Diuji dengan kehidupan yang mencabar dari satu masalah kepada masalah yang lainnya, bukan semua mampu melaluinya dengan tenang.
Pun begitu melalui kisah hidup seseorang ini yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, nyata jiwa dan semangat kental yang dimiliki oleh pesakitnya itu adalah wujud dari sokongan ahli keluarganya. Ini sekali gus menjadikan setiap ujian dapat ditempuh dengan tenang.
Semoga kita juga boleh ambil semangatnya untuk kita semua lebih tabah mendepani ujian yang mendatang di tahun 2021 yang cukup mencabar ini.
Ini perkongsiannya.
Di klinik, datang seorang brader ni. Masa masuk bilik konsultasi, nampak dia ceria sahaja. Datang pun hanya kerana nak ubat gatal-gatal.
“Gatal dekat mana?”
“Dekat sini, doktor,” katanya sambil singsing kedua-dua belah seluar hingga ke paras bawah lutut. Kemudian dia tunjuk kaki dia ada ruam dan kudis. Ada juga calar balar.
“Ni kena luka-luka ni?” soal saya ambil belek-belek kulit di kakinya.
Ads
“Ni? Kena masa banjir hari tu. Redah seluar apa semua. Nak selamatkan kambing.” kata dia.
“Bagus betul. Kambing pun awak tolong.”
“Itulah. Sebenarnya, itu je harta yang saya ada.” katanya.
Bermula di situ, dia buka kisah tentang dirinya. Semasa PKP pertama tempoh hari, dia kehilangan kerjanya. Bukan dibuang kerja, tetapi syarikat majikannya gulung tikar. Ada dapat pampasan sedikit.
Ads
Oleh kerana sukar dapat kerja, dia pun kumpul duit yang ada untuk beli beberapa ekor kambing untuk mulakan ternakan kambing di tanah pusaka bapanya. Mulanya, semua nampak OK. Namun, sepantas kilat, semua berubah.
Gambar hiasan
Dia ingat 2020 dah mencabar. Hilang mata pencarian yang telah lama dikerjakannya. Terpaksa gadai semua yang ada nak jadi penternak dan pengusaha sayuran. Tiba-tiba datang pula 2021 membawa bah. Habis semua musnah.
Reban kambing roboh, kambing-kambing pula hanyut di bawa arus. Tak tahu apa nasib mereka. Kebun sayur pun dah tenggelam, dan selepas surut, ditimbus selut yang hingga tenggelam buku lali. Duit dah habis, harta musnah, tiada apa lagi yang tinggal untuk dia.
“Kecuali satu sahaja, doktor!”
“Apa dia?” tanya aku.
Ads
“Keluarga saya!”
Nampak senyuman di wajahnya.
“Itu adalah motivasi saya untuk terus berjuang. Selagi sihat, selagi tangan dan kaki ni boleh gerak, selagi tu saya usaha cari rezeki untuk dia orang.” kata dia lagi sambil kedua-dua tangannya dikepalkan.
Kental brader ni. Berdasarkan cerita dia tadi, boleh kata dia tinggal sehelai sepinggang, tapi dia kekal positif. Kekal bersemangat. Masih tak luntur jiwa juang dia tu walaupun PKP 2.0 baharu sahaja diumumkan. Demi kelangsungan hidup keluarga dia.
Saya yang masih ada simpanan, masih ada pekerjaan, ni pun sebenarnya dah rasa risau dengan keadaan kita pada masa ni. Dah goyang, kata orang. Saya tak tahu jika saya diuji dengan dugaan yang dihadapi oleh brader ni, bolehkah saya kekal optimistik macam dia.
Semoga brader ni dikurniakan kesihatan berpanjangan. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan seperti dia ni. Semoga dugaan ini cepat-cepatlah berlalu.
Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini, beri gembira buat mereka yang membuat pilihan moratarium, setelah kabinet setuju bank kecualikan faedah kepada penerima moratorium. Ia memberi sinar baru kepada mereka yang terjejas.
Dalam pada itu, kita perlu cakna mengurus kewangan dengan sempurna agar tidak menghadapi masalah kemudian hari.
Dalam tempoh ini, pastikan berbelanja mengikut keperluan. Lebih-lebih lagi setelah kerajaan memberi kebenaran untuk merentas daerah bagi merancakkan lagi ekonomi negara.
Nak tahu cara pengurusan kewangan yang sempurna, ikuti pesanan mantan pegawai bank ini.
Notes: Biarpun permohonan moratorium sudah berlalu, input mengenai strategi kewangan boleh menjadi panduan perancangan kewangan anda.
STRATEGI DANA SIMPANAN ANDA
1) Sebelum anda buat keputusan samada ambil Moratorium atau tidak, periksa dahulu komponen pengurusan kewangan paling penting iaitu dana simpanan tunai anda.
2) Masih ada pekerjaan, pendapatan masih kekal setiap bulan, aliran tunai masih OK, Net Worth OK…..bukanlah jaminan untuk anda bersedia menghadapi cabaran selepas 6 bulan akan datang ini.
3) Dana Simpanan anda adalah benda yang sama dengan apa yang disebut sebagai Emergency Fund, Cash Reserve atau Aset Cair.
4) Ramai yang menyebut secara umum iaitu anda mestilah mempunyai duit simpanan untuk 6 bulan, ianya betul tetapi mari kita analisa secara lebih terperinci tetapi mudah difahami semua lapisan masyarakat.
5) Ada 2 perbelanjaan bulanan anda yang besar iaitu (i) Perbelanjaan Tetap : Ansuran Sewa Beli Kenderaan kepada Bank, Ansuran Rumah kepada Bank atau bayaran sewa rumah & Caruman Bulanan Hibah Takaful. Katakan jumlah semuanya R.M 2,000. (ii) Perbelanjaan Isi Rumah iaitu perbelanjaan makan minum keluarga, bil elektrik dan air, bil telefon, internet, duit poket dan sebagainya. Katakan jumlah ialah R.M 2,000. Maka Jumlah tanggungan anda sebulan ialah R.M 4,000 sebulan atau R.M 48,000 setahun.
6) Jumlah Dana Simpanan yang anda sepatutnya ada jika anda berumur 40 tahun hingga 49 tahun ialah bersamaan setahun tanggungan perbelanjaan di nombor 6 tadi. Ianya Nisbah Semasa antara Dana Simpanan ( Aset Cair anda ) dengan Tanggungan Perbelanjaan ialah 1:1 1:1 bermaksud 12 bulan : 12 bulan iaitu Dana Simpanan mencukupi untuk menanggung setahun tanggungan perbelanjaan ( bagi yang berumur 40 tahun hingga 49 tahun ).
7) Jika terjadi apa-apa yang mengakibatkan anda kehilangan pekerjaan dan aliran tunai, aset tetap anda seperti rumah kediaman, rumah pelaburan dan tanah tidak dapat membantu dengan segera kerana mengambil masa yang lama untuk dicairkan. Kereta pula lagi tidak membantu kerana mengalami susut nilai besar setiap tahun dan jika ianya masih lagi dalam perjanjian sewa beli, nilainya mungkin lebih rendah dari baki hutang. Duit KWSP juga tidak boleh dikeluarkan jika belum sampai had umur, maka untuk golongan yang terjejas ada baiknya anda mohon i-Citra untuk dimasukkan ke dana simpanan anda. Ianya memberi ketenangan fikiran untuk anda mengorak langkah ke depan. Dana Simpanan atau Aset Cair terdiri daripada wang tunai di rumah atau akaun bank, Simpanan ASB, Simpanan Tabung Haji, Unit Trust / Pelaburan tunai, Emas bar juga emas perhiasan mengikut nilai semasa. Anda mestilah mempunyai jumlah aset cair di atas bersamaan jumlah setahun tanggungan perbelanjaan.
9) Bagi mereka yang berumur 39 tahun ke bawah, anda bolehlah mempunyai jumlah dana simpanan/aset cair berjumlah 6 bulan iaitu nisbah 0.5 : 1 dengan tanggungan perbelanjaan setahun. Ini disebabkan dengan usia muda, anda boleh bangkit pantas untuk berniaga atau bekerja sendiri. Juga anda masih diterima dalam pasaran buruh / tenaga kerja untuk makan gaji. 10) Jika anda berumur 51 tahun ke atas, Dana simpanan / Aset cair anda mestilah nisbah 2 : 1. Iaitu anda mempunyai jumlah aset cair untuk 2 tahun atau 24 bulan bagi menanggung perbelanjaan isi rumah jika ditimpa bencana seperti kehilangan pekerjaan atau perniagaan.
11) Pandemik kali ini akan menyebabkan kemerosotan ekonomi dengan nisbah 80 : 10 : 10 iaitu 80% terjejas, 10% bertahan dan 10% terus semakin kaya.
12) Anda boleh belajar mengira sendiri Dana Simpanan / Aset Cair anda dan nisbahkan dengan Tanggungan perbelanjaan anda mengikut umur anda sekarang.
13) Jika anda dapati Dana Simpanan / Aset Cair anda hanya bersamaan sebulan atau 3 bulan tanggungan perbelanjaan, anda dalam keadaan bahaya dan saya mengesyorkan anda mengambil Moratorium 100% 6 bulan untuk mengukuhkan dana simpanan anda di samping memohon i-Citra.
14) Sebab itulah Moratorium ini bukan hanya untuk yang terjejas pendapatan dan terbuka untuk M40 dan T20 sekali. Tetapi ianya adalah kesempatan untuk anda memperbaiki dana simpanan atau aset cair anda.
15) Baru-baru ini seorang lelaki berumur 40-an yang mempunyai gaji dan elaun R.M 50,000 sebulan kehilangan pekerjaan. Kini pendapatannya ialah R.M kosong. Jumlah tanggungan perbelanjaannya sangat tinggi ( saya tidak ada data ini cuma dimaklumkan oleh seorang rakan perancang kewangan ). Saya dimaklumkan dia mempunyai gaya hidup mewah, baiklah itu boleh tukar jadi gaya hidup B40, tetapi bagaimana untuk membayar ansuran rumah dan keretanya sekarang ?
16) Janganlah anda terlalu mengira jumlah interest dari moratorium jika anda tidak mempunyai dana simpanan untuk sebulan pun. Lebih kurang sama sahaja setiap bank di Malaysia ini. Ianya ibarat orang yang sedang terkapai-kapai lemas di lautan dalam tetapi nak membuat analisa dan kajian dahulu jika ada yang datang nak membantu.
17) Untuk moratorium ini, jika faedah pinjaman perumahan anda ialah 3% sekarang dan anda menyimpan di ASB contohnya dengan dividen 4.5%, anda masih untung 1.5%. Tetapi keuntungan paling besar yang sangat tinggi nilainya ialah ketenangan fikiran dan ketenteraman jiwa anda dan keluarga tersayang. Anda kini mempunyai dana simpanan untuk menghadapi sebarang kemungkinan akan datang.
18) Gunakan moratorium ini untuk membetulkan dana simpanan anda. Duit moratorium ini boleh simpan di ASB atau Tabung Haji supaya anda tiada risiko kehilangan modal. Melabur itu boleh jika anda ada ilmu. Jangan laburkan duit moratorium jika anda bukan pakar. Ceritera indah untung main saham hanyalah nisbah 20:80. Juga usah terpengaruh dengan mereka yang mengaku pakar. Pakar Ular pun mati dipatuk Ular. Pawang Buaya juga mati dibaham buaya. Jurulatih Payung Terjun mati ketika melakukan terjunan. Pakar Scuba pun boleh mati lemas, kepakaran bukanlah jaminan mereka akan selalu selamat.
19) Nasihat ini samada sesuai atau tidak sesuai untuk anda bergantung kepada situasi anda sendiri. Saya berharap saya telah memberi sedikit sumbangan kecil kepada mereka yang membaca.
Apa pun keputusan anda ingatlah, apabila terjadi bencana nanti, tidak ada orang akan datang ke rumah anda dan berkata….. Hai, saya datang nak bayarkan ansuran rumah dan kereta anda setiap bulan.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Apa nak masak ya untuk dijamu pada tetamu yang nak datang beraya esok, pasti itu yang berlegar-legar di kepala ibu-ibu. Selagi tak habis open house memang agak pening kepala memikirkannya.
Apa kata esok ibu-ibu cuba hidangkan Nasi Minyak yang cukup mudah caranya. Dipadankan pula dengan Kuah Dalca dan Acar timun. Cukup lengkap sebagai sajian utama. Pasti membuatkan tetamu kekenyangan.
Tak perlu bimbang kalau tiada beras basmathi kerana resipi yang disediakan oleh Puan Mizah Ngatiman ini hanya menggunakan beras biasa. Lebih mudah lagi, ada step by step. Senang buat anda yang pertama kali nak cuba masak nasi minyak.
RESEPI NASI MINYAK MUDAH DAN CEPAT.
LZ guna bahan bahan yang ada di rumah dan mudah penyediaannya. Step by step LZ letakkan di setiap pic ye. Di izinkan share ?
Cikgu cikgu yang balik sekolah nanti pun boleh cuba resepi ni ?
3. Masukkan dalam periuk yang beras dah siap cuci.
3. Masukkan susu cair.
4. Masukkan Sunquick. Gaul rata.
Mungkin ada yang tanya kenapa guna Sunquick kan. Sebenarnya kalau tak ada pun tak apa, cuma nak bagi wangi dan menaikkan lagi rasa. Tak percaya, cubalah!
5. Air secukupnya ikut sukatan beras. Masak seperti biasa.
Bila dah masak, inilah hasilnya.
Tada!
Bahan-bahan
Cara-cara
1. Tumis daun kari.
2. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan pes kari (serbuk kari yang dicampur dengan sedikit air) hingga pecah minyak.
4. Masukkan, tulang ayam, lada besar, dan asam keping. Biarkan hingga ayam empuk.
5. Masukkan dhal yang dah empuk.
6. Masukkan sayur kacang panjang dan terung. Boleh tambah carrot dan kentang kalau suka.
7. Masukkan santan.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tunggu sayur empuk.
Siap.
Bahan-bahan
*Bahan dikisar
Cara-cara
1. Tumis lada dan serai hingga pecah minyak.
2. Masukkan gula nisan, sos cili dan sos tiram. Bila semua dah sebati, perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
3. Gaulkan ayam goreng tadi.
Siap!
Bahan-bahan
Cara-cara
Campurkan semua bahan dalam sebuah mangkuk.
Gaul rata, siap!
Kalau perasan, semua resepi LZ banyak yang simple dan mudah ja. Kadang tak cukup bahan pun sebab bila nak masak kita hanya pikir nak jimat masa janji sedap. Jadi pakai ja lah bahan apa yang ada di dapur masa tu. Nak lari pi kedai pun takdan dah ?
Mudah mudahan setiap resepi LZ kongsikan beri manfaat dan inspirasi pada semua surirumah dan wanita berkerjaya memudahkan idea memasak harian mereka.
Kadang kita fikir tak sempat masak, bahan tak cukup. Jadi makan kedai je lah. Namun, asben dan anak anak sebenarnya lebih berselera dan hepi kalau dapat merasa air tangan kita sendiri.
Jadi, masaklah apa seadanya asalkan sedap. No no excuse ?
Tip masakan:
Kalau yang suka lebih kuning bolehlah tambahkan sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning. Tapi baunya memang wangi semerbak dan cukup menyelerakan!
Cukup mudah kan, ibu-ibu yang pertama kali nak cuba pun takde masalah kerana caranya sangat simple tanpa banyak bahan.
Kalau dilihat dari segi penampilan, memang nampak selebriti dan juga angkasawan pertama negara ini sangat moden orangnya.
Malah, dia sangat menitikberatkan soal pendidikan pada anak-anak. Bukan sekadar didikan duniawi, bahkan bab keagamaan cukup dijaga.
Tidak hairanlah anak-anaknya sudah boleh menghafal surah di dalam al-Quran walaupun masih kecil. Anak sulungnya Bella sudah khatam al-Quran sewaktu usianya 6 tahun lagi.
Setiap postingnya di laman instagram juga memberi inspirasi dan panduan kepada ibu bapa lain dalam mendidik anak-anak. Bahkan sikapnya yang mudah mesra dan tidak kisah membalas setiap komen dan pertanyaan pengikutnya cukup disenangi.
Baru-baru ini Datuk Dr Sheikh Muszaphar memuat naik posting mengajar Bella, anak sulungnya menghafal surah Al-Maun.
Menurut Datuk Dr Sheikh Muszaphar, setiap malam ahad adalah waktu untuk anaknya menghafal surah walaupun pendek.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.