Kuih popia antara kuih yang digemari di bulan puasa ini. Selain rasanya yang tidak muak, isi dalamnya juga sedap dan rangup di makan bersama keluarga.
Ada waktunya popia terburai isinya Ketika di goreng. Petua mudah ini boleh anda cuba supaya cantik kejadiannya. Ikuti perkongsian dari Ida Zaida ini.
Bahan-bahan inti
1 tin cendawan
1 cawan hirisan ayam
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 paket isi ketam
1/2 batang lobak merah
Garam, gula, perasa
1 botol sos Prego carbonara/2 tin sos Prego
1 sudu makan minyak masak
Kulit popia (jenama KG)
Bancuhan tepung gandum & sedikit air supaya kulit popia melekat tidak terburai.
Ads
Cara membuat
1. Potong dadu semua bahan ini.
2. Tumis bawang putih,bawang merah dengan minyak masak.
3. Seterusnya masukkan isi ayam, sos Prego, isi ketam, cendawan,lobak merah. Kacau rata.
Ads
4. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa. Masak sampai pekat.
5. Bila sudah masak sejukkan dalam peti ais kemudian barulah digulung.
6. Ambil sehelai kulit popia letakkan inti tapi jangan banyak sangat supaya kulit popia tak basah.
Ads
7. Lipat dan gulung, letak bancuhan tepung gandum dan air hujung popia supaya melekat.
8. Untuk menggoreng, guna minyak yang banyak dan panas tapi api mesti perlahan supaya cantik bila digoreng.
INFO: Inti popia boleh ikut cita rasa dan bajet boleh juga guna gunakan sosej, isi ayam dan lobak saja.
Bagi mengelakkan inti tak terburai ketika menggoreng, pastikan terus sahaja digoreng sebaik dikeluarkan dari peti sejuk. Tidak perlu tunggu sehingga popia lembut dahulu jika dibuat frozen.
Selamat mencuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru pernah viral kek yang dimasak menggunakan bahan yang sangat ringkas. Hanya dengan menggunakan tiga bahan hatta dua bahan sekali pun, kek boleh dihasilkan.
Rasanya juga tidak menghampakan, enak dan gubu pula teksturnya. Ini sebagaimana yang berjaya di sediakan oleh Rafidah Abdul Halim.
Melihat hasil kek yang dimasak olehnya dengan menggunakan 3 bahan memang cukup menggujakan.
Jadi apa kata, kita sedia untuk hidangan menu petang. Pasti anak-anak menggemarinya.
Bahan-bahan:
1 cawan telur
1 cawan gula kastor
1 cawan tepung gandum
Sedikit esen vanila
Cara Buat:
1. Mix telur dan gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan kaup balik.
3. Kukus 30minit
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Boleh dikatakan mudah bagi kita untuk menikmati pelbagai makanan yang enak dan lazat daripada hidangan berasaskan nasi bersama jenis lauk pauk yang pelbagai pada bila-bila masa.
Bahkan kepelbagaian makanan ini diakui memang lazat dan ia membuatkan kita akan makan dengan berselera.
Hal ini menjadi satu cabaran buat kita untuk memilih dan menentukan jumlah makanan yang tepat bagi mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat.
Maka hingga ada yang beranggapan lebih baik makan roti daripada makan nasi untuk pemakanan yang lebih sihat dan mengenyangkan.
Pun begitu, tahukah anda tanggapan itu tidak benar dan ini dijelaskan oleh Dr Mazliana Mazlan berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya sendiri berkenaan pengambilan roti jika dijadikan menu harian.
Ini perkongsiannya jadikan panduan.
Saya ingat roti sebenarnya lebih sihat dari nasi.
Sebab tu hari-hari saya makan roti waktu mengandung anak pertama pertama dulu. Tak lalu nak makan nasi sebenarnya masa tu, jadi saya cari pilihan lebih sihat yang saya faham, iaitu roti.
Tak makan nasi takpe, tapi kalau tak dapat roti sehari, saya sampai tak boleh tidur malam.
Bila selalu makan roti waktu rehat makan tengahari di hospital, balik kerja perut saya jadi sebu. Malam susah nak tidur sebab perut kembung. Pagi esok bangun tidur, perut jadi segah.
Bila saya stop makan roti, barulah perut saya okay balik. Sampai sekarang saya tak jadikan roti makanan harian di rumah lepas tu.
Gluten Bersifat Seperti Gam
Roti ni ada gluten. Sejenis protein yang ada dalam gandum. Makin tinggi kandungan gluten yang ada dalam tepung high protein atau tepung roti.
Tak kisahlah organik non GMO sekalipun, bila namanya tepung roti, kandungan gluten lebih tinggi dari biasa.
Gluten ni bersifat macam gam. Gluten ni lah yang buat roti kita jadi gebu.
Kesan sampingan ambil gluten ni wujud. Cuma kadang kita je tak perasan. Gluten antara makanan yang cepat betul boleh timbulkan radang pada badan.
Saya ambil roti lepas 3 bulan berturut baru perasan, perut asyik kembung rupanya sebab gluten dalam roti.
Pesakit saya gatal badan dah 5 tahun. Bila saya mintak beliau stop makan roti, tiba-tiba hilang terus gatal badan. Dah tak datang cari ubat gatal lepas 2 bulan pantang roti.
Pesakit cilik saya yang ada asma, saya mintak stop kejap makan roti. Ibunya nampak kesan baik lepas berhenti makan roti.
Elak Makan Hari-hari
Roti, tak salah pun anak nak makan. Cuma elakkan ambil hari-hari.
Kita suka bagi roti bila anak taknak makan nasi. Sebab kita fikir roti dah cukup tinggi nutrisi untuk kenyangkan anak.
Sebenarnya, gluten tak beri nutrisi penting pun untuk tubuh badan anak. Apatah lagi jika bahan ramuan roti yang anak makan tu, ada macam-macam nama pelik yang kita tak faham.
Roti dalam gambar, antara pilihan roti yang ada di pasaran. Cuba sesekali tengok bahan ramuan roti, sebelum kitabeli untuk anak makan.
Roti yang sebenar, tak sampai 10 bahan pun nak buat sebenarnya.
Tak perlukan pengawet dan aditif. Mahupun pewarna dan perasa tiruan.
Mentega sumber utama transfat pun memang wajib digunakan untuk buat roti kan.
Sama-sama kita cuba ya, elakkan roti pelbagai bahan dari anak-anak.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
Ramai yang mungkin tidak kisah dengan keadaan kuali atau periuk yang hitam legam. Legend katanya.
Tahukah anda peralatan memasak sebegini berbahaya?
YA. Lapisan hitam ini sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan lama sebati tanpa disental atau dikikis.
Lapisan ini berpotensi menyebabkan kanser kerana ianya mengandungi bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs) acrylamide dan furans. Bahan-bahan kimia ini akan bercampur dalam masakan kita setiap hari yang kita hidangkan kepada anak-anak.
Maka, usah berfikir panjang lagi. Segera bersihkannya bagi mengelakkan masalah kesihatan di masa hadapan. Benar, bahan-bahan kimia ini memang sentiasa ada dalam makanan yang dipanggang atau dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga hangus, namun usahlah sengaja menambah punca.
Tips untuk membersihkan lapisan karbon ini adalah:
• Panaskan peralatan memasak dengan api. Tuangkan air perlahan-lahan dan biarkan air di dalam peralatan ini mendidih selama 10-15 minit. Kemudian tuangkan setengah cawan baking soda dan biarkan ianya mendidih seketika. Matikan api dan kikis perlahan permukaan ini dengan menggunakan senduk bersesuaian. Tunggu sejuk dan sental.
• Boleh juga gantikan bes lain seperti sabun cuci baju. Setelah biarkan periuk mendidih selama 10-15 minit. Matikan api, alihkan dan tuangkan sabun cuci sesetengah cawan. Rendam sekitar 1 jam atau lebih lama bergantung kepada tahap kekotoran. Apabila kelihatan mudah dikikis, buangkan air sabun rendaman dan sental.
• Jika kesan hitamnya tidak teruk, boleh saja tuangkan baking soda tanpa pemanasan dan sental. Atau gantikan bahan berbes dengan bahan berasid seperti cuka makan, air asam jawa, asam keping… Namun baunya agak kuat jika dibandingkan baking soda.
Pemanasan membantu menanggalkan kesan hangusan dengan lebih mudah kerana bertambahnya tenaga kinetik molekul-molekul dalam ikatan metalik peralatan memasak dan lapisan hangusan itu juga.
Nota:
1) Dalam keadaan yang pekat, bahan-bahan kimia ini bersifat menghakis, maka boleh membantu dalam proses pembersihan. Cuma berhati-hati dengan air panas dan sifat yang boleh merengsa.
2) Peralatan yang telah berkilat tadi perlu dibentuk lapisan oksida untuk mengurangkan risiko bocoran logam. Maka, boleh lah merebus air beberapa kali sehingga lapisan kelihatan pada permukaan, sebelum digunakan seperti biasa.