Dihujung-hujung tahun ini mama pastinya sibuk dengan pelbagai persiapan untuk anak termasuklah jamuan untuk sesi persekolahan hujung tahun anak. Nak bawa menu apa?
Persoalan macam ini selalu jadi masalah untuk mama. Idea hebat tapi ringkas oleh seorang ibu ini, Noor Fadzlin boleh memberi idea kepada semua. Coklat Stik, memang simple. Mesti anak-anak berebut.
POTLUCK JAMUAN SEKOLAH
Wah tambah idea untuk ibu-ibu yang tak sempat nak masak tapi nak prepare potluck jamuan sekolah tu. Satu botol choco spread ni boleh dapat 12 cups ye.
Ads
Lin bukan buat untuk potluck, tapi untuk anak bertuah. Dia kalau pergi appoinment hospital suka betul beli benda gini.
Bukan boleh habis tu dengan harga RM4.50 dijual satu cup dadih tinggi tu. Buat gini biar jimat.
Ads
Harga: untuk 12 orang makan RM16.50 Choc spread RM9.90 (offer price) Biskut Rm5 ( dapat dalam 11@12 batang/pek) Sauce cup 25pcs RM2.40 (0.096/cup) Ziplock 100pcs RM2.40 (0.024/pek) **saiz 7.6cmx10.1cm
Asingkan sos coklat atau coklat spread dalam bekas bersaiz kecil.
Ads
Asingkan juga biskut jejari dalam plastik bersaiz kecil.
Sediakan sekali dengan sos coklat. Siap!
Mudah kan? Jom cuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umumnya, bila bulan puasa keinginan kita untuk mencuba pelbagai jenis minuman yang sejuk, manis dan enak bagi menghilangkan rasa dahaga saat berbuka menjadi suatu perkara yang menarik dan bervariasi seleranya.
Sekiranya hari ini kita berbuka dengan air tebu, esok teringin pula meneguk kesegaran rasa air kelapa, lusa mungkin seleranya berubah mahukan air sirap bandung pula. Dan begitulah dengan hari-hari berikutnya, tentu ada perasaan teringin sesuatu yang istimewa bila bercakap tentang air ketika bulan Ramadan ini.
Jadi apa kata kali ini mencuba rasa minuman yang berbeza dan cukup istimewa. Dikongsikan oleh Nur Byt dan nyata melihat posting gambarnya sahaja sudah menampakkan betapa sedapnya Air Falooda ini.
“Pernah minum air ni kat sebuah kedai arab di Manchester.. maka sy pon gugel cara2 nak buat.. mmg rasa sama mcm kt kdai tu. Boleh buat utk berbuka puasa “–Nur Byt
::: Air falooda :::
Sebenarnya sy buat xde sukatan pon, agak2 je.. Lg banyak bahan lg sedap..
Bahan-bahan:
1 sudu kecil sirap
2 sudu besar agar2 sirap yg dipotong nipis
2 sudu besar Cendol ( yg hijau tu )
2 sudu besar biji Selasih
2 scoop ais krim vanila
Fresh milk ( isi sehingga hampir penuh )
2 sudu besar susu cair * optional
Air gula ikut kemahuan masing2
*** bleh jugak tambah ice cube kalau nak lg sejuk ***
Cara-cara :
1. Masukkan sirap, agar-agar, cendol, selasih dan aiskrim vanilla.
2. Masukkan freshmilk & susu cair diikuti & air gula
Nota :
Fresh milk boleh juga disejuk bekukan terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa lebih sejuk
sumber: Nur Byt via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asyik menu nasi je kan untuk berbuka, apa kata tukar sikit hari ni. Kita cuba pula Bihun Sup Utara buat hidangan seisi keluarga.
Admin kongsikan resipi dari saudara Khairul Abdullah. Cukup simple cara buatnya, guna pressure cooker je, tapi kalau tak ada jangan bimbang, boleh juga guna resipi ini. Cuma masa merebus daging sedikit lama.
Bihun Sup Utara wehhh.
Entah tetiba teringin bihun sup. Terus aku singgah beli barang balik opis tadi. Ambik masa sejam juga nak siapkan semua ni. Kelam kabut masak lupa nak ambik gambar step by step. Sorry naaa.
Ini bihun sup utara, kami tak guna sambal kicap macam hampa, kami guna sambal merah.
Nak buat dia pun senang yakmat.
Nah resepi “Bihun Sup Utara Sambal Merah Tak Sama Macam Geng Joho Sambal Kicap” oleh Superdaddy Khairul Abdullah.
Allahu panjang pulak nama dia.😅
Bahan-bahan untuk sup:
300-500gm daging bersama tulang.
1 ketul sup bunjut
2 batang serai diketuk
1 inci halia diketuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang merah ditumbuk
Cara nak buat sup:
1. Masukkan semua sekali dalam pressure cooker kalau ada dan tambah air ikut banyak mana sup kita nak. Set timer dalam 35 minit dan tekan on.
2. Dah siap, masukkan garam dan gula jika perlu. Keluarkan isi daging dan potong kecil.
Siap.
Bahan nak buat sambal merah:
2 cawan cili kisar 3 ulas bawang putih ditumbuk 3 ulas bawang merah ditumbuk 1 sudu kecil pes asam jawa atau boleh guna asam keping ½ ketul gula melaka atau gula merah 1 sudu kecil garam
Cara nak buat dia:
1. Panaskan 5 sudu minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga harum dan masukkan cili kisar. Kacau sampai pecah minyak beberapa kali. Lagi lama lagi umpph.
2. Kemudian masukkan pes asam jawa, gula dan garam. Kacau sebati dan siap.
Cara nak sediakan bihun:
1. Didihkan air dan masukkan 1 sudu serbuk kunyit. Lepas tu masukkan bihun. Kacau sebati dalam seminit lebih terus angkat dan toskan.
2. Selepas toskan siram dengan air sejuk.
Siap dan hidangkan.
Masukkan bihun, masukkan sup dan tambahkan bahan berikut di atasnya.
Potongan daging Tauhu goreng dipotong kecil Bawang goreng Potongan daun sup Potongan daun bawang Lobak masin Potongan limau
Siappp.
Tahun 80-90an dulu kat Loqstaq ada bihun sup kat tepi tangga Pekan Rabu. Semangkuk seringgit ke seringgit setengah kalau tak silap. Rindu betul aku kat bihun sup tu.
Sedap yarobbi.
Yang kita buat ni hampir sama macam yang tu.
Hampir tau, aku still tak dapat rasa yang sama. Tak tau depa boh apa, cari tak jumpa. Tapi yang ni pun dah cun sangat dah.
Macam kamu.
Cubalah.
#superdaddy #bihunsuputara
P/S: Banyak lagi resepi aku yang simple mudah dan cepat di Instagram @mynameiskhairul
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kata pepatah nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jika kita rajin semua benda pasti akan jadi.
Untuk ibu-ibu yang buntu tidak tahu menu apa untuk hidangan minum petang buat seisi keluarga, cuba resipi mudah ini. Mungkin sebelum ini anda hanya membeli di kedai sahaja, kali ini pikat selera anak-anak dengan buat sendiri Kek Gulung Swiss. Jika buat dihujung minggu, boleh ajak anak-anak bantu anda di dapur.
Apa kata cuba resipi viral Kek Gulung Swiss yang hanya menggunakan kuali sahaja. Menarik bukan, jom semak resipinya!
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
3 biji telur (asingkan kuning dan putih telur).
30 gram mentega.
50 gram susu.
Minyak zaitun.
Putih telur.
Gula.
250 gram tepung kek.
Cara-caranya ialah:
#1 Campurkan kuning telur, minyak zaitun, susu, mentega dan gula ke dalam satu bekas. Kacau adunan itu sehingga sebati dan tambahkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau lagi.
#2 Pukul 3 biji putih telur perlahan-lahan dan tambah putih telur lagi apabila ia mula mengembang. Pukul sehingga putih telur itu mengeras dan gebu.
#3 Satukan adunan tepung dan putih telur tadi dan kacau sehingga sebati.
#4 Sapukan kuali dengan sedikit minyak zaitun dan tuangkan adunan kek ke dalam kuali. Pastikan kuali tidak dipanaskan dan tiada gelembung udara dalam adunan kek tersebut.
#5 Dengan menggunakan api yang kecil, bakar kek tersebut selama 6 minit. Pastikan anda memeriksa keadaan api di bawah kuali. Apabila bahagian atas kek mula berubah warna, balikkan kek tersebut dan bakar selama 2 hingga 3 minit lagi.
#6 Selepas kek masak, keluarkan dari kuali dan letakkan di atas kertas minyak. Sebagai pilihan, anda boleh meletakkan krim atau jem untuk menambahkan lagi keenakan rasa dan meningkatkan persembahan kek supaya menjadi lebih menarik.
#7 Gulungkan kek tersebut dan potong.
Kek yang lazat sudah tersedia untuk dimakan. Sangat mudah dan menyelerakan bukan?
Tips untuk mendapatkan putih telur yang kembang dan gebu dalam masa yang singkat:
♥ Letakkan mangkuk berisi putih telur di dalam peti beku atau selama 7 minit sebelum dipukul sehingga kembang.
♥ Putih telur yang lebih sejuk akan mengambil masa yang singkat untuk mengembang sebelum ia dikaup balik untuk dicampur dengan adunan yang lain.
Sumber: malaysiabolehbro.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di