Ada waktu rasa tak tahu nak makan apa. Walaupun ketika itu macam-macam menu dah masak, tapi masih lagi tak kena dengan selera.
Haaa cer try buat satu menu ni, memang kena lah dengan selera orang-orang kampung, terlajak usia macam kita ni! Hehe. Apa lagi kalau bukan ikan masin duri masak asam!
Tambah pula kalau ada sambal belacan dan ulam-ulaman, lagi lengkap lah hidangan ni. Terus jadi bertambah selera jadinya! Aterr jom lah cuba resepi dari pengguna laman Facebook, Muhamad Ismail Mohd Ali ni.
Memandangkan anak-anak duduk dan belajar di rumah, pasti ibu-ibu nak sediakan menu yang membantu mereka sentiasa bertenaga kan. Asyik beli makanan ringan di luar tak bagus untuk kesihatan, apa kata ibu-ibu buat sendiri.
Jom cuba Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips ini. Mudah je nak buat, resipi yang simple 20 minit dah siap. Admin kongsikan resipi dari puan Syuhada Che Din untuk ibu-ibu cuba sendiri.
Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali. Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak.
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Bahan-bahan :
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)
Cara-cara:
• Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
• Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
• Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
• Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.
• Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
• Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
* Kalau tak suka manis manis, boleh kurangkan sukatan gula aicing jadi 3/4 cawan ye.
Selamat mencuba😋
Bubur Lambuk sememangnya cukup sinonim dengan bulan puasa. Tak sah rasanya kalau resipi ini tidak muncul ketika bulan puasa. Lambakan bubur lambuk yang dijual di bazaar pastinya tidak sesedap rasanya yang dimasak sendiri di rumah.
Bagaimanapun langkah membuat bubur yang memakan masa agak lama pasti buat kita teragak-agak untuk mencubanya di rumah. Tidak perlu menunggu hari minggu, anda boleh mencubanya pada bila-bila masa sahaja.
Bagaimana cara pantas dan sedap untuk membuatnya? Kena cuba petua ini.
Rendam Beras
Untuk menjadikan bubur lebih cepat dimasak, rendamlah beras terlebih dahulu. Tidak perlukan masa yang lama, 30 minit atau satu jam, itu sudah memadai. Biarkan direndam seketika. Namun pastikan beras dibasuh bersih terlebih dahulu dan kemudian barulah direndam. Tutup dan biarkan.
Guna Periuk Nasi
Selepas direndam, toskan airnya dan masukkan semula air yang banyak ke dalam beras. Masaklah seperti biasa. Petua menjadikan ia lebih senang di masak dan tidak perlukan proses mengacau dengan kerap, anda bolehlah memasak di dalam periuk nasi.
Namun pastikan airnya diletakkan pada kuantiti yang banyak dan tambahkan airnya dari semasa ke semasa. Senang, mudah dan cepat.
Kisar Beras
Anda boleh juga mengisar beras terlebih dahulu sebelum memasaknya seperti biasa. Kisarkan berasnya terlebih dahulu kemudian barulah di basuh bersih dan dimasak seperti biasa. Namun jangan pula dikisar terlalu halus. Biarkan sedikit tekstur pada bubur anda.
Bekukan
Proses membekukan beras juga merupakan salah satu langkah memasak bubur lambuk dengan lebih cepat. Jika anda merancang memasak bubur keesokkan harinya, malamnya basuhlah beras segera dan bekukan di dalam peti ais. Letakkan juga bersama sedikit air. Apabila tiba waktu memasak, masukkan ke dalam periuk, tambahkan sedikit air bersama bahan-bahan lain. Biarkan masak.
Masukkan Semua Bahan
Tak perlu pening kepala, masukkan sahaja kesemua bahan seperti daging, ayam atau udang ke dalam beras yang hendak di masak. Tambahkan sayur seperti biasa seperti kentang dan sebagainya sekaligus. Biarkan direneh bersama-sama supaya rasanya lebih enak dan sebati. Akhir sekali barulah diberikan perasa.
Guna Stok
Mahu rasa bubur yang lebih enak, ada baiknya anda menggunakan stok air rebusan ayam atau daging ketika memasak. Stok ini membantu mengenakkan lagi rasa bubur putih sedia ada. Biarkan ia benar-benar sebati dan mesra, bubur anda pasti lebih sedap.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis. Rasanya Sedap & Mudah Sangat Cara Buatnya!
Bila hari-hari memasak untuk keluarga, siapa kata tak kering idea dibuatnya. Itu yang kadang-kadang termenung depan peti ais untuk memikirkan menu. Sudahnya menu yang paling simple juga jadi pilihan.
Jadi untuk menu hari ini, jangan fikir panjang lagi jom buat resipi ayam goreng cili halia masam manis yang dikongsikan oleh Ryna Kharysta. Cara penyediaannya cukup mudah dan yang penting dijamin rasanya menepati selera anda sekeluarga.
Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis
Bahan-bahan:
1/4 ekor ayam -potong kemudian gaulkan dnegan garam, kunyit dan goreng
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.