Rebecca berkahwin dengan Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nor Anggun Reverra,6; Nor Anggerik Renesmee,5; Nor Aliff Al-Raffael, 2 dan Nor Ahmet Al-Reaggan.
Selain itu, mereka juga memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Nor Adan Daniel, 10.
Komunikasi yang baik dan berterusan antara suami isteri adalah elemen paling penting untuk mengekalkan keutuhan rumah tangga yang dibina. Bukan itu sahaja, sikap sabar suami atau isteri juga memainkan peranan penting untuk ketenangan sebuah hubungan suami isteri.
Begitulah yang dipaparkan dalam perkongsian oleh Abu Hurairah Asifa yang menyifatkan bahawa suami isteri perlu ada sikap saling tolak ansur.
Ikuti perkongsiannya.
Dalam rumahtangga, yang paling risau tentang semua sewa, bil api air, yuran tuisyen, barang dapur, barang mandi,
Semua isteri!
Dia takkan tenang dengan melihat telur yang tinggal 2 biji, sardin tinggal 1 tin kecil, beras segenggam tabah, ayam tinggal hati dan kaki.
Jadi, kalau isteri tak tenang dan selalu membebel tentang hal ni, tenang bro!
Tenang ok?
Jangan tendang kerusi lepas tu blah lepak mamak, Jangan marah anak-anak yang tak tahu apa-apa, Jangan juga sepak kaki kawan masa lawan futsal waktu maghrib.
Dalam ujian yang berat dan semakin menaik ni. Suami dan isteri perlu selalu bertenang.
Kalau sorang hangin, sorang lagi kena dingin.
Sorang panas, sorang lagi kena mengawal supaya tak rimas.
Pelan-pelan pegang tangan isteri, ajak dia duduk. Buatkan air pearl cafe, kalau takde, gi beli kat kedai runcit 1.30 sepeket. Kita minum air kosong dah la kalau bajet takde.
Citer Allah, Cerita syukur. Cerita kita ni bahagia masih bersama. Citer walau pun perit dan sakit, kita ada rumah. Ada kereta. ada motor. ada basikal. Anak-anak sihat. Kita pun sihat. Cuit skit peha isteri, awak pun cantik je selalu. Lawak la skit. Jangan macam ceramah sangat.
Isteri akan diam. Dia diammmmmm je. Takpe, masa tu ajak isteri naik atas rehat. Baringkan dia. Tenangkan dia.
Ajarkan isteri doa ini. Dan kita doakan bersama. Pegang dada isteri,
‘ Jadikan hati kami seperti hati wali-wali Allah, yang tak pernah takut dan bimbang dengan hal-hal dunia’.
Lepas isteri tidur, giliran kita bro. Ni part kita.
Bercakaplah dengan Allah. Cakap kita ni suami, kena kuat. Goyang juga tengok Maybank2U ada sepuluh ringgit berbaki. Ngeri rasa.
Luahkan semua pada Allah. Susun strategi. Esok apa kerja boleh buat. Atau esok niat nak buat baik banyak-banyak. Kalau manusia terhibur dengan kita, Allah akan hiburkan kita pula.
Kesusahan itu perlu. Untuk kita dapat rasa Hamba. Untuk kita merendah diri.
Biar kita begini hidupnya, tapi kita bahagia bro.
Selalu ajak isteri ingatlah Allah.
Selalu ajak anak isteri solat awal, buat baik banyak-banyak, utamakan keluarga dalam segala hal, kurangkan bergaduh dan bertekak, saling berlapang dada,
Selamat berjuang Bro!
Jadi suami, baru tahu kenapa Tuhan cipta kita jadi lelaki.
Sumber: Abu Hurairah Asifa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sangka seorang suami yang rasa gembira menanti saat-saat kelahiran anak keempat bertukar menjadi kisah sedih dalam hidupnya apabila isteri kesayangan yang selamat melahirkan terpaksa pergi jua setelah bertarung nyawa 13 hari melawan Covid-19.
Norieszah Ishak meninggal dunia, Ahad lalu, tanpa sempat menatap wajah anak keempatnya yang selamat dilahirkan pada 21 Julai lalu.
Memetik laporan di myMetro, Norieszah, 31, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 2 pagi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.
Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sirih, di sini, kira-kira jam 7 malam, Isnin lalu.
Suaminya, Muhamat Azuwan Jemain, 36, berkata, pemergian Norieszah meninggalkan kesan mendalam buat dirinya apabila tidak dapat menatap dan menguruskan jenazah isterinya itu buat kali terakhir.
“Sehingga kini saya masih sukar untuk menerima hakikat isteri sudah tiada namun cuba reda dengan ketentuan Allah kerana siapa kita untuk melawan takdir.
“Tambah menyedihkan apabila hanya dapat melihat jenazahnya dikebumikan dari luar pagar tanah perkuburan kerana tidak dibenarkan turut serta walaupun saya ada kelengkapan pakaian perlindungan diri (PPE).
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana urusan arwah isteri berjalan lancar dan tidak mengambil masa lama kerana sehari selepas kematiannya kira-kira jam 4 petang, saya dipanggil membuat pengecaman mayat sebelum jenazah dibawa keluar dari hospital ke tanah perkuburan,” katanya ketika dihubungi.
Tunggu Hari
Bercerita lanjut, Muhamat Azuwan berkata, isterinya sedang sarat hamil dan hanya menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata keempat mereka.
Dia yang juga pengusaha bengkel berkata, isterinya dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan tetapi dengan tiba-tiba mengadu tidak sihat dan demam pada 19 Julai lalu.
“Mulanya saya bawa isteri ke klinik swasta tetapi doktor merujuknya ke HTAR untuk rawatan lanjut.
“Keesokan harinya, kami ke klinik rawatan ibu dan anak HTAR tetapi diminta pulang dahulu kerana katil penuh, jadi saya belikan isteri ubat di farmasi.
“Pada jam 4 pagi, 21 Julai lalu, isteri mengadu sakit perut sebelum tumpah darah, jadi saya bergegas membawanya ke hospital dan dia selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Zayyan pada jam 6 pagi secara pembedahan,” katanya.
Menurutnya, doktor ada beritahu keadaan isterinya yang kemungkinan positif Covid-19 tetapi hanya mengesahkannya lima hari kemudian pada 26 Julai lalu selepas diminta memberi penjelasan lanjut berhubung status sebenar.
Katanya, Muhammad Zayyan yang sebelum itu ditahan di wad kerana menunggu keputusan ujian saringan Covid-19 sudah dibawa pulang pada 28 Julai lalu.
“Arwah masih sedar dan kami ada berhubung termasuk menerusi panggilan video namun pada 30 Julai lalu, doktor beritahu saya ada jangkitan pada paru-paru isteri dan paras oksigennya menurun, jadi perlu jalankan prosedur intubasi untuk tidurkannya.
“Selepas dua hari, arwah kembali sedar dan sempat menghubungi saya memaklumkan mahu pulang ke rumah selepas stabil tetapi dia ditidurkan semula sebelum sedar tiga hari kemudian pada 5 Ogos lalu.
“Itu kali terakhir kami berhubung menerusi panggilan video dan dia ada beritahu tidak tahan kerana sakit, jadi saya minta arwah berehat.
“Pada 7 Ogos lalu, doktor hubungi saya maklumkan keadaan isteri sudah nazak kerana paru-paru dan buah pinggangnya semakin teruk serta mereka buat panggilan video bagi membolehkan saya bersama keluarga membacakan Yasin untuk arwah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir pagi esoknya,” katanya.
Muhamat Azuwan berkata, anak sulungnya, Ahmad Nabil, 14, yang bersekolah di pusat tahfiz faham ibunya sudah tiada.
Bagaimanapun, katanya, cabarannya adalah untuk menjelaskan perkara sebenar kepada dua lagi anaknya, Farah Aqila, 6, dan Muhamad Rayyan, 2.
“Anak terutama anak kedua dan ketiga memang ada bertanya berikutan sudah lama tidak nampak kelibat ibu mereka di rumah dan saya cuba jelaskan tetapi mereka tidak faham kerana masih kecil.
“Apa pun saya cuba jalankan amanah dan tunaikan permintaan terakhir arwah sebelum ditidurkan kali kedua untuk menjaga anak dengan baik.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan arwah,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Penjagaan kecantikan wajah dan kesihatan bahagian intim wanita akan lebih mudah dan ringkas dengan lakukan seperti yang dikongsikan oleh Puan Liza Saleh.
Gatal merenyam menyerang! Arggh pasti ramai yang tak selesa bila perkara macam ni melanda, semakin digaru semakin menjadi, lama2 kita sendiri yang makan hati kerana kulit yang digaru melecet, lagi teruk kalau berlaku luka dan terkena jangkitan kuman.
Ok meh saya nak share tips dari otai lama! Yang biasa dengan petua ni pasti dah pernah dengar atau buat, tapi yang hipster2 tu mungkinlah ini baru 1st time uolss nampak tip/petua ni. Petua untuk yang ada masalah gatal di atas dan gatal di bawah.
Ha 2 in 1 saya sediakan, gatal di atas tu apa? Gatal di atas ni adalah gatal merenyam di bahagian muka, mata, telinga, hidung semua tu lah, ia lebih kepada resdung, bila salah makan mulalah menjadi2 gatal tu, bilq bangun tidur mulalah merenyam muka tu, maka molek sangat amalkan tips atau petua ini.
Gatal di bawah? Ok ini bahagian misV wanita ler, biasa kalau ada gatal2 tak selesa tu boleh la cuba ya.
Atasi kegatalan wajah
Beberapa helai daun sirih-diracik kemudian direbus selama 10 minit. Kemudian tutup api dan biarkan selama 2 minit.
Kemudian wapkan muka dengan air rebusan tadi dan pastikan mata dipejam dan sedut wap tadi dengan perlahan-lahan dan hembus melalui mulut.
Lakukan hingga 10 minit dan biarkan berpeluh dan cecair di hidung mengalir, anda akan rasa lega.Cara ini boleh amalkan setiap 2x seminggu.
Manakala untuk memberi rasa kelegaan pada bahagian intim, elok kiranya lakukan bertangas.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.