“Ini Baru Lah Pengasuh”-Nekad Redah Asap Tebal Selamatkan Bayi 3 Bulan Yang Dijaga, Raih Pujian Ramai!
Sejak akhir-akhir ini pelbagai cerita yang kita dengar mengenai kecuaian pengasuh dalam menjaga anak-anak hingga ada yang menyebabkan kehilangan nyawa. Hal ini membuatkan kita rasa kecewa dan marah terhadap tindakan yang tidak bertanggungjawab sesetengah antara pengasuh tersebut.
Pun begitu, malam tadi kita dikejutkan dengan berita berkenaan keberanian seorang pengasuh dalam menyelamatkan bayi yang dijaganya ketika berlaku kebakaran di kediamannya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Ini baru lah pengasuh” itu antara komen wargamaya yang turut mengucapkan syukur kerana tiada kemalangan nyawa berlaku pada insiden kebakaran rumah di Jalan Raja Muda Musa yang terletak berhampiran pintu gerbang Kampung Baru di sini malam ini.
Gambar : JBPMKL
Difahamkan seorang pengasuh nekad meredah asap tebal sambil mendukung bayi lelaki berusia tiga bulan bagi menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran tersebut.
Ads
Memetik laporan akhbar, Robiah Abdul Raof, 38, berkata ketika kejadian dia bersama bayi yang dijaganya berada di dalam rumah sebelum terlihat asap di bahagian atas.
“Ketika itu, bayi sedang tidur dan saya segera keluar menyelamatkan diri tanpa sempat membawa pakaian atau dokumen pengenalan.
“Keadaan ketika itu api sedang marak (di tingkat atas) dan asap banyak tetapi saya nekad untuk selamatkan diri dan bayi yang saya asuh sejak tiga bulan lalu.
“Ketika kejadian, ibu bapa bayi itu sedang bekerja,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Robiah masih trauma namun bersyukur kerana bertindak pantas menyelamatkan dirinya dan bayi itu.
Ads
Gambar :JBPMKL
Abdul Rahman Maarif, 65, pula berkata, rumah miliknya di premis itu menempatkan sembilan pekerja beliau yang bekerja di sebuah kedai makan berhampiran.
Beliau mendakwa kebakaran itu berpunca daripada litar pintas susulan keadaan rumah yang sudah berusia 60 tahun.
“Sebelum ini, pekerja ada beritahu ada masalah wayar dan saya sudah baiki tetapi kali ini, jadi sekali lagi sebelum berlaku kebakaran malam ini,” katanya.
Dalam kejadian pada 8.19 malam itu, sebuah premis kediaman yang mempunyai lima pintu rumah musnah dalam kebakaran. Tiada mangsa dilaporkan terlibat.
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bermula dengan suka-suka, akhirnya siapa sangka membawa tuah pada pemuda bernama Azrey Hendery ini.
Dia yang selalu memuat naik video kemahirannya bertutur dalam tujuh bahasa di laman sosial tidak menyangka telah mencuri perhatian ramai.
Kata Azrey, selain sekadar suka-suka, dia juga mahu mengajak orang ramai untuk mempelajari bahasa asing selain ingin menggunakan kemahirannya itu untuk disebarkan kepada masyarakat.
Bermula daripada pertuturan biasa, Azrey telah mencuba kaedah baharu untuk menarik minat orang ramai dalam mempelajari bahasa asing menerusi ‘cover’ lagu.
“Saya start cover lagu dengan bahasa asing sejak tahun lepas sebab ada yang request. Jadi saya cuba lagu Better Me dendangan penyanyi dari Kanada, Lexnour.
“Tak sangka, video itu dapat capai satu juta jumlah tontonan dekat TikTok. Kemudian ada ramai tag beliau dan beliau perasan. Penyanyi itu repost lagu saya dan apa yang mengejutkan, dia DM saya untuk ajak buat kolaborasi.
“Saya juga sempat menemubual beliau sendiri… ia satu pengalaman yang sangat berharga.
“Tak sangka, suka-suka cover lagu buat sebagai hiburan saja. Sebab ada antara kita kalau membaca, kurang faham sebaliknya lebih suka dengar lagu untuk senang ‘tangkap’.
Jadi melalui lagu, orang lagi berminat untuk belajar bahasa asing.
“Setakat ini saya dah cover lima lagu dalam bahasa asing dan meraih jumlah tontonan 2.4 juta di TikTok. Sampai sekarang pun saya dapat banyak request untuk cover lagu tapi terpaksa ‘slow’ sedikit kerana kekangan masa memandangkan saya perlu tumpukan kepada kuliah,” ujarnya yang kini berada di tahun akhir jurusan penyiaran.
Sepanjang berkecimpung sebagai ‘language creator’ di media sosial, Azrey yang berkemahiran menguasai bahasa termasuk Jepun, Rusia, Sepanyol, Mandarin dan Inggeris berkata dia tidak sangka kemahirannya itu membawanya ke tahap yang sangat tidak disangka-sangka.
“Saya tidak pernah mengikuti kelas bahasa asing secara formal… semuanya belajar sendiri menerusi filem dan program di televisyen.
“Justeru apabila content saya mendapat perhatian, saya sangat bersyukur. Apa yang boleh saya kongsikan, kemahiran ini membuatkan saya mendapat jemputan daripada pelbagai pihak termasuk stesen radio dan universiti swasta untuk membuat perkongsian. Ada yang terpaksa ditolak kerana kekangan waktu.
“Paling terharu dan gembira, ada parents yang DM cakap anak mereka suka bahasa asing lepas tengok TikTok saya.
“Selain itu, ramai sangat DM sanggup bayar jadi guru mereka serta request buat kelas. Namun saya tak dapat penuhi dek kekangan waktu, sumber dan tenaga. InsyaAllah, mana tahu satu hari nanti kalau ada rezeki, mengapa tidak?
“Apapun saya bangga kerana secara tak langsung, content saya boleh bantu anak muda. Terharu juga sebab ramai yang appreciate. Ia juga menjadikan saya lebih bersemangat,” ujarnya yang kini mahu menguasai bahasa Korea dan Itali.
Mahasiswa berusia 21 tahun ini dalam pada itu sempat menitipkan pesanan buat anak muda, khususnya mereka yang mahu berkecimpung sebagai pencipta kandungan (content creator) di media sosial.
“Dunia media sangat luas, apa yang nak paparkan pastikan ia sesuatu yang berguna dan menghiburkan. Boleh jadi viewer kita pelbagai lapisan umur.
Azrey turut berpesan agar sesiapa yang ingin melakukan sesuatu agar jangan malu untuk memulakan, tapi malulah jika tidak memulakan.
Mendirikan solat adalah rukun Islam kedua yang wajib untuk umat Islam kerjakan. Ia juga diibaratkan sebagai tiang agama.
Baru-baru ini pelakon dan penyanyi Naim Daniel akui masih mencari kesempurnaan dalam mengerjakan ibadah solat.
Naim yang baru pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini berkongsi di laman Twitter cara yang diamalkan supaya kewajipannya menunaikan solat tidak culas.
“Untuk orang yang solat kejap ada kejap tak macam aku ini, aku dah jumpa satu jalan untuk buat kita tak tinggal solat.
“Kau kena wujudkan urgency (kesegeraan) untuk solat, cuba timbulkan rasa resah bila kalau tak solat itu. Rasa macam ‘alah sayangnya kalau tinggal’. Setakat ini, cara itu menjadi buat aku,” tulisnya di laman tersebut.
Tambah Naim, penting untuk seseorang itu memahami hubungannya dengan Tuhan.
“Apabila kita anggap Allah jadi teman kita, hubungan peribadi yang luar biasa daripada pemahaman orang lain itu, kita je yang rasa. Manis rupanya,” tulisnya lagi dalam thread’ yang sama.
Naim memberitahu perkongsian itu dibuat khas untuk mukmin yang belum sempurna solat hariannya sama seperti dirinya juga.
Untuk orang yang solat kejap ada kejap tak macam aku ni, aku dah jumpa one way untuk buat kita tak tinggal solat;
Kau kena create that urgency untuk solat, cuba timbulkan rasa resah bila kalau tak solat tu. Rasa macam alah sayangnya kalau tinggal.
Bila hendak menanam kesum tidak semua berjaya, lebih-lebih lagi buat yang pertama kali ingin mencuba bercucuk tanam. Ada orang kata ambil sahaja keratan batang dan cucuk terus ke tanah, begitu mudah bunyinya. Namun bila dibuat sendiri, tidak juga hidup-hidup kesum yang dicucuk ke tanah. Mungkin ada silap di mana-mana semasa proses menanam kesum dilakukan.
Jadi apa kata anda mencuba dengan teknik rendaman batang terlebugih dahulu sehingga keluar akar seperti mana yang dikongsikan oleh Siti Rokiah Che Hat ini. Semoga perkongsian panjang lebar daripadanya dapat memberi input yang bermanfaat untuk anda gunakan semasa mencuba menanam kesum.
Semoga berjaya.
Cara Tanam Kesum yang Betul di Rumah
Kesum merupakan bahan masakan yang penting terutamanya bagi masakan seperti laksa, asam pedas dan sebagainya. Kesum juga dijadikan sebagi ulam penambah selera bagi mereka yang sukakan ulam-ulaman yang tumbuh terutamanya di kawasan beriklim sederhana.
Penanaman kesum di kawasan rumah adalah penting supaya mudah diambil sekiranya ingin digunakan di dalam masakan. Terdapat beberapa kaedah yang perlu diambil perhatian bagi memastikan tanaman kesum yang ditanam hidup subur dan boleh dipetik apabila matang.
Pemilihan benih
Benih kesum diambil dari keratan batang. Keratan batang boleh dipetik dari pokok sedia ada mahupun kesum yang dibeli dari pasar. Pastikan pilih keratan batang yang matang dan subur. Elakkan memilih keratan batang yang terlalu muda ataupun yang telah layu. Pilih keratan sekurang-kurangnya 10 – 15cm.
Penyediakan bahan tanaman
Kesum merupakan tanaman yang sangat sukakan air. Maka tidak hairanlah sekiranya pernah melihat kesum ditanam di kawasan yang berair terutamanya di tepi paip air ataupun kawasan yang lembap. Terdapat beberapa cara atau bahan tanaman yang boleh digunakan untuk menanam kesum iaitu sama ada ditanam di tanah, di dalam pasu ataupun secara hidroponik.
1. Penanaman di tanah
Jika memilih untuk untuk menanam kesum di tanah, pastikan kawasan tanaman tersebut adalah berdekatan dengan sumber air. Adalah lebih baik sekiranya kawasan tanah tersebut adalah kawasan yang lembap. Pastikan kawasan telah dibersihkan dari rumpai-rumpai dan bendasing sebelum penanaman dilakukan. Tanah juga perlu digembur supaya akar pokok kesum mudah untuk keluar.
2. Penanaman di dalam pasu
Penanaman kesum di dalam pasu merupakan kaedah yang paling digemari kerana ianya mudah. Sebaiknya guna pasu yang mempunyai lubang yang sedikit untuk meminimakan kadar air yang keluar dari pasu. Hal ini adalah bagi memastikan tanah di dalam pasu sentiasa lembap untuk kesum hidup subur memandangkan pokok kesum sangat sukakan air. Masukkan tanah yang sesuai di dalam pasu dan tanam keratan batang kesum mengikut saiz pasu tersebut.
3. Penanaman secara hidroponik
Penanaman secara hidroponik juga dilihat semakin popular untuk tanaman kesum, namun bagi jangka masa yang panjang, kaedah ini jarang dilakukan. Jika ingin mencuba, adalah lebih baik kerana penanaman kesum menggunakan kaedah hidroponik juga sangat mudah. Secara DIY, ambil keratan batang dan sediakan bekas yang sesuai seperti penapis, masukkan keratan batang dan rendamkan di dalam air. Penggunaan kit hidroponik juga lebih sesuai jika terdapat bahan yang diperlukan. Pokok kesum akan kelihatan mengeluarkan akar dan seterusnya mengeluarkan pucuk yang baru.
4.Cara tanam kesum dan penjagaan
Keratan batang yang dipilih boleh ditanam terus ke tanah dengan membuat lubang sedalam 2 inci. Siram dan letakkan di kawasan yang teduh sekurang-kurang seminggu untuk memberi masa kepada keratan batang untuk menghasilkan akar dan memastikan pokok kesum tidak layu sekiranya terdedah kepada matahari sepenuhnya. Setelah pokok kelihatan stabil, boleh pindahkan pokok ke kawasan yang terkena cahaya matahari. Bagi pokok yang ditanam terus di tanah, perlu meletakkan teduhan sementara supaya pokok tidak layu. Teduhan yang boleh digunakan termasuklah jaring hitam, pelepah kelapa ataupun apa-apa bahan terpakai yang sesuai.
Kaedah yang kedua ialah dengan merendam dahulu keratan batang di dalam air sehingga akar keluar. Seterusnya pindah ke tanah dan letakkan pasu di kawasan teduh beberapa hari sebelum dedahkan sepenuhnya kepada cahaya matahari.
Pengairan dan pembajaan
Pokok kesum memerlukan kadar air yang mencukupi. Siram pokok kesum sekurang-kurangkan sekali sehari. Pastikan tanah lembap sepenuhnya. Baja yang sesuai untuk pokok kesum ialah baja organik seperti baja tahi ayam ataupun baja kompos. Pembajaan boleh dilakukan 2 minggu sekali.
Penuaian hasil
Hasil boleh dipetik setelah pokok membesar dengan subur. Petik batang kesum dengan meninggalkan sedikit bahagian pangkal bawah untuk memudahkan pucuk baru untuk naik dengan seragam.
Penanaman kesum di kawasan rumah merupakan amalan yang bijak kerana kesum boleh dipetik dengan segar dan mengikut kuantiti yang perlu sahaja.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.