Ikan Cencaru Sumbat Sambal Resipi Arwah Ibu. Sedap Dan Mudah

Share

Ikan cenceru sumbat sambal adalah hidangan yang terlajap sedap untuk seisi keluarga. Bagi yang inginkan kelainain menu hidangan di raya ke tiga, apa kata masak hidangan ini. Nasi gerenti bertambah. Anak-anak pun suka.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Ok ni resepi arwah mak. Ikan cencaru belah belakang.
Resepi ada setiap gambar.

Bahan-bahan:

Rebus cili kering

bawang
-cabai kering
-serai
-daun kunyit
-ayax asam jawa
-gula
-garam

Cara penyediaan:

Tumbok cabai sampai agak lumat.Sy suka x brapa lumat sgt…Pas tu baru masuk bawang…
Hati2 tumbuk nant merecik…

Bila cabai dan bawang dah sebati.Masuk kan plak serai.
Pas tu tumbuk lagi.
Dah agak cabai tu mcm dah nak lumat…
Masuk kan plak daun kunyit..
Pas tu boh gula dan garam.Garam tu agak la. Gula tu banyak skit x pa.Biar rasa manis2 pedas gitu.
Last skali perah asam jawa. Ambik ayax dia saja.Curah dlm tu pas tu gaul.
Pas tu sumbat la masuk blakang ikan.Dulu arwah mak jahit ikan tu. tak nak bg cabai dia tekeluar.
Sy cucuk dgn pencungkil gigi je.
Ok siap dah boleh goreng.
Ok ni dah siap goreng…sorang sekor tak ckup ni weh…
Mkn dgn nasi panas-panas pulak
Kompom tak kalih.Try la hampa.

 

P/s kalo hampa dah buat dan kena dgn citarasa hampa.Saya minta sedekah kan Al-Fatihah kat arwah mak saya.
Selamat mencuba.

Sumber:Eny No

IKLAN