Kadang kala, walaupun sudah mempunyai anak lain yang sudah matang, tetapi apabila mempunyai anak bongsu sekali yang bakal memasuki tadika, sudah tentu buat ibu ayah berdebar untuk menghantar anak di hari pertama di tadika.
Inilah yang dikongsi oleh seorang guru pendidikan awal kanak-kanak Puan Ashikin Hashim
Tip Anak Happy Mama Cool di hari pertama di tadika
Seperti yang dijanjikan ini tip untuk anda yang pertama kali anak bersekolah tadika. Terima kasih di atas maklum balas anda yang mahukan tip ini. Mesti berdebar kan? Dan super excited bila anak nak sekolah ?
Tak sangka dulu dia baby, sekarang dah masuk tadika. Macamana kita dapat bantu anak kita supaya nanti anak yang menangis akan happy dan mama yang berdebar akan cool.
Tip Anak Happy, Mama Cool di hari pertama di tadika
1. Set Minda Mengapa kita sekolahkan anak kita di tadika? Tak wajib pun kan? Ya. Sebab kita mahukan yang terbaik untuk anak kita. Kita nak dia belajar mengenali dunia luar. Kita nak anak kita happy. Kita bukan nak pressure anak kita. Jadi, jangan memaksa tetapi memujuk dan menggalakkan. Jika anda merasakan anak tidak bersedia, tiada masalah untuk withdraw tapi tunggu dulu. Baca sampai habis. Jangan withdraw selagi anda tak buat semua tip ini.
Ads
2. Konsisten dan sabar. Jika anak anda menangis pada hari pertama sekolah bukan bermaksud anak anda tak bersedia. Bukan juga bermaksud dia tak suka sekolah berkenaan. Bukan juga bermakna anda ibu ayah yang tidak bagus.
Tidak salah anak menangis pada hari pertamanya. Pujuk anak dengan baik dan berikan kata-kata semangat buat anak. Anak juga seperti kita. Kita akan rasa janggal di tempat baru. Kita juga akan rasa takut jika berpisah. Begitu juga anak kita.
Konsisten dengan rutin baru ini. Bangun pagi seperti biasa dan tetap ke sekolah seperti yang dijadualkan. Setiap anak berbeza penerimaan mereka.
Ada yang cepat membiasakan diri tapi ada juga yang memakan masa. Mengikut pengalaman saya paling lama anak akan cuba sesuaikan diri adalah dalam masa sebulan. Tapi sesetengahnya ada yang mengambil masa yang lebih lama.
Jadi bersabarlah.
Ads
3. Sentiasa berkomunikasi dengan guru. Jika anak menangis, berkongsilah perasaan anda dengan guru anak anda. Guru yang professional dan berpengalaman akan sentiasa menenangkan dan memberi jaminan bahawa anak anda akan OK.
Tidak salah jika anda bertanya tentang keadaan anak dan guru akan menjawab dengan baik. Cumanya anda kena bersabar jika guru mengambil masa untuk menjawab soalan di whatsapp. Jika telefon, gunakan masa selepas waktu belajar. Anak anda adalah keutamaan guru pada waktu pembelajaran, bukan menjawab telefon dan mesej melainkan perkara penting.
4. Perlu kah tunggu anak depan kelas? Bagi saya cukup memberikan pelukan dan ciuman dan lambaian. Kemudian anda pergilah dating dengan husband biar kami jaga anak anda. Hehee. Berilah kepercayaan kepada kami dan yakinlah anak anda berada di dalam tangan pendidik yang berpengalaman. Nak tunggu juga? 15 minit sudah cukup.
5. Jika anak mengamuk berguling? Baik. Cuba pujuk dulu. Biasanya memang guru akan bantu. Sekali lagi berikan kepercayaan kepada guru untuk mengendalikan anak anda. InshaAllah lama-lama anak akan ok bila dia tengok eh selamat rupanya saya di sini. Eh best rupanya. Eh ada kawan rupanya hehehe.
Ads
6. Peranan selepas sekolah. Tugas kita ketika selepas sekolah adalah amat penting. Bila di rumah berbuallah dengan anak tentang sekolahnya atau kenangan anda bersekolah dulu. Katakan bahawa esok kita akan ke sekolah lagi. Mama nak Wafa senyum. Nanti jumpa kawan. Dapat main dengan kawan. Tidur awal semoga mood anak nanti baik. Tak mengamuk sebab tak cukup tidur.
Percayalah kata-kata ini: Mama yang cool akan menjadikan anak lebih happy dan tenang.
Tenang-tenang sahaja Mama. Anak anda pasti akan ok. Doa banyak-banyak kepada Allah mudahan Allah mudahkan perjalanan anak kita yang baru sekolah ini. Selalu sebarkan positive vibes kepada anak agar anak dan kita lebih tenang.
Nota: Jika anak anda menangis berterusan atau anda terlalu bimbang, terdapat tanda anak kemurungan atau stress bila bersekolah, rujuklah kepada pengetua dan yang lebih pakar. Kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa seperti ASD/ADHD dan sebagainya, consult dulu dengan doktor dan OT. Pihak sekolah perlu tahu keadaan anak anda. Biasanya anak istimewa yang bersekolah biasa adalah kerana ianya salah satu terapi mereka untuk membiasakan diri dengan persekitaran baru. Bagi ibu bapa yang mungkin tidak tahu anak mereka mungkin ASD dan sebagainya, pasti mengharapkan pihak sekolah untuk alert dan aware. Jadi, para pendidik awal kanak-kanak perlu tahu apakah tanda atau kelakuan anak istimewa ini. Pada saya wajib tadika untuk bekerjasama dengan mana-mana OT sebagai tempat rujuk.
Semoga tip dan perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Ashikin Hashim Genius Aulad Saujana Utama
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perjalanan membesarkan anak-anak kita sememangnya cukup panjang. Sejak anak lahir, amanah dan tanggungjawab itu sebenarnya sudah bermula hingga anak-anak besar. Terlalu lama.
Disebabkan tempoh yang terlampau lama itulah kita jangan menjadikan perjalanan menjadi ibubapa ini sebagai perlumbaan buat anak-anak kita. Tak perlu memaksa tetapi nikmati sebaiknya perjalanan indah ini.
Itulah yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim menerusi facebooknya.
Dengan anak yang lebih tua, jadi senang nak rasa marah. Ada tu sampai rasa meluat tengok muka anak. Serius, ini memang ada.
Bukan salah anak, tapi selalunya salah kita juga. Waktu kita paling jahil sekali adalah waktu mula-mula jadi mak ayah, masa tu baru pertama kali merasa ada anak.
Waktu ni ilmu pun tak ada, pengalaman pun tak ada, main taram je besarkan anak. Kadang tingkah laku yang anak sulung & kedua tunjuk pada hari ini adalah hasil dari tingkah laku jahil kita waktu dulu.
Sebab tu ada yang rasa meluat & jelik tengok perangai anak sendiri bila mereka dah besar.
Yang dulu baik sekarang dah lain, yang dulu ikut je arahan sekarang dah melawan, yang dulu mudah tak banyak perangai sekarang melampau perangainya, banyak lagi la.
Makin besar, makin terserlah tingkahlaku yang banyak trigger kita. Nak buat macam mana? Saya selalu kongsikan 2 ayat ni jika nak capai ketenangan.
Childhood is a marathon, not race. Parenting is about gratitude, not result.
Enjoy & hargai parenting journey kerana journey ni panjang, sampai mati.
Dalam parenting, nak tenang fokus pada syukur dengan apa pun anak kita. Fokus pada result memang banyak la tak syukurnya. Bila tak syukur, mana mungkin datang tenangnya.
“..Oh berdebar-debar hati nya. Kali pertama bertentang mata. Inilah pengalaman. Harus ditempuhi tiap insan..”
Kalau baca dari ayat ini terus teringat lagu yang cukup sinonim dengan filem Ali Setan lakonan siapa lagi kalau bukan pelakon veteran, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy.
Melayari hidup sendirian selepas bercerai dengan aktor Eman Manan pada tahun 2003, kisah kekuatan Ogy cukup menjadi inspirasi. Biarpun hampir dua dekad hidup solo, ‘pengganti’ yang datang jauh lebih bererti.
Kehadiran anak angkat beliau, Nur Aminah Aishah bukan saja meraih perhatian, malah wajah gadis cantik itu menyerupai kecantikan ‘Azura’, watak ibunya ketika remaja.
Sering hadir menemani ibu tersayang, Aminah yang kini berusia 16 tahun tampak cukup manja dan pintar. Persis sahabat karib, ikatan mesra ibu dan anak itu pastinya mengisi jiwa Ogy selama ini.
Dalam hantaran terkini Ogy, penghibur terkenal ini dilihat memuat naik gambar-gambar mereka.
“Keluarga bahagia ‘Singer’. Besar dah anak umi..” Tulis Ogy Ahmad Daud.
Berkongsi peribadi permata hati kesayangannya, Ogy yang menyapa Nur Aishah Aminah dengan panggilan Aminah menyatakan perangai anaknya itu saling tak tumpah seperti arwah ibunya yang juga seniwati terkenal, Allahyarhamah Hajah Saadiah Baharom yang begitu lemah lembut orangnya.
“Lahirnya 9 November 2007, Nur Aminah Aishah cinta hatiku. Saya panggil Aminah, dia bahasakan diri dia Aishah. Perangainya persis arwah mak saya, lemah lembut orangnya. Beza sungguh dengan umi dia ni opposite attract. Maka itu Allah berikan Aminah pada umi tau.” Ogy Ahmad Daud
Sekadar mengimbau kenangan, Ogy yang kini berusia 60 tahun mula memelihara Aminah sedari sejak bayi lagi. Menyifatkan kesibukan mengurus anak sebagai caranya meneruskan hidup, Ogy mengakui bahawa anak adalah segala-galanya selain kerja. Walaupun bermata sepet, namun peminat teruja melihat muka Aminah yang hampir seiras muka Ogy.
Betullah kata orang, apabila hati ikhlas menjaga anak angkat, mukanya akan mengikut muka kita.
Tambahan pula Aminah mewarisi bakat seni dalam diri Ogy. Pandai berlakon, menari dan menyanyi. Bertuah Aminah dapat ibu hebat ini! Bukan sahaja penghibur serba boleh malah merupakan anak kepada seniman Allahyarham Dato’ Ahmad Daud dan seniwati Allahyarhamah Datin Saadiah.
Sumber: Majalah Nona
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pepatah ada mengatakan sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Hakikatnya pasti ada perbezaan pendapat atau pertelingkahan kecil akan berlaku antara suami isteri, itu lumrah. Namun yang menjadi kebimbangan, bila setiap masa ada sahaja yang tidak kena di mata suami mahu pun isteri hingga menyebabkan hubungan menjadi ‘panas’ di antara kedua-dua belah pihak.
Jadi bagaimana sebenarnya untuk mendapatkan ketenangan agar walau ada selisih pendapat sekali pun, kita mampu mengatasinya dengan tenang dan disantuni dengan sebaik mungkin di kedua-dua belah pihak.
Mungkin dengan perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew ini dapat menjentik hati setiap antara kita mengapa sering terjadi rasa tidak tenang dalam hati. Jom semak perkongsian ini.
Tadi balik dari radio salamfm terjumpa sepasang suami isteri minta nasihat. Mereka asyik bergaduh siang malam. Katanya tak pernah tenteram rumahtangga. Sebab yang kecil pun sampai maki hamun. Tak tenang. Sebab kena orang buat ke ustaz. Ada kata sebab tak sesuai. Panas jadinya. Macam-macam lagi..macam-macam ikhtiar dah ustaz..
Maaf sangat saya nak tanya satu soalan pada saudara saudari berdua. Cukup solat 5 waktu tak?
Mereka senyap. Saya tanya suami dulu. Suami kata, saya memang tak solat ustaz. Dah lama dah tak solat.
Baik isteri pula. Saya dulu solat cukup. Sekarang dah banyak tinggal.
Saya nak tanya Al-Quran baca berapa helai sehari?
Keduanya jawab dah lama tak baca..ada amalkan apa-apa zikir tak?
Semua dah lama tinggal ustaz..
Begini saudara saudari berdua. Saat kita menyerahkan diri, hati dan seluruhnya dengan sujud pada Allah dan minta pertolongan Allah. Saat itu kita diberi ketenangan, petunjuk dan bahagia yang hakiki.
Saya tahu Allah sayang saudara saudari. Dia beri peluang untuk menjadi hambanya. Siapa jaga solat. Allah jaga mereka..
Ramai orang solat juga ditimpa pergaduhan dalam kehidupan suami isteri. Tetapi tiada orang tak solat rasa bahagia dalam rumahtangga. Janji Allah bahagia buat orang yang benar-benar jaga solat pada waktunya dan sempurna khusuk dan khuduknya. Hati yang bulat pada Allah. Dan anggota yang diam tetap berserah padanya..
Saidina Umar ra sentiasa kejut keluarga bangun malam untuk tahajud dan baca ayat : Dan perintahkanlah ahli keluargamu untuk solat, bersabarlah kamu dalam mengerjakannya, sesungguhnya kami tak minta Rezeki dari kamu. Bahkan kami yakni Allah yang beri rezeki kepada kamu..
Dengan mengajak keluarga solat, kita diberi bahagia, rezeki,keberkatan, ketenangan, cinta, kasih sayang, lemah lembut, kebaikan, saling menghormati, kejayaan, dan Redha Allah.
Inilah jalannya. Lelaki tadi sebak dan menangis. Sebelum balik dia peluk saya. Dia menangis. Saya peluknya kembali. Saya kata selalu dalam hidup saya saat saya nak balik pada Allah ada orang peluk saya. Pelukan guru dan alim. Paling mahal pelukan mak saya. Kini tinggal satu lagi pelukan yang saya rindui pelukan ayah saya. Bahagia dapat peluk ayah. Bahagia dapat peluk isteri yang banyak berkorban untuk kita.
Jagalah isteri dengan baik. Jagalah solat awal waktu berjemaah. Rawat hati dengan rajin baca Al-Quran. Cara tercepat nak dekat dengan Allah melalui pembacaan Al-Quran.
Tanda cinta Allah amalkan zikir tasbihad 100x subhanallah walhamdulillah lailaha illallah Allahuakbar. Tanda cinta Nabi saw Selawat 100x. Tanda cinta diri sendiri Istighfar 100x. Setiap pagi dan petang