“Indah Aturan Allah. Lahir & Meninggal Tarikh Sama.” Cucu Kongsi Kisah Cinta Atuk Yahya & Nenek Zainoon. Sebak!

Share

Benarlah ungkapan kasih sehingga ke hujung nyawa. Kisah pasangan warga emas ini cukup menyentuh hati.

Dalam satu perkongsian menerusi laman twitter, wanita ini memuat naik kisah cinta hingga hujung nyawa antara arwah datuk dan neneknya.

Menurut Atin Syu, pasangan suami isteri ini berkongsi tarikh lahir dan tarikh meninggal dunia yang sama. Allahyarham Wan Yahya meninggal dunia pada usia 86 tahun manakala isterinya, Allahyarham Wan Zainoon meninggal dunia pada usia 83 tahun.

“Indah sungguh aturan Allah. Cinta hingga hujung nyawa.”

Menurut Atin lagi, biarpun neneknya itu sedar diri sendiri kurang sihat, namun tetap ingin menjaga suami yang terlantar.

Lebih memilukan bila mana neneknya disahkan mempunyai kanser usus dan ditahan di wad diikuti datuk yang demam panas.

Pasangan suami isteri ini juga sentiasa menunaikan solat jemaah di masjid. Di samping itu, mereka sentiasa makan bersama dan menjaga antara satu sama lain.

“Mereka sentiasa bersama-sama solat jemaah di masjid setiap hari. Hingga atuk saya sakit saraf, tak boleh gerak kaki.

“Yang saya tahu, mereka tak pernah tinggal solat berjemaah di masjid sehingga mereka uzur. Selalu menjaga satu sama lain, tak ada mengeluh, sentiasa bersama ke mana sahaja,” jawab Atin ketika ditanya Siakap Keli.

“Mereka selalu makan bersama, tak pernah makan kat kedai. Selalunya nenek akan masak.

“Setiap Jumaat pun nenek akan selalu masakkan nasi minyak dan cekodok pisang dan ajak anak cucu cicit semua makan sekali kat rumah dia. Mereka begitu prihatin terhadap kami,” katanya.

“Saya tak pernah tengok atuk tinggikan suara kat nenek. Nenek pulak tak pernah bantah apa yang diminta atuk. Memang akan bincang baik-baik kalau ada masalah,” tambahnya.

Atin juga sempat berkongsi beberapa gambar arwah atuk dan neneknya ketika masih sihat. Sungguh manis kedua-duanya.

IKLAN