Idea Dekorasi Ruang Laundry Kuarters Polis, Sempit Pun Nampak Kemas Dan Praktikal!

Share

Rumah yang kemas dan bersih pastinya menjadi idaman semua orang. Untuk memiliki rumah yang cantik tidak semestinya perlu sebuah rumah yang besar atau mewah. Jika pandai susun atur dan tata hias rumah pasti, ‘sedap’ mata memandang.

Begitulah yang dipraktikan oleh puan Farah Fairul 

yang tinggal di sebuah kuarters polis. Biarpun memiliki ruang yang agak terhad, namun beliau kreatif menjadikan setiap ruang mempunyai fungsi yang sempurna.

Sebagaimana yang dilakukan kepada ruang membersih atau ruang laundry. Setelah dihias dengan cantik, ruang ini kelihatan kemas dan sedap mata memandang.

Beliau juga berkongsi gambar sebelum dan selepas. Memang jauh berbeza!

Jom ikuti perkongsian gambar beliau menerusi group Kelab Deko Sebelum & Selepas.

‘Deko mini laundry di yard balkoni  rumah kuarters polis’.

SELEPAS

Mesin basuh dan pengering diletakkan bersebelahan. Mudah untuk urusan kerja. Pelengkap hiasan, pokok dalam pasu diletakkan di atas mesin.

Penggunaan rumput tiruan warna hijau penyeri ruang utama menjadikan lebih kemas.

Ruang ini juga jadi tempat penyimpanan penyapu yang disusun kemas.

Bunga gantung sebagai penyeri ruang.

Rak serbaguna diletakan juga di ruangan ini.

Idea yang santai tapi praktikal, Selamat mencuba!

Sumber: Farah Fairul

 

IKLAN