Imam muda dan anak perempuan maut, pikap terbabas dalam gaung. Seorang imam muda bersama anak perempuannya maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux yang dinaiki lima sekeluarga terbabas lalu terjunam ke dalam gaung di Jalan Labis-Segamat berhampiran Kampung Kwongsai, petang semalam.
Imam Muda Dan Anak Perempuan Maut, Pikap Terbabas Dalam Gaung
Mangsa dikenali sebagai Mohd Fitri Md Said, 38, yang juga imam muda di Masjid Nurul Falah, Felda Redong, dan anak perempuannya Nurin Insyirah, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai tersepit di bawah kenderaan yang terbalik.
Menurut pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, kejadian dimaklumkan kepada mereka sekitar jam 6.47 petang, dan sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat segera digerakkan ke lokasi.
Komander Operasi, Zainal Abidin Che Deraman memaklumkan bahawa lima individu berada dalam kenderaan terbabit ketika kejadian berlaku, namun tiga daripada mereka berjaya menyelamatkan diri sebelum pasukan penyelamat tiba.
“Dua mangsa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak, didapati tersepit di bawah kenderaan yang dipercayai terbabas dan terbalik ke dalam gaung. Pasukan kami menggunakan peralatan hidraulik bagi menstabilkan dan mengangkat kenderaan untuk mengeluarkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Ads
Mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan dan mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, isteri mangsa serta dua lagi anak mereka yang cedera telah dibawa ke Hospital Segamat untuk menerima rawatan.
Bukan mudah untuk menjadi ibu bapa. Pelbagai ilmu keibubapaan kena tahu.
Ia termasuk hal keselamatan anak-anak. Pernah dengar orang pesan, jangan biar orang lain rapat dengan anak?
Sebenarnya banyak pengajaranya kena tahu. Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian puan Wawa Shauqi ini.
“Jangan biarkan orang lain lagi rapat dengan anak kita.”
Saya pernah ke satu seminar parenting ni. Dan waktu tu, Dr Syeikh Muszaphar dengan Ummi Profazz jadi speaker.
Dalam sharing mereka yang panjang lebar tu, ada satu poin mereka yang match. Iaitu;
“Jangan biar orang lain lebih rapat dengan anak kita, selain dari kita sebagai mak ayah.”
Saya rasa, satu Malaysia tau betapa sibuknya jadi seorang Syeikh Muszaphar. Tapi, kesibukan tu tak jadi alasan untuk beliau usaha bonding dengan anak.
Ummi Profazz pun macam tu. Walaupun besar tekanan menjadi surirumah, menjaga anak lelaki aktif yang berderet 5 orang, tapi asbab dari percaya pada kuasa bonding, kelima-lima anaknya menjadi. Sudahlah huffaz. Bekerjaya hebat pulak tu semuanya.
Mereka berdua adalah figura mak ayah yang tak sempurna. Tapi sentiasa berusaha berikan yang terbaik buat anak-anak.
Dan mereka sangat percaya pada kuasa BONDING. Ikatan yang rapat dengan anak-anak inilah resepi paling utama untuk membentuk anak-anak yang sihat mental dan emosi.
Ini antara pesan yang bermakna :
1) Walau kita ada pembantu rumah, atau sibuk bina kerjaya sekalipun, jangan biar orang gaji atau penjaga lain lebih rapat dengan anak berbanding kita.
Usahakan tangan kita yang menyentuh, yang memeluk, yang menyuap dan yang menepuk saat anak tidur.
Usahakan mata kita untuk lebih banyak memandang mata anak.
Usahakan mulut kita yang banyak memberi kata-kata yang menyembuh mereka.
Sibuk mana pun kita, ciptakan masa. Kaya mana pun kita, kita takkan mampu bayar orang lain untuk replace peranan kita sebagai parents.
.
2) Cuba as possible, beri anak makan air tangan kita.
Part ni pun saya dah kalah. Tapi ingatan ini juga beri motivasi untuk saya usahakan juga diri masuk dapur dan usahakan air tangan sendiri kat anak.
Dalam ‘air tangan’ kita ada berkat. Dan tangan kita boleh memilih nutrisi yang baik masuk ke dalam badan anak. Dan membentuk otak anak.
.
3) T.I.M.E.S is how your kids spell LOVE.
Kita bagilah banyak mana pun kemewahan pada anak. Belilah anak smartfon atau mainan paling mahal sekalipun.
Ia takkan sama mahalnya dengan tenaga dan masa yang kita dedikasikan untuk mereka.
Sebab apa?
Sebab setiap manusia, Allah beri fitrah untuk rasa disayangi, selamat dan dimiliki.
Material takkan mampu beri rasa tu. Melainkan perhatian dan kasih sayang dari seseorang individu. Especially mak ayah sendiri.
.
❤ Spend time with your child
❤ Talk about their interest
❤ Turn off technology when you are together
❤ Get involve in their life
❤ Create at least one simple routine
Contohnya berbasikal, bersenam, bacakan buku cerita, main board games dan sebagainya)
.
Jadikanlah kita punca untuk anak tagih perhatian dan kasih.
Takut-takutlah, anak buat perangai di luar untuk tagih perhatian yang mereka tak dapat di rumah.
Takut-takutlah anak jadi mangsa buaya yang sedia tawarkan keperluan kasih sayang yang anak tak dapat dari kita.
Perkongsian daripada Pak Utih’ page tentang SOP sebelum membuka pintu untuk membenarkan tetamu masuk ke dalam rumah ini menarik untuk dipraktikan.
Kiranya, bila ikut SOP ni bukan sahaja tetamu selesa malah yang lagi penting kita sebagaimana tuan rumah pun tak berasa malu atau segan.
ISTERI STRES TETAMU DATANG RUMAH BERSEPAH
“Ting tong”, loceng pintu berdengung memberitahu ada orang di luar pintu pagar. Anak yang terkecil berlari mengintai di cendela rumah di tingkat atas sambil menjerit, “Ayah, kawan ayah datang!”.
Bingkas Si Ayah bangun dari baringan di sofa ‘landing’nya di ruang tamu di depan tv, bergegas dengan hanya berkain pelikat terus membuka pintu dan menjemput rakan-rakannya masuk.
Minah, isteri Abu, terpinga-pinga dan tidak sempat hendak turun ke bawah mengemas ruang tamu, sudah kedengaran riuh rendah kegirangan rakan-rakan ayah yang telah duduk di ruang tamu sedangkan ruang tamu itu masih berselerak macam kapal karam.
Abu kelihatan biasa saja sambil mempelawa rakan-rakannya duduk, dia membongkok-bongkok mengutip setimbun kain baju yang berlonggok di atas sofa dan menguis-uis botol susu anak kecil dengan kakinya yang bersepah di atas lantai ke bawah meja sambil menenangkan teman-temannya dengan ungkapan yang biasa didengari oleh penghuni rumah itu, “Maaf je la, kami ni dua dua kerja, berseleraklah sikit, maklumlah petang-petang ni”.
Minah tersangat malu kepada tetamu-tetamu suaminya itu walaupun yang datang itu hanyalah lelaki rakan suaminya yang dia tahu bahawa orang lelaki kebanyakannya memang tidak kisah tentang kecantikan dan kebersihan rumah.
Geram dan marah sangat Minah kepada suaminya kerana tak sabar-sabar menjemput rakannya masuk sedangkan ruang tamu itu masih berselerak lintang pukang.
Sifat kewanitaan yang inginkan persembahan tercantik untuk tetamu yang berada di rumahnya telah mengecewakan hatinya.
Sedang Minah mengelabah di belakang pintu dapur, Abu masuk ke dapur membuat isyarat tangan meminta isterinya membuat teh untuk empat orang dan terus kembali ke ruang tamu menyambung berborak isu orang-orang lelaki dengan riuh rendah ketawa riang.
Bertambah geram Minah kepada Abu kerana sedap sahaja mengarah buat teh sedangkan dia tahu yang gula sudah habis kerana membancuh sirap untuk rakan-rakan anaknya yang datang tengahari tadi.
Kelam kabutlah Si Minah menyuruh anak lelakinya berlari ke kedai di hadapan rumah membeli sekilo gula. Mujurlah anak lelaki itu mahu membantu emaknya. Kalau tidak, bertambah streslah Si Minah memujuk anak lelakinya itu terutama sekali kalau budak itu sedang asyik menonton cerita kartun kegemarannya.
Setelah minuman dan kueh mueh disediakan di atas dulang di atas meja dapur, Minah naik semula ke biliknya menyambung tidur di atas katil dengan hati yang masih membara marah kepada suaminya. Nasib baiklah yang datang hanya orang lelaki, kalau ada orang perempuan bersama-sama tadi, pasti Minah tersangat malu akan keadaan ruang tamu yang bersepah itu.
Apakah cara untuk menambahbaiki sistem menyambut tetamu ABU dan Minah agar ceria dan masing-masing dapat pahala.
Berikut cadangan Standard Operating Prosedures (SOP) yang boleh diamalkan di rumah untuk menerima tetamu.
1. Sehari sebelum hari minggu atau hari cuti umum, pastikan semua bahan-bahan makanan sama ada bahan basah atau kering untuk memasak “jika tetamu datang” tersedia di dalam simpanan di dapur.
2. Jika ada tetamu datang membunyikan loceng, sesiapa saja yang berada di tingkap menghadap ke hadapan rumah, hendaklah memberitahu siapa yang datang. Jika tetamu itu rakan-rakan ayah, maka ayahlah mesti pergi menyambut mereka di pintu pagar dan bersembang sekejap di situ sambil tunggu arahan berikutnya daripada pasukan di dalam rumah. Jangan pelawa masuk lagi.
3. Mereka yang ada di dalam rumah, hendaklah segera membantu emak membersih, mengemas dan menghias ruang tamu hingga ke piawai IKEA showroom. (Jangan lupa toilet yang dekat dengan ruang tetamu, mesti dikemaskan juga).
4. Apabila telah sempurna, maka ibu akan menjenguk di pintu dan mempelawa tetamu yang masih di pagar untuk masuk dengan menyebut, “Masuklah”. Maka ayah akan menjemput semuanya masuk ke dalam rumah.
5. Pada masa ini, semua anak-anak turun berbaris menyambut tetamu dan bersalaman dengan mereka mengikut keselesaan. Jika tetamu itu semuanya perempuan, maka anaka-anak lelaki hanya senyum mengangguk-anggukkan kepala dan anak-anak perempuan pula berjabat tangan atau mencium pipi dan memperkenalkan diri masing-masing kepada tetamu itu.
6. Suamilah yang mengaturkan di mana tetamu-tetamu itu duduk. Jika yang datang itu sekeluarga lelaki dan perempuan, eloklah tetamu lelaki diasingkan duduk di sofa di ruang utama dan perempuan pula di meja lain atau meja makan yang telah tersedia dengan hidangan kueh raya. Pengasingan ini memudahkan kaum lelaki bercerita senada dalam hal-hal kegemaran lelaki seperti politik, kisah kehebatan zaman remaja, bola dan yang serupa dengannya dan wanita pula dengan isu-isu poular mereka seperti hal-hal peribadi keluarga masing-masing, kecantikan hiasan diri, perbincangan mengenai makanan yang terhidang dan gossip dikalangan mereka. Peranan suami mengatur tetamu ini menggambarkan autoriti seorang pemimpin di rumah itu.
7. Semasa tetamu menjamu selera, jika ayah menjadi hos, dia tidak dibenarkan makan bersama tetamu. Dia hendaklah sentiasa memerhatikan di dapur jika ada isyarat-isyarat tambahan daripada isterinya. Apabila semua keperluan makanan telah tesedia, maka barulah ayah dibenarkan makan. Itupun mesti mendapat keizinan daripada isterinya melalui isyarat dari dapur. Tujuan peraturan ini ialah agar segala kelengkapan dan makanan sempurna dan cukup untuk tetamu menjamunya dengan berkonsepkan “Tetamu didahulukan, Keselesaan mereka diutamakan”.
8. Apabila tetamu mula beredar meninggalkan ruang tamu, semua anak-anak turun dan sekali lagi berbaris mengucapkan terima kasih kepada tetamu dan bersalaman mengikuti keselesaan masing-masing. Jika tetamu itu datang satu keluarga, maka semua anak-anak turun menghantar tetamu ke kereta mereka di luar pagar. Masa ini, anak lelaki yang minat kamera, amatlah digalakkan mengambil gambar sekeluarga bersama tetamu di hadapan rumah sebagai tanda hormat dan terima kasih atas kunjungan mereka itu.
9. Setelah melambai kepada tetamu, semua seisi keluarga kembali ke dalam rumah, bersama mengemas dan membersihkan pinggan mangkuk cawan dan piring seperti sedia kala untuk bersedia menerima kunjungan tetamu yang lain pula.
10. Selesai mengemas, hos yang mengetuai layanan tetamu tadi hendaklah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat membantu melayan tetamunya tadi dan mendoakan agar Allah memberikan kebaikan seisi keluarga di dunia dan kemenangan di akhirat atas usaha melayan tetamu tadi.
Allahuakbar. Hari ini Malaysia sedih! Seluruh negara dikejutkan dengan berita duka apabila 10 kru maut dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada Selasa pagi ini.
Sebelum ini, tular video berdurasi 21 saat di media sosial, yang memaparkan sebuah helikopte terlanggar bahagian belakang sebuah lagi helikopter sebelum kedua-duanya dilihat terjunam ke darat.
Video sama turut memaparkan terdapat serpihan helikopter jatuh ke dataran berhampiran lokasi ratusan anggota TLDM lain sedang melakukan latihan perbarisan.
Kementerian Pertahanan Malaysia menerusi akaun rasminya di Facebook memaklumkan bahawa TDLM dalam kenyataan, nahas berkenaan berlaku ketika Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM ke-90.
KENYATAAN AKHBAR : INSIDEN HELIKOPTER TLDM TERHEMPAS DI PANGKALAN TLDM
𝐈𝐍𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐊𝐎𝐏𝐓𝐄𝐑 𝐓𝐋𝐃𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐄𝐌𝐏𝐀𝐒 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐋𝐃𝐌 𝐋𝐔𝐌𝐔𝐓 Tentera Laut Diraja Malaysia mengeluarkan kenyataan seperti berikut: 1. TLDM mengesahkan sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter FENNEC TLDM telah terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.32 pagi tadi. 2. Insiden ini melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing 7 kru HOM TLDM dan 3 kru Fennec TLDM. Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman. 3. TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. TLDM memohon orang ramai tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan. Sumber; Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut
SIASATAN AKAN DIBUAT SECARA MENYELURUH
Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi facebooknya memaklumkan turut berduka dengan berita berkenaan. Katanya akan satu lembaga siasatab akan ditubuhkan untuk menyiasat insiden tersebut secara menyeluruh.
“Hari ini negara dikejutkan dengan satu insiden yang mendukacitakan apabila 2 helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.”
“Insiden ini berlaku ketika raptai Perbarisan Hari TLDM pada jam 9.32 pagi yang melibatkan 2 buah helikopter TLDM jenis Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan helikopter FENNEC.” “Satu Lembaga Siasatan telah ditubuhkan bagi menyiasat insiden tersebut secara menyeluruh.”
“Dukacita dimaklumkan bahawa insiden ini telah mengorbankan 10 anggota TLDM, masing-masing 7 kru HOM-AW139 TLDM dan 3 kru FENNEC TLDM.”
“Secara peribadi, dan bagi pihak seluruh warga Kementerian Pertahanan dan ATM, saya merakamkan takziah buat keluarga anggota TLDM yang terlibat.”
“Marilah kita bersama-sama menitipkan doa dan ingatan buat semua keluarga mangsa. Semoga mereka diberikan kekuatan menghadapi dugaan terberat ini.”
Sesungguhnya khabar duka ini begitu meruntun jiwa. Mereka meninggal dunia semasa bertugas, Mudah-mudahan mereka mendapat syahid akhirat.
Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia & Khaled Nordin
MESTI TONTON: KISAH KUCING YANG CUTE HINGGA MEMBAWA KEBAHAGIAN BUAT SEBUAH KELUARGA
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.