“Impian Setiap Isteri, Tempat Paling Suka.” Percaya Rezeki Hadir Dari Doa Isteri, Ajak Shiro Hadiahkan Dapur Baru!

Share

Penyampai radio yang juga pelawak terkenal, Ajak Shiro telah memberikan sesuatu yang istimewa khas buat isteri tercinta.

Rupa-rupanya, suami Afifah Amin menghadiahkan dapur baru untuknya dengan meluaskan lagi ruangan dapur rumah mereka dan mengubahnya menjadi lagi bertambah cantik dan selesa.

Menerusi kapsyennya juga, bapa kepada tiga cahaya mata ini turut berkongsi kisah sewaktu  awal perkahwinan mereka.

Dalam perkongsian tersebut, dia mengakui isterinya seorang yang tidak suka meminta-minta dan menerima seadanya kehidupan awal perkahwinan mereka yang serba kekurangan.

“Selama berkahwin, dia xpernah meminta2. Hidup dengan semampu aku adanya… Masa baru kahwin dulu dia pernah buatkan aku sambal getok… Dia tumbuk sambal tu pakai tumit kasut kawad aku masa tu..Dapur orang baru kahwin biasa la.

“Tapi indah🥰Alhamdulillah Allah bagi rezeki pada kita, yang aku percaya hadir dari doa isteri buat suaminya…

*Tahun ni awak dapat dapur baru..Masak sesedap tau

Namun kini, dengan rezeki yang diperoleh membuatkan dia ingin menghadiahkan ruangan dapur baru tersebut khas untuk keselesaan isterinya.

Bertuahnya dapat suami yang menghargai isteri. Rezeki yang diperoleh dikongsikan bersama, itulah berkatnya hidup berumahtangga.

Sumber: Ajakshiro


ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!

ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’

“Berjaya Mahramkan Musa. Dia Power.” Dah 3 Bulan Mizz Nina Masih Susukan Bayi Angkatnya, Pakar Laktasi Ni Kongsi Cerita!

BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN