jadi masa dalam kereta saya tengok budak-budak tu berlari-lari. Saya biar saja.

IKLAN

“Saya perasan mak mereka asyik melihat telefon. Saya tengok mak dia memang tak ada tegur atau buat apa-apa.

“Saya perhatikan anak-anak dia. Salah seorang duduk atas kerusi, dua orang sedang bermain,” ujarnya.

Pada mulanya Azura melihat salah seorang anak wanita tersebut sedang bermain buka-tutup pintu mesin basuh. Tetapi dia mula berasa bimbang apabila melihat si abang cuba mengangkat adiknya yang kecil untuk dimasukkan ke dalam mesin basuh.

“Ingatkan dia nak main buka tutup pintu saja. Tak terfikir pula dia nak masukkan adik dia dalam tu.

“Jadi saya pun tengok telefon semula sebab masa tu saya tengah video call dengan suami. Masa pandang semula (ke arah dobi) eh ada adik dia dalam tu.

IKLAN

“Saya terus keluar dan beritahu salah seorang kawan lelaki yang ada dekat dobi tu. Kawan saya pun terkejut masa tu. Selepas itu barulah wanita berkenaan perasan yang salah seorang anaknya sudah berada di dalam mesin basuh,” katanya.

Mulalah mak dia menggelepar cari telefon sampai terketar-ketar nak call. Ada juga yang cuba cari spanar untuk ketuk pintu mesin basuh tersebut.

Jelas Azura lagi, wanita itu lantas memarahi anaknya dianggarkan dalam lingkungan usia empat hingga lima tahun sebelum cuba menelefon pemilik dobi tersebut.

Mujurlah tiada sesuatu yang buruk terjadi dan mesin basuh yang terkunci itu boleh dibuka semula dengan selamat, cuma anaknya keluar dalam keadaan berpeluh akibat terkurung.
“Masa tu kita risau oksigen kurang ke apa. Lepas si ibu call tuan kedai barulah dia suruh tutup plug. Selepas beberapa minit pintu boleh dibuka,” imbas Azura lagi.

IKLAN

Tegas Azura, dia berharap agar kisah ini menjadi pengajaran buat ibu bapa di luar sana supaya sentiasa memantau anak khususnya saat berada di tempat awam.

Ibu bapa seharusnya mengutamakan keselamatan anak-anak tidak kira di mana mereka berada kerana risiko dan bahaya sentiasa ada tanpa mengira tempat atau lokasi.

Semoga kisah ini dijadikan ikhtibar buat para ibu bapa agar lebih berhati-hati dan peka terhadap anak-anak.

[ARTIKEL PANAS]

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Ibu Ralit Main Handphone, Tak Perasan Abang Letak Adik Dalam Mesin Basuh Dobi. Nasib Baik Ada Yang Perasan…

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI