“Kenapa ye ikan bilis yang baru digoreng terasa rangup bila dimakan. Tapi bila telah lama, terasa liat dan tidak sedap pula untuk dimakan? Tapi ada orang lain tu, masak ikan bilis elok sahaja rasanya. Malah boleh disimpan dalam tempoh yang lama dan bila dimakan kekal rangup. Apalah rahsianya ya…?”
Mungkin persoalan ini juga bermain-main difikiran sebahagian antara kita. Terasa ingin juga diketahui apa rahsianya. Untuk itu, jom kita baca perkongsian daripada Wanie Ishak berkaitan petua ikan bilis goreng lebih rangup dengan menggunakan cuka masakan.
Menurut Wanie, ikan bilis yang digoreng garing memang sedap dimakan dengan pelbagai cara. Boleh dimakan bersama nasi lemak, bubur nasi dan juga boleh dijadikan rencah dalam nasi goreng. Tapi tahukah uols cara untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang sedap dan kerangupannya tahan lama? Jom cuba petua ini.
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis
Cuka makan
CARA-CARA:
1.Bersihkan ikan bilis dan masukkan ke dalam bekas.
2.Masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis.
Ads
3.Perap selama 5 minit.
4.Goreng ikan bilis seperti biasa. Insya-Allah ikan bilis uols akan lebih garing dan kerangupannya mampu bertahan lama.
Ads
Selain itu, menurut perkongsian daripada Mis Bie, dia mempunyai caranya yang tersendiri untuk pastikan ikan bilis yang digoreng bukan sahaja kekal rangup bahkan akan pastikan ikan bilis dicuci bersih sebelum digoreng.
Katanya masih ramai lagi yang tak tahu rupanya macam mana untuk ikan bilis kekal rangup walaupun dicuci bersih..sebab ramai yang memilih untuk tak cuci ikan bilis terus masuk dalam minyak untuk mantain rangup..
“halalan toiyiba” sayangku
Suka saya share disini untuk manfaat semua
Ads
1.cuci ikan bilis bersih sebersihnya
2,tapis, tos kan bagi kering sedikit, saya tos lebih kurang setengah jam, sebab kalu tak tos nanti bergumpal dengan tepung jadi cekodok pulak ikn bilis korang
3.lepas dah tos campak je dalam pinggan yang korang dh letak tepung.
Tepung apa?? Tepung gandum je guys..suka hati la cap apa,,cap sauh ke lili ke janji tepung gandum
*tips : pastikan korang gaul dengan tepung.. ikan bilis tu tak bergumpal..kalau tak nanti dalam kuali memang tak habis wristling la gamaknya
*tips: ikan bilis yang tak terlalu basah comfirm tak bergumpal punya..toskan jela elok-elok
Masukkan ikan bilis yang da di gaul dalam tepung td kedalam minyak panas, api jangan besar ye,,just nice je,,baru la ikan bilis tu masak elok and rangup..
Ikan bilis ni boleh la makan dengan nasi lemak / buat sambal..rangup nye tu memang power,,tak caya cubalah
Seorang anggota penyelamat tidak menyangka menemui bayi comel dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Tidak dapat keluar apabila tingkat bawah dinaiki air
Sarjan Awang Abdullah Sani Awang Alehan, 42, dari pasukan Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta, di sini berkata beliau bersama tiga lagi anggota yang sedang menaiki bot menemui keluarga bayi berkenaan terkandas di tingkat atas sebuah rumah teres dua tingkat.
Katanya bayi perempuan berusia empat bulan itu bersama ibu bapanya dan seorang lagi kanak-kanak, diselamatkan selepas mereka tidak dapat keluar apabila tingkat bawah rumah berkenaan dinaiki air paras pinggang.
“Petang itu saya memandu bot bersama tiga lagi anggota dan dua daripada kami terpaksa memanjat sengkup rumah tersebut sebelum membawa mereka keluar melalui tingkap,manakala saya dan seorang lagi anggota menyambut mangsa menaiki bot untuk dihantar ke tempat selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Semalam, gambar Awang Abdullah Sani memegang bayi perempuan bertopi dan berpakaian serba merah tular serta dikongsikan di media sosia Facebook dan Instagram Polis Diraja Malaysia (PDRM), dengan rata-rata netizen melahirkan rasa syukur dan terharu bayi comel itu dapat diselamatkan.
Awang Abdullah Sani yang juga bapa kepada lima anak, berkata beliau antara 128 anggota dan pegawai PGA dari Perak iaitu Batalion 1, Batalion 2, Batalion 3, Batalion 6 dan Pusat Latihan PGA yang dikerahkan bersama bot ke Selangor bagi bantuan operasi menyelamat mangsa banjir sejak Ahad lepas.
Berkongsi lebih lanjut, Penolong Jurulatih Jasmani Pusat Latihan PGA Hulu Kinta yang sudah 21 tahun berkhidmat itu berkata operasi bantuan tersebut disifatkan amat bermakna bagi pasukannya kerana dapat membantu ramai mangsa walaupun kepenatan.
“Sejak dari Ahad lagi kami sibuk dengan kerja-kerja menyelamat dan sanggup tidak tidur demi menyelamatkan mangsa banjir. Saya hanya sempat tidur dua jam pada hari ketiga (semalam), malah gambar yang tular itupun saya ketahui melalui orang lain,” katanya.
Menurutnya beliau terkejut apabila dimaklumkan bahawa gambar itu turut dimuat naik di Facebook dan Instagram PDRM sehingga meraih pelbagai komen warganet
Zaman sekarang ni, semuanya harga melambung! Kalau dulu, RM50 boleh beli penuh plastik, sekarang ni berapa barang je dah menjangkau bajet tersebut. Jika dulu, nak berjimat orang akan makan nasi berlauk sardin tin, tapi sekarang nak beli sardin pun boleh fikir dua kali!
Daripada merungut dengan harga barangan, sebaiknya kita cari alternatif sendiri je pelbagaikan skill masakan. Misalnya, buat sendiri sardin di rumah! Kalau tak nak guna ikan sardin tu sendiri, nak tukar ke makerel atau ikan tamban pun boleh. Asalkan jimat dan diyakin selamat sebab buat sendiri kan?
Jom ikuti step by step cara nak buat homemade sardin yang dikongsikan oleh Norlela Abdul Lahak ini.
Sardin Homemade
Bahan-bahan:
Ikan (2kg)
Tomato puri (1 tin)
Cili kisar (2 senduk)
Bawang kisar (2 senduk)
Air asam jawa (1 cawan)
Sos cili (1 botol)
Garam
Serbuk perasa
Cuka
Minyak (untuk menumis)
Cara membuatnya
1. Tumis dahulu bawang kisar dan cili kisar sehingga minyak pecah.
2. Kemudian, masukkan air asam jawa, cili sos dan tomato puri.
3. Tambah air sehingga menutupi ikan. Lebih pun boleh kerana kuah akan cepat pekat apabila masuk dalam pressure cooker nanti.
4. Masak kira-kira dalam 60 minit, Tulang ikan akan menjadi lembut seperti sardin tin yang selalu dibeli.
Bagi yang tidak ingin menggunakan pressure cooker, anda perlu memasak selama 3 sehingga 4 jam.
Namun, hasilnya tidak begitu cantik jika dibandingkan dengan menggunakan pressure cooker.
Untuk resepi ini, ia dapat menghasilkan sebanyak 5 bekas bagi ikan seberat 2kg. Selamat mencuba!
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tahun lepas negara dikejutkan dengan kebakaran sebuah Pusat Tahfiz sehingga mengorbankan 23 nyawa. Pelbagai pandangan dan reaksi masyarakat atas kes tersebut. Namun, ia hanya hangat seketika, kemudian sepi begitu sahaja.
Terbaru, muncul pula kes anak-anak tahfiz yang trauma akibat diseksa secara seksual sama ada diliwat, rogol dan sebagainya.
Pelbagai reaksi diberikan dan ada yang memberi pandangan supaya pusat tahfiz ditutup. Ada yang bersetuju tak kurang menempelak dengan cadangan tersebut.
Sebelum ini satu perkongsian seorang ayah yang menghantar anaknya ke pusat tahfiz cukup terkesan di hati netizen. Luahan hati seorang ayah yang menyerahkan hidup dan masa depan anaknya pada jalan Allah. Sungguh hebat dan besar pengorbanan ini.
Penulis kira apa yang dikatakannya adalah benar dan semoga pengkongsian ini bermanfaat dan membuka mata semua. Insyaallah.
Assalamualaikum,
Rentetan tragedi Maahad Tahfiz baru-baru ini, izinkan saya untuk meluahkan rasa sebagai seorang ayah yang menghantar anaknya ke Mahaad Tahfiz.Ini adalah berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh ramai pihak mengenai kejadian tersebut.
TPM mengatakan jangan gadaikan keselamatan untuk akhirat, ada selebriti yang begitu lantang marah dengan mudir dan pengurusan tahfiz, ada figura ternama yang minta semua tahfiz tidak berdaftar ditutup serta merta dan ramai pula yang mempertikaikan ibubapa tidak mementingkan aspek keselamatan.
Sebenarnya saya juga tidak tahu banyak mengenai tahfiz sebelum saya menghantar anak saya ke tahfiz 3 tahun yang lalu. Naufal seawal usia 9 tahun telah menyatakan minat untuk masuk tahfiz. Tanpa melengahkan masa kami mengambil ķeputusan untuk menghentikan sekolah akademiknya (walapun dia cemerlang dalam akademik) dan mencari tahfiz yang sesuai. Ketika itulah baru kami sedar bukan senang mencari tahfiz.
1. Kalau yang berdaftar biasanya akan hanya menerima pelajar 13 tahun ke atas. 2. Kalau yang cantik dan lengkap dan dikelolakan oleh ustaz selebriti biasanya mahal dan di luar kemampuan kami dan agak jauh dari rumah.
Akhirnya kami ketemu sebuah tahfiz yang baru di buka di pinggir Ttdi Jaya. Rumah corner lot yang serba kekurangan, tapi saya berbincang dengan isteri dan mengambil keputusan untuk hantar juga Naufal ke situ.
Bukan tidak terdetik apa yang akan berlaku jika ada kebakaran kerana tidak ada pintu kecemasan, tetapi seperti ibubapa lain yang menghantar anak ke tahfiz, kami bukan menyerahkan anak kepada tahfiz tetapi mewakafkan anak ini untuk Islam dan yakin Allah mempunyai perancangan yang baik untuknya. Tapi tahukah berapa kali kami menangis bila menghantarnya pulang lepas bercuti. Dapatkah aku lihat wajah ini lagi ya Allah…
Tahun lepas kami mengambil keputusan untuk menukarkan tahfiz lain dan tidak berasrama. Ulang alik dari pukul 7.30 pagi ke 9 malam. Hari pertama menghantar Naufal ke tahfiz, kebakaran berlaku di tahfiz memusnahkan sebuah bilik, alhamdulillah semua pelajar berada di surau untuk solat maghrib ketika itu. Tapi kami tidak berputus asa dan meneruskan juga kerana menghantar anak ke tahfiz ujiannya bukan sedikit.
Kami bukanlah bercita cita untuk menjadikan dia imam masjidil haram atau pun imam masjid Shah Alam sekali pun, seperti ingatan saya pada Naufal selalu, Naufal boleh jadi apa pun yang Naufal hendak apabila besar, dari seorang doktor kepada peniaga minyak attar di sudut masjid tetapi akhlak Naufal kena akhlak Al quran.
Mungkin ramai yang tidak tahu kebanyakan tahfiz mengenakan bayaran antara RM200 ke RM400 sebulan. Ini termasuklah sewa, gaji guru, gaji warden,makan 4 kali sehari, tempat tinggal dsbnya…congak la sendiri kalau cukup.
Biasanya pusat tahfiz akan cari sendiri dana bagi menampung lebihan perbelanjaan mereka. Nak mengharapkan pusat zakat, baitulmal…. mmphh macam-macam syarat dan kelulusan. Nak mengharapkan koporat ada yang mengenakan syarat hanya yang ada aliran agama dan akademik yang dapat bantuan. Belum lagi yang meminta kertas kerja dan kelulusan dsbnya.
Tahfiz dipandang sepi, anak-anak tahfiz pula seringkali dikata sejuk mata memandang. Jemputan ke majlis kenduri tahlil, cukur jambul, rumah baru dsbnya hanya dapat RM5 atau RM10 seorang. Itulah fungsi tahfiz di tengah-tengah masyarakat kita. Tapi tahukah anda banyak mana zaman kanak-kanak dan remaja yang telah mereka korbankan untuk terus menjadi pewaris naskah mukjizat ini?
Dengan izin Allah.. mereka lah yang akan memimpin kita sebenarnya. Kami yang inginkan anak-anak menjadi tahfiz faham benar tentang keperluan keselamatan tetapi adakah kami mempunyai pilihan?
Kami bukan menghantar anak ke yamaha muzik, kumon atau montesorri berjenama untuk kami demand itu dan ini dari pihak tahfiz. Kami faham benar dengan kekangan kewangan tahfiz. Sekali lagi kami berserah pada Allah.
Apabila sesuatu berlaku pada tahfiz kena begitu mudah menyalahkan ibubapa dan ustaz tahfiz. Bukannya ustaz tu yang buat marketing supaya kami daftar, kami yang mencari dan redha menghantar, kami yang memilih jalan itu. Bagi kami ustaz tahfiz banyak berkorban untuk mendidik jiwa kecil ini. Kami terhutang budi.
Sehingga kini menghantar Naufal setiap pagi, saya akan menciumnya dan memandang dalam matanya. Hati saya siapa yang tahu.
Kalau kerajaan ikhlas menolong kenapa tidak adakan aliran tahfiz di sekolah-sekolah terpilih. Tahfiz tanpa akademik! Ada berani?
Kenapa tidak mudahkan proses perlesenan. Kenapa campur adukkan politik dengan sekolah tahfiz? Kenapa tidak ada menteri yang bangun mengatakan tahfiz akan di bantu, dibinakan bangunan dan di selaraskan di bawah kementerian pendidikan.
Kenapa tidak ada suara-suara unttk memartabatkan institusi tahfiz, berdiri gah seperti sekolah chung hwa, pin hwa, hin hwa… kwang hwa (go visit this schools in klang)
Sampai bila kita hendak melihat tahfiz menumpang disurau, rumah-rumah kedai, rumah-rumah corner yang di ubahsuai dan rumah-rumah banglo usang yang tak tahu bilakah pendawaiannya pernah diselenggara kali terakhir? Ustaz-ustaznya memandu van buruk membawa anak-anak ini ke kenduri sana sini. Sampai bila…
Berapa banyak nyawa lagi? Saya pohon sekali lagi. Jangan komen jika tidak tahu apa yang dialami oleh institusi pendidikan tahfiz. Jangan salahkan mudir atau pengurusan tahfiz kerana mereka telah banyak berkorban. Jangan kata ibubapa tidak peduli. Kami punya kekangan kewangan juga untuk memilih tahfiz yang bertilam empuk.
Bantu la anak-anak tahfiz. Kita tidak tahu siapa di antara mereka yang akan solat dan talkinkan kita nanti. Maafkan saya jika terkasar bahasa dan doakan Naufal…….
Wallahualam
Sheik Amir Hussien
*Al Fatehah untuk seluruh pelajar tahfiz di tanah air tercinta ini*
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di