Ibu Tujuh Anak Ni Buktikan Mata Kanan Buta Bukan Penghalang Genggam PhD. Inspirasi!

Share

Sangat berinspirasi kisah ibu kepada tujuh anak ini yang berjaya menggenggam segulung ijazah Doktor Falsafah (PhD). Walaupun mengalami masalah penglihatan iaitu mata kanan tidak berfungsi, tidak sesekali melunturkan semangatnya bahkan itu dijadikan perangsang untuk terus berjaya

Norhayati Sambak, 52, berkata meskipun mengambil masa selama enam tahun, beliau bersyukur dapat menghabiskan pengajiannya dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beliau yang merupakan pensyarah di UiTM Kelantan berkata anak-anak dan suami adalah pembakar semangatnya untuk menggapai PhD.

“Tipulah, jika tidak pernah ada rasa putus asa, pernah rasa mahu menjual tanah untuk membayar semula duit kerajaan (biasiswa).

“Pernah juga satu tahap, rasa macam sudah tidak nampak (hala tuju) kerana tiada hasil. Bersyukur ada penyelia yang sangat menyokong,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam.

Norhayati kini terpaksa menggunakan kanta pembesar bagi menjalani kehidupan seharian selepas mata kirinya pula menghidap lekangan retina, namun, hal itu tidak memadamkan cita-citanya untuk meraih skrol PhD.

“Tahun lepas, selepas selesai PhD saya terpaksa lalui dua kali pembedahan mata kiri. Mata kanan tidak berfungsi sejak 10 tahun lepas, hanya menggunakan mata kiri sahaja.

“Mungkin terlalu mengharapkan mata kiri, ia terlalu stres sehingga jadi seperti ini (tidak nampak),” katanya yang telah menghasilkan dua buah buku berkaitan kewangan.

Sumber: Bernama


ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden

ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu

BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN