Rumah yang kemas dan bersih pastinya menjadi idaman semua orang. Untuk memiliki rumah yang cantik tidak semestinya perlu sebuah rumah yang besar atau mewah. Jika pandai susun atur dan tata hias rumah pasti, ‘sedap’ mata memandang.
Begitulah yang dipraktikan oleh puan Farah Fairul yang tinggal di sebuah kuarters polis. Biarpun memiliki ruang yang agak terhad, namun beliau kreatif menjadikan setiap ruang mempunyai fungsi yang sempurna.
Sebagaimana yang dilakukan kepada ruang membersih atau ruang laundry. Setelah dihias dengan cantik, ruang ini kelihatan kemas dan sedap mata memandang.
Beliau juga berkongsi gambar sebelum dan selepas. Memang jauh berbeza!
Jom ikuti perkongsian gambar beliau menerusi group Kelab Deko Sebelum & Selepas.
‘Deko mini laundry di yard balkoni rumah kuarters polis’.
Ads
SELEPAS
Mesin basuh dan pengering diletakkan bersebelahan. Mudah untuk urusan kerja. Pelengkap hiasan, pokok dalam pasu diletakkan di atas mesin.
Penggunaan rumput tiruan warna hijau penyeri ruang utama menjadikan lebih kemas.
Ads
Ruang ini juga jadi tempat penyimpanan penyapu yang disusun kemas.
Baru-baru ni, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memohon maaf kerana memuatnaik poster yang dikritik sebagai seksis.
Poster itu dikritik hebat kerana menyarankan wanita beraksi menggoda meminta pasangannya membantu melakukan kerja di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Poster berkenaan mendapat pelbagai maklum balas dikalangan warganet. Ada yang setuju dan sebaliknya.
Menerusi facebooknya Dzun Nurain. beliau berpendapat tidak salah seorang wanita itu kelihatan cantik ketika di rumah asalkan selesa.
Ikuti pandangannya.
Look Good at Home. Salahkah?
Ada ke wanita yg tidak suka pakai cantik-cantik dan kelihatan cantik?
Anda suka sentiasa kelihatan rapi atau serabut?
Mestilah suka kelihatan cantik dan rapi, betul?
Waktu inilah kita sebagai ibu dan isteri beri sedikit masa kepada diri sendiri utk berhias,berpakaian kemas dan bersolek untuk keluarga dan bersama keluarga.
Bukanlah duduk di rumah semasa PKP anda 24jam berbaju kelawar, rambut serabai macam hantu kak limah, anak-anak tengok pun takut, diri sendiri pun rimas.Pada waktu ini suami dan anak2 24jam tengok kita maka ambillah peluang ini berhias sebaiknya untuk mereka.
Kenapa kena berhias walau sekadar duduk di rumah?
Untuk terbitkan rasa gembira dan juga untuk bina aura positif dalam diri. Juga, aura dalam diri kita juga boleh di rasai oleh ahli keluarga kita. Sedap mata memandang.Tak sukakah kalau suami dan anak puji kita cantik? semua wanita suka dipuji betulkan? Kita berhias untuk diri sendiri dan untuk famili. Tiada salahnya malah disarankan oleh agama. Selain daripada dapat bina aura positif dan aura gembira kepada diri wanita itu sendiri, orang2 sekeliling juga akak terasa kesan positif dan suka pandang kita. Tidaklah asyik nak marah-marah saja.
Look Good & Feel Good. Positifkan diri.
SAHUT SERUAN
Dalam pada itu, menerusi fb, Nurul Adila Shafii yang menyahut seruan yang disarankan oleh KPWKM. Beliau tampil dengan berpakaian cantik dan bersolek ketika membuat kerja rumah. Perkongsiannya telah menarik perhatian ramai sehingga meraih lebih 7K share.
“Ibu-ibu kita di rumah… Sahut seruan Kementerian wanita dan keluarga untuk sentiasa berhias dan berpakaian kemas ketika didalam rumah sepanjang tempoh PKP ni. Saya Sudahh.. Ibu2 Semua Bila Lagi.”
Apa yang dapat dilihat, kita mempunyai pandangan yang berbeza. Ia tidak menjadi masalah asalkan wanita itu berasa selesa apa yang dilakukan.
Sumber: Nurul Adila Shafii dan Dzun Nurain
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Khabar gembira menyelubungi keluarga Diraja Pahang apabila Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri, Tengku Puan Bendahara Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan selamat dikurniakan cahaya mata sulung.
Pasangan diraja itu selamat menerima seorang bayi perempuan pada 2 Julai lalu, sekali gus menambah seri dalam keluarga besar Diraja Pahang.
Menerusi kenyataan Majlis Kesultanan Pahang, bayi perempuan berkenaan dilahirkan pada jam 3.35 petang di sebuah hospital di Kuala Lumpur dalam keadaan sihat dan selamat.
Cucunda diraja berkenaan merupakan puteri kepada Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara dan Yang Hormat Mulia Tengku Puan Bendahara. Lebih manis, puteri kecil itu diberikan nama indah, Tengku Nadine Amina Zahra.
Keputeraan Tengku Nadine Amina Zahra pastinya menjadi detik cukup bermakna buat Tengku Arif Bendahara dan Tengku Puan Bendahara yang kini melangkah ke fasa baharu sebagai ibu dan bapa.
Kehadiran Tengku Nadine Amina Zahra juga menjadi penyeri buat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang yang menerima kehadiran cucunda puteri baharu dalam keluarga baginda.
Sempena berita gembira itu, seluruh warga Majlis Kesultanan Pahang merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang atas keputeraan cucunda puteri baginda.
Dalam masa sama, rasa syukur turut dizahirkan atas kelahiran Tengku Nadine Amina Zahra. Doa turut dipanjatkan agar puteri kecil itu dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, keberkatan serta sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT.
Mereka turut mendoakan agar segala urusan Tengku Arif Bendahara dan Tengku Puan Bendahara dipermudahkan dalam menjalankan amanah sebagai ibu bapa. Semoga pasangan diraja ini dikurniakan kekuatan, kesabaran dan kebijaksanaan dalam membesarkan puteri sulung mereka dengan penuh kasih sayang serta didikan terbaik.
Terdahulu, Tengku Muhammad Iskandar selamat diijabkabulkan dengan Tengku Natasya Puteri dalam istiadat perkahwinan diraja yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan pada 24 Oktober 2024.
Kini, kehadiran cahaya mata sulung pastinya melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga pasangan diraja ini. Perjalanan baharu sebagai ibu bapa bukan sahaja membawa kebahagiaan, malah hadir bersama amanah besar dalam membentuk generasi yang berakhlak mulia dan berilmu.
Semoga Tengku Nadine Amina Zahra membesar dalam limpahan kasih sayang keluarga, menjadi penyejuk hati kedua-dua ayahanda dan bonda, serta membawa keberkatan kepada Institusi Kesultanan Pahang. Diharapkan juga puteri kecil ini membesar sebagai seorang insan yang beriman, berakhlak mulia dan sentiasa menjadi kebanggaan keluarga serta rakyat pada masa hadapan.
Keluarga bahagia adalah impian setiap pasangan suami isteri. Dalam membina sebuah rumah tangga sakinah dan mawaddah sudah tentu cara hidup bertunjangkan kesopanan dan tata tertib yang baik.
Namun sejak akhir-akhir ini segelintir keluarga semakin alpa dengan kehidupan sebegitu. Ada yang tanpa segan silu memaparkan kehidupan dan pandangan kepada umum tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.
Sebagaimana perkongsian wanita ini meluahkan rasa kebimbangan terhadap segelintir pasangan suami isteri yang hidup dalam persekitaran urban hingga lupa batas pergaulan dan etika ketika berbicara. Bimbang nanti jejas keharmonian keluarga.
Ikuti lanjut perkongsian wanita ini.
Sebelumnya saya terbaca lalu lalang di wall tentang rancangan temubual beberapa artis lelaki tentang keseronokan babak rogol. Yang berbincang di sana semua suami dan bapak orang. Yang ada isteri. Dan ada anak perempuan.
Tapi tu lah. Orang lelaki ada yang memang otak dia begitu. Lucah memanjang. Kalau tak takdalah pakcik kaki dah reput, gigi tinggal 3 batang pun boleh buat kelakar lagi dengan jiran katil sebelah masa buat senaman.
“Saya ni kaki je tak kuat. Yang lain kuat lagi. Kahkahkahkah!”. Halaaaa…suka sangat. Tu kalau tersedak tu, mahu minta nyawa tu. Tapi yang peliknya bila kita.
Perempuan. Isteri. Ibu. Lalu di wall saya semalam. Seorang perempuan post pada kawannya yang lain. Gambar lelaki. Hanya bertutup daun keladi. Ada banyak gambar. Tapi saya scroll sebelum ternampak yang lebih huduh lagi.
Tak lama selepas kisah minggu lalu. Seorang ibu dan isteri post gambar artis lelaki korea di wallnya dengan emoji love bermata dua.
Tu kisah lepas beberapa bulan KJ dilantik jadi menteri. Bukan sikit ibu dan bini orang post senak dada, berdarah hidung, pecah ovari, tekak berkahak, halkum lekat, buasir.
Satu saja perkara yang boleh terjadi bila kita boleh rasa seronok post dan bercerita benda begini secara umum untuk dilihat orang. Normalisasi.
Bila anggap ia biasa
Kita tak rasa benda tu memalukan. Sedangkan dalam list ‘friend’ kita ada saudara mara, pakcik makcik, ipar duai, tok imam, ketua kampung, mertua, jiran dan mungkin juga anak kita sendiri.
Minat lelaki lain. Cakap benda lucah. Tengok aurat orang. Aurat sendiri juga. Semua benda aib. Yang patut kita malu. Dan kita tak bagi tahu orang. Tapi media sosial buat kita rasa normal benda tu. Semua orang buat. Apa salahnya kita pun buat.
Buat aksi pelik-pelik sebab itu adalah sumber nak bagi laku berniaga. Biasa. Makan dengan suami orang sebab dia kawan yang lama tak jumpa. Biasa. Borak dengan kawan lelaki dalam whatapps sebab dia kawan ofis. Biasa. Puji lelaki lain depan pasangan sendiri. Biasa.
Anak-anak meniru ibu bapa
Biasa yang moga kita tidak lagi biasakan sebab anak-anak kita melihat kebiasaan ibu untuk jadi kebiasaan dia.
Paling sakit bila kita tegur anak-anak tapi anak-anak jawab, “Mak pun sama”. Bila benar ibu adalah ibu, maka dia adalah guru dalam rumahtangga. Kadang asbab dia bukan anak-anak saja, suami pun juga boleh berubah sama. Kalau…
Besar dan kuat pengaruh kredibiliti dia. Sebagai perempuan, isteri, ibu.
3 perkara yang saya perhati bila dipelihara sebaiknya meningkatlah penghormatan diri seseorang wanita walau dia bukan siapa-siapa. Akhlak. Ilmu. Malu. Moga kita lebih bijak seiring usia. Moga kita lebih matang seiring tua.
Sumber: Siti Suryani Yaakop
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.