Mungkin ada yang merasakan sarapan hanya diambil bila perut berasa lapar.  Namun hakikatnya sarapan ini amat penting dan tidak boleh diambil sambil lewa. Apatah lagi buat anak-anak yang sedang membesar, mereka memerlukan lebih tenaga untuk kekal aktif melakukan aktiviti harian dan kekal fokus dalam pembelajaran.

Apa yang pasti apabila anak-anak bersarapan, mereka akan rasa cergas disebabkan oleh peningkatan semula paras glukosa badan setelah tidak mengambil sebarang makanan atau minuman selama lapan hingga dua belas jam selepas tidur. Glukosa yang dihasilkan ini sebenarnya merupakan sumber tenaga yang boleh digunakan untuk aktiviti harian.

Ingin Membantu Perkembangan & Tumbesaran Anak, Berikanlah Sarapan!

Oleh itu, penting untuk ibu dan ayah untuk pastikan anak-anak anda mengambil sarapan sebagai permulaan aktiviti harian mereka.

Sarapan Berkhasiat Dengan Bijirin 

‘Eat breakfast like a king’, istilah ini mungkin biasa kita dengar dan nyata sarapan itu menjadi hidangan yang penting untuk memulai hari yang hebat.

Bahkan menurut pakar, sarapan yang berkhasiat harus mengandungi makanan daripada tiga  kumpulan makanan  iaitu, kumpulan karbohidrat (contoh nasi, mee, roti atau bijirin), kumpulan protein (contoh susu, telur, ayam, daging atau kekacang) dan kumpulan buah-buahan/sayur-sayuran.

Menyentuh tentang sarapan berasaskan bijirin, diakui bukan sahaja mudah disediakan malah  seakan dapat memberi satu kenikmatan buat seisi keluarga menikmati sarapan. Begitulah yang dapat dikecapi saat susu segar dituangkan ke dalam sebuah mangkuk bijirin rangup, bunyi yang terhasil sudah dapat dibayangkan kelazatan hidangan yang tersedia.

Apatah lagi jika ditambah pula dengan sedikit buah-buahan, badam, walnut dan sebagainya tiada siapa mampu menolak untuk menjamah menu sarapan yang terhidang. Memang menyelerakan!

IKLAN

Mengapa Memilih Bijirin Sarapan Biasa Sedangkan Nestlé® KOKO KRUNCH® DHA Kan Ada!

Ingin Membantu Perkembangan & Tumbesaran Anak, Berikanlah Sarapan!

Sebagai ibu bapa yang prihatin dalam pemilihan makanan yang berkhasiat untuk anak-anak, pastinya kita ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Begitu juga dalam pemilihan bijirin sebagai sarapan. Meskipun banyak yang bagus di pasaran, namun Nestlé® KOKO KRUNCH® DHA adalah bijirin pertama yang mengandungi DHA bagi memberikan kebaikan nutrisi untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak yang sedang membesar. (Sumber dari Mintel, GNDP Report Ogos 2021)

Kebaikan gandum penuh dan serat, DHA, vitamin B dan zat besi, serta mewah dengan rasa koko yang lazat, sekali gus menjadikan sarapan ini berkhasiat dan digemari anak-anak, dan yang penting, ianya hanya mengandungi 1 sudu teh gula (~5g) dalam satu hidangan.

Apakah itu DHA?

IKLAN

DHA adalah sejenis asid lemak omega 3. Ia adalah asid lemak yang perlu diperoleh daripada makanan seharian kerana badan kita tidak boleh menghasilkannya.

Tahukah anda bahawa kepentingan DHA berperanan penting untuk tumbesaran dan perkembangan anak-anak dan sumber DHA pula boleh didapati daripada ikan berlemak seperti ikan salmon.

Suasana Pagi Lebih Ceria

Ingin Membantu Perkembangan & Tumbesaran Anak, Berikanlah Sarapan!

Tidak dinafikan bagi  kanak-kanak, setiap saat yang diluangkan untuk bermain adalah masa yang cukup istimewa bagi mereka. Bahkan daripada bermain anak-anak ini dapat mempelajari mengenai dunia di sekeliling mereka sambil menyuntik imaginasi dan kreativiti yang tiada hadnya.

IKLAN

Hal yang sama juga boleh berlaku bila anak-anak menikmati sarapan bersama Nestlé® KOKO KRUNCH® DHA ini. Nestlé® KOKO KRUNCH® DHA bukan sahaja berkhasiat malah Nestlé® KOKO KRUNCH® DHA didatangkan dalam bentuk abjad.

Jadi sebelum Nestlé® KOKO KRUNCH® DHA disuap ke mulut, anak-anak seakan dapat ‘bermain’ dengan huruf-huruf yang ada di dalam mangkuk bijirin.  Cara ini pastinya cukup meriangkan dan memberi mood keceriaan dalam pembelajaran anak-anak dalam mengenal huruf dan dalam masa yang sama menikmati hidangan yang menyelerakan di setiap pagi.

Oleh itu, usah tunggu lagi. Rasai sendiri keenakan dan manfaat sarapan Koko Krunch DHA sekarang dan untuk lebih mudah beli sahaja secara dalam talian dengan klik link ini

Cukup mudah bukan?

Rugi sekiranya dilepaskan begitu sahaja dan untuk keterangan lanjut layari laman web : https://www.nestle-cereals.com/my/koko-krunch-dha-BM

#KOKOKRUNCHMY #PilihBijianPenuh

 



Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI