Jika bukan pengalaman sendiri, pasti anda pernah dengar ibu hamil yang mengidam macam-macam ketika hamil. Betul tak? Kononnya pembawaan budak. Tak kira lah sama ada apa yang diidamkan itu rasional atau tidak.

Itulah topik yang dikupaskan oleh Ajak dan Shuib iaitu ibu hamil yang sedang mengidam ketika segmen pagi di sebuah radio baru-baru ini.

Turut berkongsi pengalaman sama, Shuib bercerita mengenai kenangan manis bersama arwah isterinya yang dikatakan mengidam pelik seperti ingin merasa sabun.

Malah, Shuib turut memberitahu isterinya juga pernah mengidam untuk makan daging Wagyu ketika sedang hamil anak bongsu mereka iaitu Ayash Affan.

“Mengidam hendak makan daging Wagyu. Dia ketap bibir sambil telan air liur dan ketika hamil Ayash Affan ni dia memang suka sangat makan daging Wagyu.

IKLAN

“Isteri Mengidam, Usahalah Tunaikan. Barangkali Itu Permintaan Terakhirnya” -Shuib

“Dan haritu masa dia minta tu, sememangnya Alhamdulillah dapat ditunaikan dan dia terlalu seronok sangat makan daging tu. Seronoknya, Ya Allah, dapat jugak ditunaikan,” cerita Shuib.

Tidak kurang dari itu, Ajak juga sempat memuat naik video di laman Instagramnya yang memperlihatkan reaksi pelawak Shuib ketika radio memutarkan lagu Allahyarhamah isterinya, penyanyi Siti Sarah Raisuddin.

Artikel lain : Cara Nabil Agihkan Masa Untuk Dunia Dan Akhirat Warganet Kagum, Jadi Inspirasi Ubah Diri.

IKLAN

Artikel lain : Bawa Keluarga Bercuti Naik Train Di Luar Negara Tapi Nampak ‘Struggle’, Alif Satar Raih Perhatian Warganet

Dalam video tersebut, Shuib hanya memaling muka tanpa berkata apa-apa saat mendengar lagu nyanyian arwah isteri tercinta dan berkongsi kapsyen “Kalau isteri kita mengidam, Suami usahalah sebaiknya tunaikan..Barangkali itu adalah permintaan terakhir dia.. -Shuib.”.

“Isteri Mengidam, Usahalah Tunaikan. Barangkali Itu Permintaan Terakhirnya” -Shuib

Pelawak dan juga penyampai radio itu turut meninggalkan komen di ruang perkongsian itu dengan mengatakan Ajak telah membuatkan dia mengalir air mata.

IKLAN

“Kau cekik air mata aku pagi-pagi Jak,” tulis Shuib secara ringkas.

Rata-rata netizen turut berasa sebak melihat reaksi wajah Shuib, malah ada juga di antara mereka yang memahami apa yang dilalui oleh pelawak berkenaan.

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI